Friday, January 27, 2012

Karnival Lagi Besar Lagi Gempaq

Tadi masa aku balik dari kerja iaitu selepas pukul 5 petang, punya la sesak dan penuh manusia di karnival Karangkraf sebelah tempat kerja aku tu...dah macam ulat aku tengok...kereta usah cakap lah...bersusun kot...sampai aku nak masuk kat lorong Sepana tadi pun kene mencelah.. Bila dah ade karnival yang gempaq sakan macam tu, aku pown pergilah untuk mencemar duli ke situ. karangkraf tu berjiran dengan aku.Kalau tak datang nanti, rasa macam tak ambil perkembangan hal jiran tetangga la pulak. Ermm cukup lar berangan nie...
Hehe kita straight to the story pulak okey..

Tentatif karnival tu bermula pukul 9am-9pm.selama 3 hari. jumaat,sabtu dan ahad. esok katanya ade artis nak datang. Aku ingat nak ajak kakak dan adik aku pergi kesana...banyak buku dijual dengan harga murah... boleh tahan la...aku beli 1 buku,dapat free resit.hahaha

Buku Solat Bestari
Penulis
Siap Dapat tandatangan Penulis buku tu lagi. Mula-mula aku malas jugak nak beli tapi bila dah terpegang  buku solat bestari yang di display-kan tu, terus (penulis) yang aku tafsirkan masa tu sebagai promoter buku tu bersuara...aku trace dia promoter sebab aku tak kenal sape penulisnya..huhu.Dalam hati ni dok cakap,uishh rajin betul promoter ni duk menghuraikan isi-isi buku pasal Solat bestari tersebut secara percuma pulak tu..tak payah letak token pun..Heheh..memang automatik macam ade sensor pulak bila aku touch je buku tu terus keluar suara orang promot. Dalam hati aku, huh pandai betul promoter nie. siap hafal lagi isi kandungan buku tersebut. memang aku tabik spring lah dengan Promoter tu.

Sebenarnye aku tak suka sangat dapat promoter yang suka membebel untuk memegahkan produk dia nie. Aku jadi kurang yakin dan lagi suka mempertikaikan setiap butir kata dia.Tapi promoter yang tengah duduk depan aku yang tak berhenti mempromote tu macam berjaya menarik minat aku.Aku pun ambil buku tersebut sambil membelek2 dalamnya..Err cantik jugak aku puji dalam hati jer la.Hee :)

Tiba-tiba, sorang makcik promoter ni duk cuit aku dan dia cakap beli la Adik Hensem (Perasan sket) nanti boley dapat tandatangan penulis ni. sambil tangan beliau tunjuk pada brader yang aku sangkakan promoter tu. Malu jugak aku bila mendengar orang yang aku sangkakan promoter tu rupanya penulis. Patutlah dia siap hafal lagi isi kandungan buku tu.hoho..kalaulah encik penulis tu tau ape yang aku fikirkan pasal dia tadi dah mungkin aku direct kene sumpah agaknyer.

P/S : Lain Kali Jangan Pandang Orang Sebelah Mata.

Thursday, January 26, 2012

Nama Manusia = Nama Jin

Ni baru aku teringat pasal nama-nama yang pernah ustaz Sheikh Ahmad Faizal beritahu pada aku dalam kuliah rawatan islamnya mase aku belajar kat politeknik dulu..dimana nama-nama ini perlu dihajuhi daripada diletak pada nama anak kita nanti.
Nama-nama ini adalah nama feveret bagi golongan Jin atau anak cucu Jann(bapak jin).
Ini senarai namanya..aku akan panggil 1 per 1...Jadi sape yang nama tersebut ade dalam senarai ini, sila tukar nama anda dari segi panggilan...kalau nak tukar kat JPN pon boley!

1. Balqis
2. Qistina / Kistina
3. Najwa
4. Zakuan / Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya
7. Sofea

Tuesday, January 24, 2012

Perwatakan melalui tangga anak ke berapa?

Meh kita Bace Sifat Nieh Dan Korang Rasa Korang Yang Mana Satu
♥ Anak Sulung Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : * anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. * sering berjaya dalam hidup. * lebih pandai mengambil hati orang tua. * mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi. ♥ Anak Tengah Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : * lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. * lebih percaya dengan keyakinan sendiri. * suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. * sering merasakan diri mereka terpinggir. * terlalu mengalah ♥ Anak Bongsu Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : * happy go-lucky dan yakin diri. * manja. * berkeinginan dan bercita-cita tinggi. * sukar membuat keputusan sendiri.
♥ Anak Tunggal Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : * sering merasakan diri mereka kesunyian. * lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. * lebih bijak bergaul. * lebih cepat matang. * terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. * sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Aku punya Perangai sama dengan : 
Anak Tengah + Anak Bongsu = AKU


Monday, January 23, 2012

~TAFSIR MIMPI ANDA~




Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.


* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah
Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.


Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya

Raja dan Kudanya....

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak malah menipu kononnya berjiwa rakyat hakkk ptuihhh... Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. 

Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya.


Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.


Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" Maka dengan selambanya budak tu berkata, "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.


Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.


Dengan selambanya raja berkata, "Cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab, "Nak kena jentik lagi...?? Ngeee

Ceritera BerChinta

......................................................................................................................................................................................................................................................



Time couple ' BABY ' Dah break ' BABI ' . Time couple ' SAYANG ' Dah break ' BANGANG ' . Time couple ' I- YOU ' Dah break ' WA - LU ' . Time couple ' I LOVE YOU KBAII ' Dah break ' I HATE YOU CIBAI ' . Time couple ' HI DARLING ' Dah break ' BYE ANJING ' . Time couple ' HANDSOMENYA ' Dah break ' SAKAINYA' . Time couple ' YOU LAWA LAH ' Dah break ' EH SIAL LAH '


......................................................................................................................................................................................................................................................? 




~Mau Balik Sudah~

Petang nie aku dah bersedia untuk drive balik ke Pj dengan jiwa yang merdeka dengan jayanya.. Aku dah melepak dengan Encik Am dan aku dah spentkan masa yang sesuai untuk family aku.Masa itu ibarat emas 912.Berharga giler...sampai nak makan pun kadang-kadang tak sempat. Cuma sendiri arrange la ape pun aktiviti yang hendak dilaksanakan supaya masa yang berbaki dapat dimanipulasikan dengan sepenuhnya..
kalau nak jumpa Encik Am sila klik... atau anda boleh berhubung terus dengan beliau di talian  1800 88 Bla Bla... heheh...

Lepas nih aku kena berjumpa dengan Encik Fiq untuk urusan redeem dari dia untuk belanja aku makan..sebab ini musim beliau dpaat gaji...hua hua hua.. :) kalau nak berjumpa beliau sila klik..atau anda boleh berhubung terus dengan beliau di talian  1800 88 000000000... heheh...

Ni aku tengah tunggu beby iman ni bangun tidur untuk bergerak balik..Kalau nak balik waktu cuaca panas memang tak best..aku cepat rimas jadinya..jadi berehat la dulu sementara tunggu matahari  bersembunyi.


Saturday, January 14, 2012

Iman.....Cayang Dia Budak Bucuk Nie...

Anak buah aku dah besar sekarang nie...Nur Farisha Iman ialah beby cumil yang selalu senyum kalau aku acah2x dia...sukanya dia kalau dapat dengar suara aku time aku balik kerja...Kalau dia senyap je aku main Bum-Bum Cak...lepastu mengekeklah beliau dengan jayanya...ha ha ha sejuk hati aku bila tengok anak buah nie bergebira dengan senyuman comel yang dia turun dari  aku tu.Tengoklah uncle dia, anak buahnya pun macam tu lah jugak..bak kata orang tua2x....macam mana acuan, macam tu lah kuihnya...kalau dia dikenakan pakaian gegirl nampak ayu jer...macam perempuan melayu terakhir, tapi kalau dikenakan pakaian bebyBoy nampak hensem dan jambu macam aku...

Nur
Farisha
Iman




Friday, January 13, 2012

Sayangi Kepala Anda



Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, masa aku lalu kat susur masuk ke jalan motor Federal Highway tu aku nampak ada kereta Myvi baru excident, remuk habis....mengucap panjang aku bila membayangkan kengerian kemalangan tu...bumbung takda, dinding kereta dah mampat....berapa agaknyer tahap kelajuan yang driver malang tu bawa eh? hu hu ape pun agak-agak la kalau nak drive & drift tu.....

Tapi yang aku pasti kelajuan aku bila setiap kali aku menunggang orang *motor* memang aku akan menunggang dengan sesedap rasa...kadang-kadang nak rasa sedap, aku akan tunggang laju2 tahap 2x kelajuan cahaya, kadang-kadang slow macam kelajuan encik sipot.heheheh. Tapi aku slow pun mengikut  SOP yang dibenarkan....ikut mood lah... Apapun kena hati-hati....Pemandu kereta sila pakai Tali Pinggang Keledar,kalau takde guna tali pinggang keledek pown bole!! bagi yang penunggang  motosikal pastikan guna topi keledar, topi dan tali pinggang ni untuk si pemandu or penunggang tu jer guna topi keledar tu, kalau yang ditunggang, tak payah pakai pun tak pe sebab nanti tak selesa lar..Ho ho.....sila gunakan topi keledar anda dengan betul...sayangi kepala anda.


sekadar gambar hiasan

Orang Lelaki Wajib Baca


Aku blog walking, dan terdetik un tuk membaca cerita ini...impaknya memang dalam pada dasar hati aku...
Baca lah.....hayati cerita ni betul2.

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
isteri solehah
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
isteri solehah
gambar sekadar hiasan
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
jenazah isteri
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)

Aku malas nak copy link-nyer...jadi, kalau rasa nak dengar lagunya search la sendiri yerk !!