Monday, January 10, 2011

Jalan - Jalan Ke Lata Sedim

Dah akhir-akhir ni semestinya memenatkan. Banyak aktiviti yang telah direncanakan untuk semua pelatih. Aku yang menjadi antara orang kuat dalam carta organisasi (konon-kononnya lah)  terpaksa menghadiri pelbagai meeting yang aku rasa mual dan meloyakan.

Antara program yang dilaksanakan adalah riadah penutup yakni beriadah ke Lata Sedim kat Kulim. Tempatnya agak biasa sebab aku tak naik pun Top Tree Walk tu sebab kena naik atas lagi. Rombongan yang pergi adalah 4 buah bas iaitu seramai  139 orang pelatih yang tak termasuk dengan pensyarah ( dorang naik keta sendiri la dengan anak-anak)...

Memenatkan... Pergi Hari Ahad, Malam tu ada perjumpaan dengan pegawai ILSAS pastu paginya ada raptai majlis tamat kawad kaki PPKK 38

What ever, seperti biasa kerja-kerja memposing aku tetap dilaksanakan. Hik hik hik

Jalan Nak Masuk

Haha selalunya orang TNB akan ambil no tiang. Ni nombornya.

Ni gambar haziq yang masukkan.

Okey, Sekian sahaja dari aku... mudah-mudahan aku dapat tempat praktikal tak jauh dari Taman Medan.

Okey nanti ade masa aku hupdate syantik-syantik ye blog nih... Selamat Sejahtera Semua......




Saturday, January 8, 2011

Dah Nak Habis Kursus

Wah cerianya rasa hati aku bila nak habis berkursus kat kepala batas ni.
Ini secara tidak langsung akan tamat juga kawad kaki yang mengganggu hidup aku selama aku berkursus nih.
tak sabar betul rasanya...

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan aku kat sini dan memberi makna sudah 3 bulan juga aku tamat belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah..

Opppsss... aku terlupa la. Aku nak kena bersiap pergi dinner kat pulau ni...hehe bayaran tak mahal cuma RM 25 je seorang campur tambang pegi balik...

Antara Member Yang Join.




Monday, January 3, 2011

Aku Jalan-Jalan Ke Penang

Ho Ho Ho...

Selamat Tahun Baru......

Cuti minggu ni aku dapat bercuti selama 3 hari iaitu dari sabtu sampai lah ke isnin iaitu hari ni aku taip nih.
Kalau nak duduk saje-saje kat bilik dan just keluar ke kafe untuk makan, memang mati kutu la jawabnya. huhu.

Aku pun keluar la jalan-jalan dengan member aku Wan dari Melaka. kitorang pergi ke Komtar. Ha ha ha takde ape pun sangat sebenarnya kat situ.. masih di tahap yang boring. Lepas tu aku pun round sekali pacific mall sebelah Komtar tu..Sempat la aku beli barang peribadi aku dan singgah jap ke Popular dan beli Novel tulisan Ramli Awang Mursyid yang bertajuk Cinta Sufi. Novel penutup trilogi daripada Novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan last sekali Cinta Sufi.

okey, aku tetiba rasa macam nak upload gambar aku berjalan la pulak.hehe nantikan jap ek....

siap naik beca lagi... Ngee:)

Haha menyibuk je couple kat sebelah aku tu!