Tuesday, August 31, 2010

Personaliti Mengikut Bentuk Gigi

Ni memang dah takde idea sangat lah ni sampai kena buat tajuk entry budget pakar psychiatry. Tapi ok apa layan benda-benda macam ni sekali-sekala. Aku recycle entry kali ni dari belog lama aku, Belog Cap Cicak Kubing. Tipu je part nama tu. Aku tak ingat dah mana aku jumpa benda alah ni, tapi bukan aku lah yang reka-reka sendiri. Nah, layan jelah. Kalau layan aku, memang sampai besok lusa pun kau tak habis baca muqaddimah entry.
Gigi kecil dan jarang


Personaliti:
  • Tidak suka mengalah walaupun tahu diri dia salah.
  • Suka judge orang lain. Ada sajalah yang tak kena dengan orang tu.
  • Tapi mereka tak suka pulak di-judge oleh orang lain. Maka adalah amat sesuai sekali kalau kau pegi jadi hakim kat courth mammoth atau court badminton.
Gigi sederhana dan rata
Personaliti:
  • Baik dan ringan tulang.
  • Suka nau buat orang happy.

Gigi besar dan jarang

Personaliti:
  • Suka iri hati dengan kejayaan orang lain.
  • Keras kepala.
  • Sanggup lakukan apa-apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
  • Untuk kau orang yang mempunyai buah hati dengan gigi macam ni, bawaklah banyak-banyak bersabar dengan perangai 'manja' diorang yang over tuh.

Gigi kecil dan maju ke depan
Personaliti:
  • Keras kepala tapi masih bertempat.
  • Masih boleh bertolak ansur dan dibawa berbincang.

Gigi besar dan maju ke depan

Personaliti:
  • Mulut diorang ni laser sikit. Agak-agak kau tak boleh handle perang mulut dengan diorang, kau blah jelah awal-awal.
  • Kalau nak jadi buah hati diorang ni, kau kena lah jadi seorang yang penyabar tahap malaikat.
  • Agresif dan ringan tulang.
  • Suka mengeluh dan tak puas hati dengan apa yang dimilki. Tapi ada positifnya sikap tak puas hati mereka ni sebab mereka akan berusaha keras untuk dapatkan apa yang mereka nak. Orang-orang macam mereka ni lah yang banyak berjaya hari ni.

Gigi tak teratur

Personaliti:
  • Understanding. Best diajak beborak.
  • Tak rugi meluahkan isi hati dekat diorang nih sebab mereka akan setia mendengar dan siap kasi nasihat.
  • Berpikiran luas walaupun kadang-kadang buat orang rimas dengan sikap kebudak-budakan mereka.
  • Tahu macam mana nak ambil hati orang.

Gigi seolah-olah masuk ke dalam

Personaliti:
  • Pasif dan pemalu.
  • Suka menyembunyikan diri yang sebenar.
  • Tidak suka bergaul dengan orang.
  • Pandai simpan rahsia kecuali pada orang yang betul-betul dipercayai.
Aku tak tahu lah benda ni boleh apply ke tak sekarang sebab zaman sekarang semua orang dah ada kesedaran nak betulkan gigi, contohnya pakai braces . Termasuk lah aku kan. Nak percaya atau tak, tergantung dekat kau orang sendiri ok.

Agak-agaknya, gigi kau orang masuk group yang mana? Ha, takyah susah-susah cari cermin. Ni aku kasi cermin ajaib, siap boleh tengok muka kau orang lagi. Tak percaya? Cuba lah letak cursor dekat cermin ni:


Aku macam man epulak ek??

Sunday, August 29, 2010

JAHANAM!!!!

Salam semua.. td ada terbaca satu tazkirah dalam blog tazkirah..
sgt menyentuh jiwa yang semakin nipis iman senipis kulit bawang..
sama2 dapat menjadi peringatan kepada diri yang semakin lalai..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Friday, August 27, 2010

Malasnye nak kemas rumah

Hai semua...

apa khabar?
Aku berada di rumah kedua aku di petaling jaya ni.Malasnya aku rasa minggu ni. malas malas malas...
teruk kan kalau malas ni sudah bertenggek kat dalam jiwa.huhu
Kelmarin aku banyak habiskan masa aku untuk siapkan melipat,menggamkan,membungkuskan dan susun kad kahwin sampai tangan aku rasa nak tercabut je dah. Kad kahwin kakak aku yang insyaAllah akan bernikah pada awal bulan oktober nanti.

Semalam pulak aku hanya  membasuh kain baju yang berlonggok je dan masa yang lebihnya aku habiskan blogwalking kat laptop ni kemudian berlabuh dia dalam lena yang menggembirakan.hehehe puasa-puasa ni memang best betul dapat tidur kalau waktu petang..kemudian aku bersolat jumaat dan aku menyambung balik kerja aku seperti yang aku nyatakan tadi.ditambah pulak kepala aku rasa pening dan berat je.emmm..........

Hari ni lepas hantar kakak pergi kerja aku jemur kain yang ak basuh semalam dan mula online lagi sampai aku taip blog ni..ada tetamu nak datang tapi malas betul aku nak kemas dan mop rumah.emmm teruk teruk teruk.

lagipun hari ni aku mengalami cirit birit.dari pagi sampai sekarang dah 6 kali aku ke toilet.memang rasa macam nak lembik jadinya tapi sebagai lelaki gagah aku kena kuat dan terus berjuang.hehehehe betul betul gagah perkasa dan hensem suka bergaya lak tu.emmm nak perasan lah sebab ni blog aku.aku nak perasan ke nak apa ke hak aku.kuang kuang kuang..

okey lah aku rasa takde mud nak tulis lagi.ni pon dah panjang jalur lebar dah ni.haha.ok tata

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri






Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi. "Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. "Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Berita Penuh

Kerja Oh Kerja II 5 Tip Asas Temuduga


Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.
Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.
Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga
Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda
Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan
 Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini
Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat
Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.
Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Mandi Junub

Assalamualaikum, 
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul….. 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” 
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. 
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. 
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 


Wednesday, August 25, 2010

Interview


Hari Ini Aku Telah Pergi ke ILSAS di Bangi dengan tujuan untuk menjalani temuduga dengan pihak pengurusan T.N.B dan ILSAS untuk sesi pemilihan calon-calon ketukangan.

Giliran aku adalah pada jam 11 pagi dan aku telah sampai di UNITEN pada jam 10.30 pagi. Aku mencari-cari dulu kat mana tempat yang telah dinyatakan untuk aku di temuduga sebentar lagi. Dah jumpa aku pun menandatangan kehadiran dan terus menuju ke tandas bagi merapikan diri. Aku punya la excited sangat merapikan diri sebab sekejap lagi jam hampir tepat pukul 11 pagi.

Apabila dah setle merapikan diri, aku duduklah dengan segaknya.hehe Tapi lama lagi rupanya.Pemohon yang ditemuduga pada jam 8 pagi baru habis rupanya. memang ramai orang masa tu,.teruk teruk teruk..
Giliran aku maasuk pada jam 12.40 tengahari.punya lla lama aku tunggu dan akulah yang menjadi pemohon terakhir yang ditemduga bagi sessi pagi untuk hari ini. dan sessi petang pula bermula pada pukul 2 petang.

Macam-macam soalan ditanyanya kepada aku. nasib baik aku boleh jawab cuma ada 2 soalan aku terkantoi dengan jawapan yang kurang tepat aku berikan.huhuhu.
Mudahan aku berjaya untuk temuduga kali kedua ini. Kata interviewer tadi result aka keluar 1 bulan dari tempah hari ini. Aku berharap sanagt semoga aku sempat menduduki final exam dulubaru terima panggilan ini.huhu ye la memang rugi la kalau dah peat belajar selama 2 tahun tapi sia-sia sahaja pada pengakhirannya kerana tidak menduduki peperiksaan akhir.

Wahai para pembaca yang budiman, Doakan  semoga aku berjaya untuk memperolehi pekerjaan di TNB ini okey..Memang menjadi harapan untuk aku mendapatkan ILSAS ni.

Baiklah semua, akupun dah penat berceloteh jadi aku nak tidur lah.

Selamat-selamat-selamat semua......MMmmmmmmUUUuuuAAaaHHHHH. LOVE U ALL!!

Tuesday, August 24, 2010

Apa Yang Telah Berlaku



Sekarang ni aku tak tahulah apa yang telah berlaku pada aku. Semuanya semakin huru-hara.Apa yang aku cadangkan tidak menjadi. Aku tahu semua ini berlaku gara-gara aku. Sekarang biarlah siapa yang nak tinggalkan aku pergi dengan tenang dan tanpa ada sedikitpun rasa pada aku.aku dah biasa dengan keadaan yang macam ni. Aku redha untuk menerima apapun permintaan dari mereka.

Entahlah...semua ni berlaku dari ketidakpuasan dan sifat cemburu yang ada dalam diri.kadang-kadang memang kita silap, memang kita sedar silap kita tapi jangan ingat apa yang silap itu apabila sesudah selesai  pohon kemaafan biarkan je macam tu. Berubahlah...bila hal yang remeh temeh itu dibiarkan dan dilakukan berulang kali sape yang tahan. Kedua-duanya akan bertalian dengan aku.

Aku tahu sebenarnya Allah hendak tunjukkan memang apabila kita berada di atas laluan dan landasan yang salah memang kehancuranlah jawaban yang menanti. Ada hikmah diatas apa yang berlaku. Aku makin nampak dan sedar siapa diri aku..

Semua ini salah aku..tiada yang bersalah dalam hubungan ini melainkan aku yang menjadi punca. Aku memang perosak hubungan seperti yang telah dinyatakan oleh salah seorang dari mereka. maafkan aku. Kalau ikutkan sengsaranya hati ini macam nak tukar nombor je. Aku nak lari dari semua masalah yang aku hadapi sekarang. aku dah letih dengan sikap orang yang katakan sayang tapi tidak mencuba untuk memahami aku dan keadaan yang aku alami. perit sangat hidup ini tapi keperitan ini merupakan coretan yang indah buat kita nanti apabila dikenang.

Wahai Tuhan Pemilik Nyawaku, Sesungguhnya hamba tidak kuat untuk menghadapi cubaan ini.Kuatkan diriku untuk terus bertahan dalam mehnah dunia yang penuh cabaran ini.

Sekian salam kasih buat semua salam sayang buat yang tersayang.

Bestnye dapat berbuka dengan Nyah

Assalamualaikum pembuka bicara,
buat pembaca yang hensem orangnya,
Jangan malu untuk bertanya siapakah Nyah empunya nama.??

Hehehe..sedap-sedap pantun aku ni kan.. haha buat sesiapa yang tak tahu siapakah Nyah tu mai sni aku nak bagi tau. Nyah tu adalah gelaran untuk anak nombor 2 didalam adik beradik. Orang dulu-dulu panggil Nyah tapi bila zaman dah berubah jadi Angah.Bila dah berubah jadi angah,maka Nyah pun berubah juga kepada gelaran untuk bapuk-bapuk. Selalu bila aku Call kakak nyah aku ni semua kawan-kawan aku gelak. deorang aku cakap dengan nyah bapuk kot.hahahaha.

Sebenarnya dah lama aku nak berbuka dengan kakak aku ni tapi tidak kesampaian. Tetapi diatas tujuan baik ini, Allah telah memudahkan aku dimana aku telah memperoleh cuti untuk balik ke rumah aku untuk berbuka bersama beliau.hehehe..

Aku habis je kelas tadi terus aku bergegas siap barang-barang aku untuk dibawa balik rumah ni.Bila dah siap aku tunggu solat zuhur jap pastu aku terus blah turun ke bawah tempat parking moto di PSAS tercinta ini.huhuhu
Aku mesej pada sayang-sayang aku cakap aku dah nak gerak kemudian aku turun ke pintu pagar pengawal keselamatan untuk aku serahkan kad keluar bermalam aku disitu. Dengan sepantas kilat aku capai motor pinjam aku dan aku tunggang dengan cermat menuju ke Jalan Tinggi atau orang barat inggeris panggil " Highway"

Thursday, August 19, 2010

Iftar Perdana


Semalam Politeknik Sultan Azlan Shah telah membuat satu majlis bebuka puasa perdana yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Politeknik Malaysia.
Aku hanya menjadi penonton. Semua progran dilaksanakan oleh JPP PSAS. So aku yang tidak ada kena mengena hanyalah menjadi penonton dan pembantu untuk menghabiskan makanan yang dibawa.huhu.
Ape pun tahniah diucapkan kepada JPP PSAS yang begitu komited untuk mengadakan program yang baik seperti ini.
Tapi pagi tadi aku tak bangun sahur. Sekarang rasa kecewa la..nanti aku ada test Baik pulih Alatan Elektronik. Tapi sekarang aku masih sempat untuk mengupdate blog aku nih. Bukan apepun seenarnya saja je sebab bukan senang aku nak dapat mod untuk Update blog. Aku update blog ni pun khusus untuk tatapa 2 orang abangku erutamanya supaya mereka tahu sedikit perkembangan adik mereka ni.haha!!!
Emm buat pengetahuan pembaca banner kat atas tu bukan JPP PSAS yang buat tau. itu adalah hasil kerja aku yang buat sampai nampak cun macam tu.huhu saje nak promot kebolehan aku mengedit.mmmmuuaaah hahahahaha.

Ok lah Semua, Selamat berbuka Puasa.

IndaHnya Jari TelunJuk




Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t.. 

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
 

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..