Sunday, October 23, 2011

Aku nak konvo dah..

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah sudah hampir setahun aku menghabiskan pengajian sijil aku di politeknik nie tapi aku tak konvo pun lagi.Huhu Esok baru konvokesyen untuk aku terlaksana.

Aku dah mula kerja seminggu di TNB Shah Alam baru Konvokesyen poli nie nak buat..

Apepun aku nak cita kat sini bahawa aku sebenarnya letih + penat + mengantok sesangat ni woooo....memang mengantok tahap Anak Raja Beradu la kiranya. Tak cukup rehat aku sebab kerja, oleh yang demikian waktu aku tidur pulak terpaksa lah aku ciputkan sikit.Hoho cian kat akimi nie kan.huhuhuhu.

Tadi dah ambil jubah kat Jabatan Elektrik..hehe saiz M aku dapat..siot betul...aku yang comel kecik ni dia bagi M...laen la kalau aku ni bersaiz Encik Giant boleh la pakai saiz M..
uuwarghhh....

Esok,Konvokesyen aku pada sidang pertama jadi lepas je habis konvo tu nanti, aku terus la balik ke Petaling Jaya. Aku nak berehat dan tido puas-puas....hahaha

Sunday, October 16, 2011

Entry Yang Tiada Tajuk

Why tiada tajuk???
Sebab aku tak tau apa yang ada dihati ni…
Tak dapat digambarkan dengan perkataan…

Salam to all..
Alhamdulillah, Syukur pada yang Esa, yang menghidupkan dan mematikan…

Debaran berakhir, senyuman hadir perpanjangan..

Alhamdulillah, hari ini aku telah bergelar keluarga TNB setelah beberapa bulan menunggu dan menanti harapan yang tidak kunjung tiba. Ku sangka posmen kan datang petang rupanya terpaksa ambil sendiri surat tawaran waktu tengahari..

Whatever hari ni aku dah melaporkan diri ke pejabat TNB negeri Selangor.. 1 lagi debaran menanti. Abg Am tak habis-habis dengan hati kecik dia. Aku akan dapat jauh dan dapat pencawang katanya.. Mungkin tak tepat tapi hampir tepat. Macam yang dia cakap, mmg jauh apa tempat yang aku dapat, jauh dari apa yang kami jangkakan. Tak pernah aku bayang nak dapat state di Shah Alam, siap bahagian protection lagi tu. Hahaha.. dan apa yang abg Am cakap keje protection mmg banyak di pencawang… Tak tepat tapi lebih kurang la…

So kawan-kawan korang dapat kat ne???

Tapi masih lagi ada debaran yang menanti, tempat dah cun, bahagian da cun, tapi boleh ke aku buat keje??? Tunggu masa yang menentukannya…

TQ tuk semua doa yang telah dipanjatkan.. Tak sabar nak share dengan puan ibu.. Aku rindu…

Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah..Kerja sudah datang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah pujian terhadap kurniaan rezeki yang Allah curahkan terrhadap hamba-hambanya.
Para pembaca blog akimi yang budiman sekalian, pada hari isnin bersamaan dengan 17 oktober ini, akimi akan mendaftarkan diri di Ibu Pejabat TNB Negeri Selangor. Oleh yang demikian akan bermulalah episod baru buat akimi a.k.a Aku. Hehe

Aku takut-takut jugak bila teringat excident yang berlaku pada aku tempoh hari..kabel meletop tu macam terbayang je kat pandangan mata aku.
Huhu ape yang patot aku lakukan untuk menghilangkan rasa fobia yang menghantui dan berhantu itu?

Ermm apepon saksikanlah perubahan yang bakal berlaku pada akimi selepas akimi bergelar anggota TNB nanti sebab perubahan dari segi kaler kulit dah memang cinfirm berlaku ( bertambah gelap lah aku ) Uwaarrggghhhhh......

Wahai para pembaca blog pena kembara seorang jejaka yang budiman, cepat tadah tangan dan berdoa untuk akimi ea..doakan akimi sehat bila bekerja, semua anggota kerja bersikap baik dengan akimi, mudahan akimi mudah mempelajari dan mengaplikasi ilmu yang baru,,
Doakan akimi agar segara dapat naek menjadi technician dengan menggunakan sijil politeknik yang akimi belajar dulu.. Mesti la akimi nak banyak berlaku anjakan paradigma terhadap alam pekerjaan akimi nanti...


Doakan akimi eh kawan-kawan...


Ya Allah,
Engkau maha pengasih lagi maha penyayang,
Permudahkanlah Urusan Firdaus Hakimi,
Berikanlah rezeki yang mencurah-curah kepada Firdaus Hakimi,
Kasihanilah dia,
Kasihkanlah setiap pekerja terhadap dirinya,
Jadikanlah Firdaus Hakimi seorang yang penyabar,

Amin amin amin......


Thanks

Mmmuaaahh mmmuuuaaahhh Mmmmuuuaaahhhh

Friday, October 7, 2011

Lambaian Kasih Buat Bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Untuk Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W



Semalam pada pukul 5 petang, aku telah mengazankan ibuku di hadapan koridor rumah sebagai doa mengiringi keberangkatan ibu yang aku cintai untuk menyahut Lambaian Kaabah.

Sebak mengenangkan pemergian mak yang bakal pergi jauh dari aku. Ketika aku disisi ibu, setiap kesusahan yang ibu tanggung aku akan cuba galas bersama, walaupun sering perbuatannya mengukir pahit di hati tetapi bagi aku ia tiada menggugat apa-apa.semua keperluan ibu kebiasaannya aku,kakak, dan adik-adik aku sentiasa membantu tetapi mulai malam tadi, ibu yang perlu lakukan sendiri selama 40 hari ini..
Berat bagasi yang ibuku bawa,baju yang ibuku bawa tidaklah banyak tetapi keperluan untuk menangani masalah kesihatan yang ibuku hadapi menyebabkan bagasi tersebut penuh.

Jika aku ada, sudah tentu aku yanbg akan pastikan bagasi tersebut diangkat oleh tanganku, bukan tangan tua mak yang lemah.
Tiada apa yang mampu aku lakukan hanya mengiringi doa kepadanya.Kasih aku tumpahkan untuk orang yang telah melahirkan, menyusukan, dan mengasuh aku dengan penuh didikan dan belaian kasih yang tidak berbelah bagi.aku diasuh dengan cara ibuku sendiri..

Sampai sahaja aku di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,aku berterusan menunggu mak di bawah khemah yang telah disediakan oleh pihak TH. pukul 9.30pm baru pendaftaran dibuat, oleh yang demikian aku hanya menunggu sehingga waktu keberangkatan mak..

Abah minta aku pinjamkan cermin  mata hitam untuk mak bawa sebagai langkah persediaan terik mentari di Mekah nanti jadi aku kelam kabut mencari dan masa tu jugaklah mak aku dah beratur masuk ke dewan. aku tak sempat melihat dan menyalam mak. terkilannya hati nie... Aku tunggu untuk melambaikan tangan kat mak di pintu pagar belakang Kompleks TH.

Banyak nyamuk gigit aku mase aku duduk tunggu mak kat tepi jalan berhampiran pintu keluar bas tu. sakit campur gatal-gatal tangan  dan kaki aku kene gigit.

Lama jugak aku tunggu..sampai pukul 12.15 baru bas gerak..aku Kol mak tanya bas mak nombor berapa lepastu aku suruh mak pandang tepi tingkap. sambil aku cakap kat henset sambil pandang muka mak kat tepi tingkap bas Plusliner tu.. aku cakap kat mak "Aus minta maaf sebab tak sempat nak salam mak, Aus minta ampun dosa-dosa Aus dengan mak, Sampaikan ucapan Asslamualaikum  dari Aus buat Rasulullah bila mak sampai di makam baginda dan mak doakan supaya Aus berubah jadi anak mak yang soleh". Aku minta juga untuk mak doakan aku supaya kembali ke landasan agama yang sebenar sebab aku dah jauh tersasar dibawa oleh gelombang dunia yang penuh dengan ciptaan anikma manusia yang sentiasa dahaga dengan lumrah fatamorgana..

Selamat Kembali Ke Malaysia Dengan Selamat Dan Semoga Mendapat Haji Mabrur Wahai Ibuku Yang Aku Kasihi.

  
 












Monday, October 3, 2011

OneRepublic - All The Right Moves




All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
All They got all the right moves in all the right faces
So yeah, we're going down

Just paint the picture of a perfect place
They got it better than what anyone's told you
They'll be the King of Hearts, and you're the Queen of Spades
Then we'll fight for you like we were your soldiers

I know we've got it good
But they got it made
And the grass is getting greener each day
I know things are looking up
But soon they'll take us down,
before anybody's knowing our name.

They got all the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
We've got all the wrong moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down
They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
All They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down

Do you think I'm special?
Do you think I'm nice?
Am I bright enough to shine in your spaces?
Between the noise you hear
And the sound you like
Are we just sinking in an ocean of faces?

It can be possible that rain can fall,
Only when it's over our heads
The sun is shining everyday, but it's far away
Over the world is death.

They got,
They got,
All the wrong friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They got, all the wrong moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

All They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
All They said, everybody knows, everybody knows where we're going
http://www.elyricsworld.com/all_the_right_moves_lyrics_one_republic.html
Yeah, we're going down

It don't matter what you see.
I know I could never be
Someone that'll look like you.
It don't matter what you say,
I know I could never face
someone that could sound like you.

All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
All They got all the right moves and all the right faces
So yeah, we're going down

All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
All They got all the wrong moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
All They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down.

Yeah, we're going down.
Yeah, we're going down.

(All the right moves, hey)
Yeah, we're going down
(All the right moves, hey)
Yeah, we're going down

Harga Diriku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu
Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Sunday, October 2, 2011

Henset Oh Henset

Hari ni aku rasa tak de mood sangat...Henset yang Abg Am bagi kat aku tu hilang.Mungkin tercicir masa aku tengah bawak motor. Satu rumah aku geledah,paling tak leh blah tu aku siap cari dalam peti ais lagi  kalau-kalau tertinggal masa aku ambil buah dalam peti sejuk tu.

Tingkat pinggan pun aku geledahkan..kalau-kalau aku tumpang parking kat atas tingkat pinggan tu masa nak pegi toilet, tapi tak jumpa..jadi senang cite hampir satu rumah aku cari. malam tadi aku kol, dapat tapi takde orang angkat..masa aku baru nak terlena, tibe2 mesej masuk dari no aku tu dengan ayat "jangan kol no ni lagi,henset ni aku jumpa tepi jalan,cakap kat kawan ko terima kaseh banyak2.Assalamualaikum." Sopan orangnye,siap bagi salam lagi kat aku. tapi impak dari mesej tersebut aku terus taklkeh tido malam tadi sampai ke pagi.

Aku fikir adalah ia merupakan pemberian dan amanah orang yang perlu aku jaga..aku reply dan mohon sangat kepada orang yang jumpa henset tu supaya pulang kat aku. aku  akan belanja dia makan Pizza Hut lagi...lepas tu aku akan jumpa dia untuk datang ambik sendiri. tapi sedih, semua sms aku tu delivered tapi takde reply langsung.

aku tak kisah sangat kalau dia nak gunakan kredit aku sampai habis, tapi aku minta pulangkan jer henset aku macam biasa.sebab bukan henset aku benda tu.

Aku dah bagi alamat blog aku nih, kalau anda orang yang terjumpa henset aku tu,please contact aku yer...
kesian kat aku.....
Mane tahu, mungkin dengan perbuatan anda memulangkan henset aku semula tu, itulah yang Allah kira sebagai imbalan yang akan memasukkan anda kesyurga.Wallahu A'lam.

Saturday, October 1, 2011

Kenduri Nur Farisha Iman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Kali ini aku nak cerita kisah seorang beby...
beby tersebut asdalah anak saudara kepada seorang jejaka.


 Nur Farisha Iman


Nama tersebut adalah nama seorang beby yang merupakan cucu sulong untuk Pn.Ibu aku tu...
Anak Nyah + Abang Ngah aku yang 1st.. Hamboi......bukan main manja dan bijak bebynya itu sebijik macam aku...comel,manje,bijak,suka bergurau..hahaha mane ke jatuhnya durian kalau tak dekat2 dengan pokoknya.haha macam tu jugak lah anak buah aku yang sulong tu....perangai aku yang baik-baik semua diikutnya...keh keh keh kuat perasan lak aku sekarang nih.


Geram aku tengok...mane taknye,dia nak bersembang dengan mak ayah dia jer. dengan aku takmo...kalau aku timang-timang pun abis mahal,dia bagi aku senyuman comel dia.haha tapi tak mengapalah sebab dapat tengok dia ceria aku rasa sejuk sangat...bila tengok muka dan dengar suara dia, hilang seketika masalah dunia.huhu


Nama tu lah yang aku dok timang hari-hari..kadang-kadang adik bongsu aku yang namanya En.Fuad tu pon macam jeles tahap Otromen dah aku tengok.... ye la, En.Fuad tu kan baru berusia 4 tahun, jadi maybe dia rasa kasih aku nih dah beralih kepada anak buah aku agaknya.. walhal,En.Fuad tu jugaklah yang selalu aku rindu..haha mane boleh tahan...sayang dowh aku dengan adik-adik aku....Aku ni kan abang yang penyayang. Hak hak hak....


Sekarang En.Fuad tu suka sangat tengok katun Hani Meni kat Tv tu...sikit2 Hani Meni...lepas zaman kanak-kanak dia tamat, Tak lama lagi zaman Farisha Iman pulak tiba..entah ape nama katun baru pulak yang akan  keluar kat kaca televisyen tu...Pandai diorang penyiaran ni buat program yang boleh mempengaruhi minat budak-budak macam aku nih.hahah budak la sangat~~


Sekarang aku nak uplod pic punye la susah sebab modem bodban yang aku gunakan sebagai kad reader aku tu pada adik aku yang bergelar kak cik yang duk belajar kat poli JB dan disokong pulak oleh kamera aku yang aku selalu guna untuk posing tu dipinjam oleh Alang aku.Hah memang tak dapat la aku nak posing-posing bajet cute lagi.hua hua...


Okeylah, Akhir kata...... macam biasa lah, aku nak bagi salam nieh...so tolong jawab khusus untuk aku k..


Assalamualaikum dan selamat membuka blog aku lagi...


p/s: kepda sesiapa yang belom follow aku, rajin-rajinlah klik untuk follow akimi lagi okey...



                        ........................I Love All My Follower..........................