Wednesday, May 26, 2010

Terjemahan Bacaan Dalam Solat

Doa Iftitah
Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Rahsia Wanita Tanah, Air, Api & Angin

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

  • Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

  • Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
  • Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.* Penasihat yang baik kepada suami.* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

  • Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Perkara Yang Membuatkan Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Akhir kalam, Ayuh bersama kita memperbaiki diri kita.

Doa-Doa

Dibawah ada himpunkan doa harian dalam bahasa melayu untuk diamalkan, semoga anda akan memperolehi manfaat daripadanya.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).

DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.

DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.

MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.

DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.

DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.

DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.

DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.

DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.

DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.

DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.

DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (juga), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

Monday, May 24, 2010

Subhanallah...

Jam 5.40 petang aku baru balik dari kilang tempat aku praktikal.aku rasa seperti hendak mandi walaupun badanku masih lagi berbau wangi samada ia mungkin terbit dari tubuhku ataupun kesan dari perfume dashing yang aku gunakan pada pagi tadi sebelum bergegas menuju ke kilang.setelah selesai mandi aku berwudhuk untuk menunaikan kewajipan solat asar. Aku berasa kurang khusyuknya dek kerana kebisingan bunyi hon kenderaan yang bertalu-talu yang membawa petanda bahawa lebuhraya yang mereka lalui di sebelah rumahku mengalami kesesakan lalu lintas.Lantas aku bergegas ke dapur untuk memerhatikan keadaan lalulintas melalui cermin tigkap dapur yang membentangkan pemandangan kearah  laluan lebuhraya New Pantai Ekspressway (NPE).

Kesesakan telah memenuhi segenap ruang jalan tar pada lebuhraya akibat kereta yang berpusu-pusu mahu segera sampai ke destinasi masing-masing. Aku hanya melihat sekadar sahaja tanpa mengesyaki telah berlakunya kemalangan jiwa penuh tragis di situ. Dengan perasaan yang hambar oleh kerana kurang selesa dengan bunyi hingar kenderaan dan tempikan hon yang silih berganti, aku teus melangkah ke kamar tempat aku bersemanyam pada malam hari.

Laptop Acer yang belum berkemas di atas katilku semenjak petang semalam terus aku ON kan..terpancarlah skrin yang silih berganti latar belakangnya dengan penuh warna-warni sedikit menghiburkan hatiku. Aku terus melayari halaman sesawang untuk mencari bahan bacaan dari blog-blog yang mempunyai tarikan kepada jariku untuk mengklik padanya. Disamping itu, aku juga melayari laman sosial facebook untuk mengakses akaun yang telah aku buat.

Dan ketika itu juga aku tersentak apabila terdengar suara anak-anak jiranku telah berkata ''motornya melintang tengah jalan''!! memang aku menjadi panasaran setelah mendengar kata-kata itu dan terus bergegas keluar rumah. Aku menghampiri jiranku yang sedang menonton sesuatu pada lebuhraya, aku terus bertanyakan kepada jiranku apa yang terjadi tetapi tiada tindak balas dan  matanya tidak berkedip. Aku terus memandang ke arah yang sama dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang penungang motosikal telah terpelanting dengan berlumuran darah dari kepalanya. mangsa telah dihentam dari arah belakang oleh sebuah kereta durjana yang mempersetankan undang-undang dan keselamatan jalan raya. Dari sumber yang dipercayai mengatakan bahawa kereta itu telah memandu dengan kadar yang laju lantas melanggar penunggang tersebut dari arah belakang.

Mangsa mati di tempat kejadian. Orang ramai berpusu-pusu melihat insiden ngeri yang membabitkan kehilangan nyawa seorang manusia. Ambulans, Kereta peronda lebuhraya dan polis telah tiba.jenazah telah dibawa ke hospital. Peronda lebuhraya membersihkan darah yang telah melimpah ruah di atas jalan tar dengan menggunakan air dan penyapu lidi.. Aku melihat dengan perasaan gementar. Aku dapat rasakan badanku lemah dan menggigil.dalam hati ini hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Aku terfikir juga bagaimanakah agaknya dengan penerimaan keluarga mangsa diatas ujian ini. Aku hanya mampu berdoa mudahan roh mangsa digolongkan dalam golongan orang beriman.
Mudahan kita semua dijauhkan dari musibah seperti ini. Jadilakanlah Asma' dibawah sebagai amalan


Akhir kalam.....Semoga pengakhiran hidup kita yang penuh ranjau duka ini diakhiri dengan Khusnul Khatimah.

Sunday, May 23, 2010

Malam Tadi Boring Sebab My Girl

Inilah filem My Girl yang menjadi cerita kegemaran aku dan kakak aku..dia tengok cerita ni dari Maghrib semalam sampai pukul 3 pagi pagi tadi tak habis. Aku yang kebosanan tidak tahu hendak berbuat apa kerana aku sudah menonton filem ini. Nak online tak boleh kerana laptop aku ni digunakan sebagai wahana untuk dia menonton. Aku hanya terperap sahaja di dalam bilik aku dengan relung hati yang penuh kebosanan..akhirnya aku tertidur ketika sedang asyik melayan lagu dari hensetku.
Pagi tadi apabila aku tersedar dari lenaku, aku dapati laptop ku masih tidak dipulangkan ke bilk aku dan aku mendengar suara kakak aku ketawa. Rupanya dia tengah sambung tengok cerita My Girl ni lagi. begitu seronoknya dia menonton walaupun cerita ini dibikin pada tahun 2006dan agak dah lapuk tetapi kakak aku tak pernah jemu  aku menontonnya. Mungkin diantara sebab kenapa tidak jemu-jemu menonton filem ini  adalah disebabkan oleh pelakon yang membawa watak Joo Yoo Rin & Seoul Gong Chan..


                                                                     JOO YOO RIN


                                                              SEOUL GONG CHAN


SEOUL GONG CHAN


                             

Friday, May 21, 2010

Hari Ini Aku Ponteng Lagi

Hai selamat membaca kepada semua yang sudi membaca blog aku ni... emm sebenarnya dah dua hari aku dapat kebenaran ponteng L.i secara berturut-turut dari QA Trainer KESM berhad iaitu kakak aku sendiri.hehe.. Walaupun dah diberi peluang berehat selama 1 hari di rumah tapi aku rasa tetap tak puas.. ye la mungkin sebab dah internet je yang aku hadap seharian suntuk dan tiada masa untuk aku tidur.huhu
Sebenarnya nak cakap kat akak aku tu yang aku nak ponteng lagi tapi nanti kena marah.ye la bukan ade alasan kukuh untuk aku bercuti..lepas tu, nak dijadikan ceritanya,kak Iza sampai je kerumah pada jam 7.30 pm tu dalam keadaan terhinggut-hinggut.sedih betul aku tengok. Aku dah tolong urutkan kakinya semalam tapi masih tiada perubahan. Kak iza cakap dia tak larat. aku pun senyap je lah dan terus masuk bilik aku. Lepas je solat maghrib, kak Iza bagi salam kat bilik aku dan dia mintakkan aku menghantarnya ke Stesen STAR di Bukit Jalil.
Aku tanya dia nak pergi mana dan dia pun berterus terang la bahawa dia hendak pergi ke rumah sepupunya di Sentul. Aku bertanyakan lagi kepada dia "kenapa akak nak pergi rumah sepupu ?" dan dengan mimik muka yang sedih dan bercampur muka menahan sakit dia pun beritahu bahawa dia nak minta agar sepupunya menghantarkan dia ke hospital kerana dia dah tak tahan sakit sangat .. Tu la mungkin pertama kali dia dapat kerja kilang sebagai juruteknik membaiki Oven, so agak terseksa sikit lah.
Aku pun dengan perasaan ihsan melihat penderitaan Kak Iza sangat-sanga bersimpati dan memikirkan jalan yang terbaik untuk aku tolong dia. Aku panggil akak aku dan bincangkan sekejap pasal keadaan akak tu.ya lah kalau nak balik rumah sepupu diapun hari dah malam khuatir pula aku sekiranya ada perkara buruk berlaku pada dia nanti, biasa la kaum wanita yang lemah inikan selalu menjadi mangsa lahanat-lahanat yang ada berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur ni. Jadi kita kenalah sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
Kemudian aku fikir inilah peluang aku nak cuti sehari lagi.. Aku pun memberitahu kepada kakak aku yang aku sanggup korbankan hari praktikal aku untuk menghantarnya ke klinik dan hospital. Yang sebenarnya pertolngan aku ini adalah untuk kepentingan peribadi aku juga dimana aku dapat bercuti sehari lagi..hehe maka dengan rela hati aku menjadi sukarelawan menghantar Kak Iza tu ke klinik pagi tadi.
Nasib aku dan kak Iza memang baik.. Aku risau juga kalau doktor kat klinik tu suruh pergi rujuk ke hospital pulak tetapi tidak.hehe, lepas ambil ubat aku terus menghantar Kak Iza ke Bukit Jalil dan aku pun terus pulang ke rumah dan terus dapat berehat dengan tenang.hik hik hik..

Kesimpulannya: Buatlah kebaikan dan rajin-rajinlah membantu orang ketika mereka dalam kesusahan kerana ada hikmahnya kepada kita samada di dunia atau akhirat tetap akan mendapat hikmahnyaNya.
Okey lah para pembaca budiman..jumpa lagi!!

Thursday, May 20, 2010

SB Yang Bijak







Sifat Seseorang Berdasarkan Bulan Kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

(Saya lahir bulan November)

Wednesday, May 19, 2010

Kekuatan Seorang lelaki


Kekuatan seorang lelaki itu bukan terletak pada ketegapan bahunya.
Ia kelihatan kepada keluasan tangannya mengelilingi anda.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada suaranya yang dalam.
Ia terletak pada kata-kata bisikannya yang lembut.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak kepada berapa ramai kawan-kawannya.
Ia bergantung samada dia dapat menjadi kawan baik anak-anaknya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada tahap dia dihormati ditempat kerja.
Ia terletak pada tahap dia dihormati dirumahnya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada kekuatannya memukul.
Ia terletak pada sentuhannya yang lembut.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada bulu dadanya.
Ia terletak di dalam dadanya … yang mana berada didalam HATInya.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak kepada berapa ramai perempuan yang dicintainya.
Ia terletak pada kesetiaan cintanya kepada seorang perempuan.

Kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada berapa berat dia boleh mengangkat barang.
Ia terletak pada beban yang boleh dia pikul.

dan yang last dan best sekali…

Kekuatan seorang lelaki terletak pada 2 huruf L. Kalau huruf L tu diganti ngan huruf M jadi tak ada lelaki dah, jadi memaki. Kalau letak huruf B jadi BeBaki

So.. jadilah lelaki yang sejati dan berbudi pekerti

Tuesday, May 18, 2010

Tips Cover Malu

Berikut adalah tip-tip berkesan untuk cover malu..bukan cover kemaluan okeys!!

  • Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di kelas atau di ofis hingga meleleh air liur basi, anda hendaklah bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur.. Gerenti member anda akan berhenti ketawakan anda dan mula panik.

  • Kalau anda tersilap menyapa orang yang tak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus  bagi duit dekat dia.kononnya anda pernah berhutang dengannya..mesti dia pun akan mengaku anda adalah kenalannya.

  • Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau kataka zip roak sambil berfalsafah: '' Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"

  • Jika anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah seranah member anda itu. Tentu orang takkan gellakkan anda kerana menyangka anda menghidapi masalah mental yang kronik!!

  • Jika anda tersilap masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah anda harus membuat muka gelabah ayam hutan dan cemas 'sambil' berlakon menyatakan tujuan anda nak cari isteri atau awek anda yang dah sejam masuk tapi tak keluar-keluar lagi!!
       
          Selamat mencuba !!
          Hehehehe

Monday, May 17, 2010

Perkahwinan

Perkahwinan itu ialah perintah Allah SWT bagi menyalurkan fitrah manusia ke jalan yang halal.

Maka selama perkahwinan itu adalah menjadi ibadah kepada Allah SWT, membuahkan pahala maka ianya adalah dikira ideal dan mencapai tuntutan dan perintah agama walau apa pun jua versi dan suasana perkahwinan itu.

Di dalam Al-Quran ada menceritakan perkahwinan versi Asiah isteri Firaun, isteri solehah bersama suami yang jahat.

Di dalam Al-quran ada menceritakan perkahwinan Nabi Allah Luth, isteri jahat bersama lelaki soleh.

Di dalam Al-Quran ada menceritakan perkahwinan Ibrahim, perkahwinan Ismail, perkahwinan Musa, perkahwinan Ayub ,perkahwinan rasulullah salallahualaihiwasalam dan para rasul selainnya.

Kita melihat pada perkahwinan mereka terdapat bermacam-macam ragam dan cerita yang mampu menumpahkan air mata dan bukanlah kisah fantasi bahagia khayalan yang jauh dari realiti.

Para rasul di utuskan daripada kalangan manusia dan Islam ialah agama yang paling memahami realiti manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Katakanlah: "Al Quran itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui rahsia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?” (Al-Furqan : 6-7)


a. Al-Quran


1) Firman Allah Taala: Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)


Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.


2) Firman Allah Taala: Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka .

3) Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74)

Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.


b. Hadis Rasulullah s.a.w.

1)Sabda Rasulullah s.a.w : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a)

2) Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya. (Hadis Dha'if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

3) Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. telah bersadba: Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami. (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

4) Rasulullah s.a.w.: Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin. (Hadis Dha'if riwayat Ibnu Majah)

5) Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak.

(Hadis yang disepakati oleh ali Hadis) Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan).Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .


c. Dari perkataan para sahabat dan ulamak.

1) Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata: "Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."
Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

2) Saidina Abbas r.a. berkata: "Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.

3) Abdullah bin Masud pernah mengucapkan: "Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

4) Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua'z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya: "Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. "

5) Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

6) Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya: "Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak. "

7) Sufian bin Uyainah berkata: "Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. "

8) Imam Ahmad bin Hanbal r.h. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya: "Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang."

p/s:penyatuan dua hati dalam satu akad yang membawa kepada kebahagiaan bersama dalam institusi kekeluargaan memerlukan penyatuan dua jiwa yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menyalurkan perkahwinan dan penyatuan ini kerana Allah...cintakan pasangan kita kerana Allah...inshaAllah Allah sentiasa bersama kita...

jazakumullahu khairan jazaa'

Saturday, May 15, 2010

achu akad nikah


Dah lama tak update blog aku nih..emmm hari ni nak cite sikit.
Nampak tak gambar meriah kat atas ni? haa....ni la gambar achu aku kahwin..
gembiranya tengok mak su (adik ayah yg bongsu) telah di nikahkan dengan suaminya iaitu pak su(gelaran untukku) pada hari semalam iaitu 15 Mei...majlis akad nikah dijalankan di masjid Kampung Medan Petaling Jaya.
pada majlis akad nikah ni tidak ramai yang hadir..semua yang hadir adalah adik beradik dari pihak achu dan pak su je..ayah aku jadi wali sebab ayahku anak yang sulong..tapi majlis ni bermula agak lewat kerana berlaku kesilapan teknikal pada keluarga pak su..tok kadi,tok saksi tok siak masjid pun ade dan semua saudara pihak aku dah mula nak kecoh sebab lewat pengantin lelakinya ni..tapi akhirnya paksu aku tiba dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya mungkin nak cover la kot sebab dah buat semua orang tertunggu-tunggu...akhirnya hanya sekali akad je selesai..ye la orang dah berpengalaman kan..hehe.kenduri persandingannya di buat kat kampung di Bagan Datoh,Perak pada 29 Mei dua minggu dari hari akad nikah..akhir kalam Semoga achu bahagia selalu dengan Suami tercinta..