Thursday, July 29, 2010

Selamatkanlah Palestin






Photobucket

Ya ALLAh
Kami mohon kepada Mu, selamatkanlah saudara-saudara
kami di bumi Palestine, dibumi kelahiran para anbiya
Ya Allah, satukanlah bangsa Palestine supaya mereka
utuh untuk bangkit berjuang
.Ya Allah, satukanlah bangsa Arab untuk mereka bangkit
berjuang mempertahankan bumi Palestine
.Ya Allah, satukanlah umat Islam dan pandulah kami untuk memperjuangkan saudara-saudara kami di Palestine
.Ya Allah, berikanlah kesedaran kepada hamba hambaMu, baik
pemimpin mahupun rakyat jelata untuk kami kembali kepangkuan Mu yang sedia untuk berkorban demi agama Mu dan
.Selamatkanlah sukarelawan Malaysia yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
.
~Al Fatihah~
For our brave martyrs of Gaza may their soul rest in peace
Your Humble Servant
~Simply Little~
nafeesa Pictures, Images and Photos




Sunday, July 25, 2010

Jalan-Jalan Di Sunway Pyramid Dengan Budak Kelas

Hahaha Posing Sempoi
 
Hencem Boy & Farhan (Pa'un)
                                          
Farhan & Boy

Nazri Darus (ND) bergambar dengan abangnya.

Sedih !!!!! Huhuhu

Sedih betul hari nie...
tapi bukan aku yang sedih...kawan-kawan aku yang bersedih sebenarnya. Macam-macam la dunia ni. Tapi ape pun ia merupakan corak warna-warni hidup yang mengindahkan walaupun pada hakikatnya ia pahit untuk ditelan.

Roomate aku telah putus cinta pada petang tadi dan malam ni pula aku dikejutkan dengan kawan baik aku yang bernama Naim. Mula-mula aku ingatkan kedatangan dia kat bilik aku adalah saja untuk berlepak tapi muka dia nampak pelik. bila aku tanye kenapa dia diam je pastu terus keluar.aku buat tak tau je lah kerana sangkaanku  naim ni datang just untuk guna tenet dan oleh sebab Sebab tenet aku ade budak tengah guna, mungkin itu sebab dia keluar.

Tiba-tiba dia mesej aku dan bertanyakan samada budak yang guna tenet tu masih ada lagi atau tak dan kebetulan budak tu dah nak keluar bilik so aku pun cakap la dah tak de orang guna tenet dan datanglah lepak-lepak.Selang beberapa minit kemudian dia masuk dan matanya merah. aku terkejut giler tengok dia menangis sampai macam tu. hilang la kecomelan yang dimiliki olehnya bila  muka menangisnya itu dipaparkan.huhuhu

Rupanya dia kena hentam teruk dengan geng keling yang cuba menguasai KPK ketika meeting KPK dijalankan sebentar  tadi.huhuhu kesian dia. Aku pun pujuk-pujuk la dia. tapi tak jugak surutnya.pening otak aku fikirkan cara nak bagi dia berhenti bersedih sampai macam tu sekali dan akhirnya aku menggunakan tektik psiko semula jadi yang aku miliki ini untuk membawa beliau melupakan masalah tersebut.
Fuyohhhh memang poyos je kan bunyik ayat aku nie.hehehe

Akhirnya tewas juga kesedihan dia itu di tangan aku. Biasa lah sebagai senior yang berpengalaman memang sukar untuk dinafikan kehebatannya.heheh terbongkak dan bangga diri la pulak.emmm Naim dah pun tido sekarang ni di hadapan aku.Aku suruh dia tido kat bilik aku ni sebab dia tinggal sorang kat bilik tu selepas bercerai talak 3 dengan roomate dia yang segak bernama Nabil.hahahah pandai-pandai je aku menerjah-nerjah ni.

Perghhh dia berdengkur la..Kuat jugak berdengkur dia ni.aku ade kat sebelah dia ni. Kesian aku tengok budak-budak junior yang baru nak belajar dan yang telah memberikan komitme dengan hati yang waja ditempelak oleh insan keling yang tak bertanggungjawab itu.Kalau aku  ade tadi memang aku akan menjadi benteng pertahanan yang tidak akan membenarkan jentolak keling menempelak kawan sejatiku ini tetapi malangnya aku takde dalam meeting tu tadi sebab aku bukan ahli KPK dan aku malas mau ambil kisah hal-hal KPK kerana hal organisasi aku pun dah kelam kabut sekarang.hahah......

  


Ok la anda semua, Aku dah rasa macam nak tido pulak.esok kelas jam 8 pagi wooo.ngantuk gua dalam kuliah nanti.
 Ok Selamat Selamat Dan Selamat selalu.......Jangan Sedih-Sedih ye Naim!!!!

Saturday, July 24, 2010

Pedihnya Mata

Assalamualaikum dan salam Bersantai..
eh ada ke salam bersantai? hahaha ape pun harap semua ini tetap menjadi doa buat pembaca blog ku yang setia ini.
Pagi nie rakan sebilik aku mengadakan program treasure hunt kat poli ni sempena program pertama dia. Awal pagi lagi dia dah kejutkan aku dan A.J.K yang lain. Aku ni dah la malam tadi tido lambat sebab dok surf internet.Al-maklumlah sejak kebelakagan ni aku busy sokmo.huhu jadi sangap la dah lama tak dapat nak online dan berchating.hehe.
aku dah diberi warning supaya jangan lewat datang. Walaupun aku ni bukan tergolong didalam A.J.K pelaksana program ini tapi secara automatiknya aku tetap dipilih menjadi penjaga checkpoint. Sebenarnya pada hakikat aku hanya ingin menjadi pemerhati yang setia sahaja tetapi aku terpaksa da dipaksa oleh roomeet ku.Oh tidakkkkkkkkkkkk...
Ok lah, sempena pagi yang mulia ini, aku rasa macam nak pejam dan tak mahu bangun je hari ni sebab nak tido puas-puas. Aku menaip blog ni pun dalam keadaan yang tiada idea dan agak kepedihan kerana malam tadi tido lewat.huhuhu padannya muko kat den nie..
ok semua aku mau pergi ke pusat islam nie mau menjalankan aktiviti dan backup roomeet ku..

Selamat beramal.....

Aku Semakin Dihimpit, Diapit Dan Dicubit

Salam Alaika Wahai para pembaca yang Budiman,
Masa telah berlalu dengan pantas tanpa aku sedar atau aku yang  tidak mengendahkan tiap detik waktu itu yang semakin kejam mengheret diriku yang masih tergapai dengan angan-angan indah dibenak ilusi yang samar ini. Usia muda Sentiasa meninggalkan ku seiring nafas yang dihela dan seiring dengan setiap degupan jantung yang diamanahkan oleh pencipta untuk terus menyambung nyawa insan yang dina ini.

Pada waktu yang tenang dan hening dengan kesejukan embun malam, aku merasakan hidupku semakin di pukul badai ombak dunia yang tidak kunjung malap.Dugaan dan ujian datang bertandang mengusik ketenangan dan kekuatan jiwa. Kadangkala aku berasa seperti sudah tidak kuat untuk aku meneruskan lagi arena kehidupan yang penuh menah ujian.

Waktu berganti waktu sehingga aku menaip tulisan luahan rasa yang menjadi temanku ketika ini. pada 21 Julai 2010, datuk saudaraku telah pergi menghadap ilahi.Pada hari itu, aku terlampau sibuk kerana urusan kuliah dan urusan untuk menyiapkan final projek. Aku dikehendaki untuk mengadakan litar-litar yang hendak digunakan didalam projek akhirku pada hari esok. Ia merupakan satu arahan drastik yang diberikan oleh penyelia yang menguruskan projek akhirku. Kebetulan aku telah meminjam kereta seorang staff Politeknik dengan tujuan untuk melaksanakan satu program khas di peringkat kawasan tempat aku belajar. Aku menggunakan kesempatan itu untuk aku mendapatkan barang-barang projek di Jalan Pasar Kuala Lumpur.

Setelah aku berjanji dengan beberapa orang kawa yang ingin turut serta mengikutiku untuk mendapatkan bahan projek mereka aku telah pergi ke kantin dengan keadaan segera untuk makan tengahari kerana dari malam itu aku belum makan.Gastrikku yang agak kronik sudah menunjukkan simptom.risau juga aku jika tidak menjamah apa-apa aku akan lemah dan tak mampu berjalan lagi.Dengan keadaan segera aku makan dan terus berlari ke bilik untuk bersiap kerana kawan ku telah datang dan mendesak untuk segera sampai ke Jalan Pasar.

Satu telefon dari Mak Uda dan disusuli dengan panggilan emakku yang bersuara sayu mengatakan atukku sudah tiada dan mereka hendak aku pulang ke kampung dengan keadaan segera. Aku berasa sedikit lemah dan terus hilang semangat untuk mendapatkan bahan projekku itu. Oleh kerana fikirkan kawan aku terpaksa juga mengikuti janji yang telah aku ucapkan pada mereka. Emak mendesak aku untuk pulang ke kampung untuk membawanya ke Taiping bagi menziarahi atukku buat kali yang terakhir.Tapi aku gagal untuk memenuhi kehendak emakku lagi untuk kali ini. Sewaktu hendak balik ke Tanjung Malim dengan mengikuti jalan lama, aku nyaris beberapa kali kemalangan.

Masalahku kian bertimbun dan tekanan yang aku hadapi sudah mencecah tahap dewa. Aku tak mampu lagi memberi fokus kepada apa-apa perkara termasuk didalam kuliah.Assaingment yang berlambak dan hendak dihantar dengan keadaan segera,bercampur dengan tugas selaku Majlis Tertinggi Rapi dan usrah fasa 1 dan 2 yang terpaksa aku lakukan.Jadual kelas yang padat pada awal minggu telah menghadkan masaku untuk menguruskan semua.

Program Rapi terpaksa aku ketepikan walaupun terdapat banyak suara-suara yang mengecamku makin menambahkan lagi tekanan aku. Aku cuba untuk memuaskan hati semua pihak walaupun sakit dan perit. Baru saja ini aku sampai ke bilikku lantas ku capai komputer  dan mula mencoretkan sedikit keresahan dan kesakitan aku.

Petang tadi sewaktu aku hendak pulang dari jambori, aku excident lagi.Telah kutukar bumper kereta dan no platnya yang telah kurosakkan.bersalah benar dalam hati ini pada staff politeknik yang baik hati ini. Sekarang badanku terlampau letih dan lemah.Banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan. Sekian sahaja pada kala ini dan aku ingin undur diri dan berehat.
Jazakalluhu khairan pembaca yang budiman.

Thursday, July 8, 2010

Kembali Aktif Dengan Organisasi RAPI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...Hari ini merupakan hari pertama aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang naqib atau mentor untuk membantu organisasi RAPI agar dapat meneruskan menjadi pemacu kepada pelajar-pelajar baru di Politeknik Sultan Azlan Shah ini  untuk lebih mendekatkan diri dengan islam dan untuk memberikan rangsangan kepada pelajar-pelajar ini untuk mengimarahkan lagi Pusat Islam..

RAPI merupakan singkatan dari nama penuhnya iaitu Rakan Pusat Islam yang sebelum ini bernama Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan dari pihak pengurusan dan pentadbiran, jawatankuasa ini dimansuhkan dan sebagai Ahli Majlis Tertinggi kami telah bersyura untuk mendapatkan nama baru bagi meneruskan  satu-satunya jemaah yang menyemarakkan islam secara berdaftar di politeknik ini agar terus hidup demi Allah S.W.T.

Hari ini aku telah mendapat sebanyak 14 orang anak usrah. tetapi aku sedikit segan dengan mereka kerana kelihatan semuanya seperti mantap ilmunya. Mungkin dimasa akan datang nanti aku akan mencoretkan pengalamanku sebagai mentor atau naqib. Ini merupakan amanah yang berat dan besar untukku walaupun aku kelihatan bersahaja didalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Selaku Timbalan Ketua Mentor, aku harus menyelaraskan setiap topik usrah dan perbincangan yang telah dilakukan oleh semua mentor-mentor yang sedia ada.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku ingin menamatkan coretanku berkenaan dengan aktivitiku pada malam ini.