Friday, January 27, 2012

Karnival Lagi Besar Lagi Gempaq

Tadi masa aku balik dari kerja iaitu selepas pukul 5 petang, punya la sesak dan penuh manusia di karnival Karangkraf sebelah tempat kerja aku tu...dah macam ulat aku tengok...kereta usah cakap lah...bersusun kot...sampai aku nak masuk kat lorong Sepana tadi pun kene mencelah.. Bila dah ade karnival yang gempaq sakan macam tu, aku pown pergilah untuk mencemar duli ke situ. karangkraf tu berjiran dengan aku.Kalau tak datang nanti, rasa macam tak ambil perkembangan hal jiran tetangga la pulak. Ermm cukup lar berangan nie...
Hehe kita straight to the story pulak okey..

Tentatif karnival tu bermula pukul 9am-9pm.selama 3 hari. jumaat,sabtu dan ahad. esok katanya ade artis nak datang. Aku ingat nak ajak kakak dan adik aku pergi kesana...banyak buku dijual dengan harga murah... boleh tahan la...aku beli 1 buku,dapat free resit.hahaha

Buku Solat Bestari
Penulis
Siap Dapat tandatangan Penulis buku tu lagi. Mula-mula aku malas jugak nak beli tapi bila dah terpegang  buku solat bestari yang di display-kan tu, terus (penulis) yang aku tafsirkan masa tu sebagai promoter buku tu bersuara...aku trace dia promoter sebab aku tak kenal sape penulisnya..huhu.Dalam hati ni dok cakap,uishh rajin betul promoter ni duk menghuraikan isi-isi buku pasal Solat bestari tersebut secara percuma pulak tu..tak payah letak token pun..Heheh..memang automatik macam ade sensor pulak bila aku touch je buku tu terus keluar suara orang promot. Dalam hati aku, huh pandai betul promoter nie. siap hafal lagi isi kandungan buku tersebut. memang aku tabik spring lah dengan Promoter tu.

Sebenarnye aku tak suka sangat dapat promoter yang suka membebel untuk memegahkan produk dia nie. Aku jadi kurang yakin dan lagi suka mempertikaikan setiap butir kata dia.Tapi promoter yang tengah duduk depan aku yang tak berhenti mempromote tu macam berjaya menarik minat aku.Aku pun ambil buku tersebut sambil membelek2 dalamnya..Err cantik jugak aku puji dalam hati jer la.Hee :)

Tiba-tiba, sorang makcik promoter ni duk cuit aku dan dia cakap beli la Adik Hensem (Perasan sket) nanti boley dapat tandatangan penulis ni. sambil tangan beliau tunjuk pada brader yang aku sangkakan promoter tu. Malu jugak aku bila mendengar orang yang aku sangkakan promoter tu rupanya penulis. Patutlah dia siap hafal lagi isi kandungan buku tu.hoho..kalaulah encik penulis tu tau ape yang aku fikirkan pasal dia tadi dah mungkin aku direct kene sumpah agaknyer.

P/S : Lain Kali Jangan Pandang Orang Sebelah Mata.

No comments: