Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011

Salam Perpaduan sekalian Ummat Islam....:)

Sebelum aku nak offline  nie aku  nak wish sket kat pena kembara aku nie dengan ucapan yang patut aku berikan kepada anda semua yang beragama islam.

SELAMAT  HARI  RAYA
SELAMAT  HARI  RAYA
SELAMAT  HARI  RAYA  AIDILFITRI




Jom main bunga api....Hoooooreyyyyy!!!!

Ermmm tapi sekarang dah tak  nampak orang pasang pelita kat area rumah masing-masing. Kalau masa aku kecik-kecik kiut miut dulu, Dah meriah orang buat sambutan Aidilfitri... tak menang tangan nak buat kueh raya berbalang-balang.... tapi sekarang semua pakat nak senang dengan menggunakan magik.. tunjuk hujung jari jer terus dapat kueh yang deorang idam-idamkan..hahahaha magiknya mudah jer... tak payah pakai jampi  mantera panjang-panjang cuma guna kertas azimat  jer...

Ni  senarai kertas azimat perlu anda sediakan kalau anda nak tunjuk-tunjuk kueh raya:
-Azimat Kaler biru (RM1)
- Azimat kaler hijau daun (RM5)
-Azimat Kaler Merah (RM10)
-Azimat kaler Biru + Hijau sikit-sikit (RM50)

hahaha oleh yang demikian kalau rasa berat tulang nak buat kueh raya, prepare la awal-awal senarai kertas yang aku nyatakan kat atas tu.
kalau rajin dan ringan tulang nak buat kueh dipersilakanlah buat...tapi lebih mendapat berkat kalau dah siap kueh yang sedap2 tu dan hulur-hulur pada aku bagi aku test... :p mesti lagi bermakna hario raya korang,...hehehe

Jom Jemput Datang Rumah Aku.......

Ramadhan Ke-26 tahun 2011

Banyak krisis berlaku dalam perhubungan antara aku dan orang-orang yang aku sayang. Lelah aku mengerah fikiran untuk memuaskan hati semua pihak. Sekarang aku sudah mempunyai matlamat baru iaitu untuk membuat perubahan dalam langkah menuju ke usia aku yang semakin menginjak dewasa *matured*.. Perubahan yang drastik tentang attitude aku dalam pergaulan. Aku akan tetap dengan pendirian yang telah aku rencanakan  disamping janji yang telah aku ucapkan.

Untuk Ramadhan ketika usia aku yang menghampiri 21 tahun ini, aku telah diuji dengan cubaan dan teguran dari tuhan. amat memeritkan... ujian dan teguran tentang apa, atau jenis ujian yang diberikan biarlah menjadi peribadi diriku. hanya yang tertentu sahaja aku kongsikan perihalnya. penyesalan diatas setiap perbuatan banyak bermain dalam fikiran aku saat ini..

Bukan setakat aku yang sakit,  tapi nenek aku juga menanggung sakit...soal nenek tu aku ketepikan sebab blog ini pena kembara seorang jejaka bukan pena kembara seorang nenek.. :) heheh!!

okey, jadi dipendekkan cerita aku pada hari yang ke-26 ramadhan nie aku berkunjung ke rumah ex-gf aku...nak  rehatkan diri sambil menikmati  kesejukan ramadhan yang aku rasa macam musim dingin sebab boleh dikata aku setiap hari akan mengenakan sweater sebab tangan aku sejuk macam ais krim yang nak beku.

Sementara menunggu waktu berbuka aku bersantai sekejap kat tepi laut...nie gambarnya.... jap ek nak upload...

Letih sebab jalan jauh-jauh

Tuesday, August 16, 2011

Dah lama aku tak update blog kesayangan aku ni...

Agak Sibuk aku sejak kebelakangan nie... Maklumlah asyik kerja tak sudah2....huhu kaya tak kaya jugak...inilah kehidupan aku...ermmm nie pon aku curi2 on9 guna iPad Sno shake...hehehe godek punya godek last2 berjaya jugak aku tembusi google ni walaupun kampeni dah blok...Ngee :)...

Aku dah nak berenti kat sini 24 hb nie jadi aku pun bersuka2 ar skejap... Pasni in'allah aku part time kat Lotto Sunway pyramid pulak...saje nak try rase bermacam2 jenis kerja.

Ermm sempena Bulan Ramadhan aku ucapkan ar Delaney berpuasa kepada sape2 individu yang membaca blog aku nie..Oppsss seblum aku terlupa meh sini aku nak ucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kat S.Pyramid ni hari2 dok pasang lagu raya dari pagi 1 Ramadhan lagi...walhal puasa pun masa tu tak sampai sehari tapi lagu raya tak henti2 dah macam puasa 30 hari...huhu

Ermmm sblum aku terkantoi dengan boss yang aku leh on9 better aku stop dulu..hehe
Nak upload picture tak leh sebab kena cover2 jugak dengan deorang...huhu mmmmmmmmuuuuuuuaaaaahhh....... Lov u alll sumer...;)