Tuesday, October 26, 2010

Aku tak sihat...Letih tahap tertinggi ni.

Gua letih tahap dewa dah ni.....

Dari pagi tadi ke Bangi, Terus ke Kelana Jaya

berkejar ke poli... huhu penat.....

esok ade test test test.......trtekan betul.

Thursday, October 21, 2010

Menang Teka Kacang (teka ubat sebenarnya)

Hadiah-hadiah yang aku terima

Baru je aku mendapat mesej dari Unit Kesihatan Hospital Slim River Bahagian Farmasi suruh aku datang ke perpustakaan sebelum pukul 2 petang. Aku yang tengah Online sambil pakai seluar pendek ni terus la pakai baju dan ambil kad matrik terus pergi ke library untuk reward hadiah yang dijanjikan. inilah hadiah yang dijanjikan itu..





Wednesday, October 20, 2010

Memenangi Booth Paling Menarik

Ni lah booth aku waktu pameran dijalankan. tempat ni gua sediakan sendiri tau..Nampak simple tapi simple dalam gambar je kalau yang real siap ada bendera Malaysia lagi tau. Bunga bagai.kertas2 kaler merah dan macam-macam lagi aksesori.

Time Pameran Projek...Wah!! Excited kot!!








Siap ada bendera Malaysia yang aku cilok dari Kamsis Lagi.














Ni Booth Bebudak sijil yang mengada-ngada nak ikut pameran jugak
Nazri dengan shahmi.

Hani syakir.dia yg entah apa-apa boleh johan.tapi sayang just dapat plak kayu jer.hehe


Panjang ceritanya ni.. Asalnya aku diberitahu oleh penyelia aku yakni Puan Noraisah Binti Mat dagang yang aku selalu kutuk kaw-kaw dulu dalam entri aku yang lepas-lepas.haha dia mesej kat aku pada pagi isnin lepas. Dia habak mai kat aku suruh aku datang ke Dewan Serbaguna PSAS pada pukul 2 petang untuk penilaian projek. Aku masa tu tengah sedap berlanding atas katil. biasalah kalau pagi-pagi around pukul 10 pagi tu sape la yang rajin sangat nak mentelaah buku walau hakikatnya memang aku tak pernah mentelaah pun pada waktu-waktu lain inikan pulak la waktu-waktu cenggitu.

Puan penyelia aku mesej kat aku bagi tau yangaku kena datang petang tu untuk penilaian... aku pun terus la reply okey puan dan tetiba je ada call masuk tapi aku ak sempat angkat dah off pun panggilan tu. Aku call la no weird yang masuk tu then terus dijawab oleh sorang lelaki.Belum sempat aku tanya dia tapi dia tanya aku dulu.dia tanya la kat mana.pastu aku pun slumber je la jawab aku kat bilik atas katil tengah baring-baring.
Lelaki tu marah-marah aku dia cakap ai awak takmo masuk pameran ka? nama awak dah bubuh dalam list ni?awak jangan buat kepala awak sebab sekejap lagi dah mula dinilai projek awak dan semua..dalam hati aku dah sah-sah ni pensyarah ni. Memang kalut la aku menghamburkan macam-macam pertanyaan pada dia. betul ke? tapi kenapa baru je tadi penyelia saya cakap saya kena datan ke dewan pukul 2 petang? sebab kejap lagi saya ada kelas.ah sudah la.....yang mana satu betul ni.aku pening kepala dengan 2 arahan.

Encik tu pun cakap awak ponteng je kelas tu nanti saya bagi kelepasan. Awak kena datang pagi ni untuk pilih tempat dan hias sendir tempat awak. Awak dah lambat sangat ni. Semua orang dah datang dan dah siap tempat deorang. Awak je yang takda lagi ni

.Ha ye encik... Okey encik... Saya datang sekarang encik....Sabar encik...hahaha tu la ayat aku bagi pada pensyarah yang call aku dan aku matikan panggilan. Aku terus call Nazri iaitu group member projek aku. Dia pun terkezut dengan perintah tu. Habis la kita dauz....kalah la kita kali ni...Semua kita tak siapkan barang. Bulat-bulat la kita letak projek kita. Mati la kita kena kutuk...Aku cakap rileks der....jangan mengalah dulu....ada masa ni kita run cepat. takmo berserah bulat-bulat... Apa yang penting ko kena datang sekarang.Aku tengah bersiap ni.sempat jugak la aku ingatkan dia supaya guna baju kemeja biar nampak kemas.

Dalam hati ni memang rasa nak menangis pun ada bila da keadaan macam ni. Dah rasa macam kena tipu ada.. Rasa macam saje nak bagi kalah tanpa bertanding pun ada.
Aku siap cepat-cepat. Dah pakai tali leher hensem-hensem aku angkat lampu yang aku pinjam pada Unit Amal Slim River dan projek triangle aku tu terus aku blah turun ke dewan besar. Sampai je kat dewan memang aku lah orng paling lewat hadir.Aku ingat aku je yang lambat rupanya aku budak sijil yang terawal...haha. Tapi lantak lah kat deorang yang tak hadir tu sebab aku akan bertanding dengan udak-budak sijil aku jugak so kalau deorang tak datang aku akan menang tanpa bertanding lah...Hahahahaha. Tapi aku tak pedulikan menang ke kalah ke. Yang penting pameran tetap kena buat macam pameran sebab kita nak pamerkan pada orang so, takkan nak pamerkan yang paling tak best kan.haha

Aku terus berkejar merata utk cari kain alas dan rambu-rambu menarik untuk salutkan meja aku.
Aku cari stapler Gun untuk lekatkan kain-kain alas aku tu. kain-alas tu aku rompak troli kat belakang pentas. aku cari kain takda. aku terperasan kat troli tu elok je ada kain putih berkilat yang menutup aurat troli tu aku pun kebas lah kain tu..haha habis berbogel terus troli tu aku buat.. Kesian beliau.keh keh keh....

Aku pinjam kon Pak Guard kat depan tu.Aku letak atas meja.haha buat muka tebal je mintak dan letak.
aku pergi kat belakang dewan tu cari la apa yan aku rasa boleh menampakkan lagi booth aku ni kononnya berhias walau merepek bagai. hahaha..
Dah tu senior sem 6 dok datang kacau tempat aku..konon suruh aku present ar projek aku aku cakap tak boleh sebab aku takut aku punya litar meletup.hahaha sebab projek aku ada masalah relay. dia akan bermasalah tapi bila dah touch kat relay baru la okey sebentar. Aku cakap kalu nak  tengok aku present tunggu lepas dinilai petang karang..hahaha

Aku meneruskan usaha menghias tempat aku. jiran-jiran aku tengok aku hias sinis je muka dorang. Ada Aku Kesah? haha lantak korang la nak cakap aku merepek ke, over ke apa ke jadah lagi ke ada aku kesah? aku tak kacau korang pun dikira baik la. Lastly lagi 10 minit nak dinilai baru broucher aku siap.Tu pun aku hentam kromo je.hik hik asal ada brochers kan.bukan pengunjung nak baca pun saje je buat hias dan pelengkap pameran.

Mandi peluh aku dibuatnya.. tapi aku buat-buat ool men.haha ada la dalam 2 3 orang pensyarah puji kehenseman aku pada hari tu.hehe

Esoknya baru keputusan penilaian dikuarkan..pic diatas tu pic hari kedua pameran la. time keputusan dikuarkan. aku terkilan sikit sebab harapan nak menang projek tapi aku tak berjaya menjadi johan untuk budak-budak sijil.maybe tempat ke-2 kot.masa pengumuman dibuat aku rasa macam dah takda mood nak dengar lagi. rasa nak kemas-kemas dan balik bilik tidur untuk release tensyen. bila dah diumumkan belaka tibalah saat diumumkan pemenang bagi kategori booth paling menrik antara semua booth yang ada...

Mula-mula dia sebut nama penyelia dulu. Aku malas-malas je nak dengar sebab dah takda mood.
Encik Nasrul sebut pemenang bagi Booth Paling menarik adalah Projek dibawah penyeliaan  Puan Noraisah...Save & Safety Emergency Light Firdaus Abdul Wahab dan Muhammad Nazri Darus.Hahhahaha entah tiba-tiba pulak mood aku terus datang.  Aku senyum sampai telinga ler jawabnya.hahaha... Puas hati aku. Berbayar jugak penat lelah aku untuk pameran ni..Aku rasa lagi best dapat hamper besar dari johan projek sijil just dapat plag kayu  kecil tanda johan...Dapat plag  kayu johan tu dah la kecik, keras, tak boleh dimakan. hahahahaha jeles kawan-kawan aku. dah tu ewah-ewah sedap-sedap je dorang mintak hak diorang  pada hamper aku. So Sorry okey..... Aku dengan Mat je yang buleh kongker ini semua. hahaha sebab sape suruh korang takmo bgi sokongan kat aku.hik hik hik... tapi aku fikir korang kawan aku so aku dah tinggalkan jelly sumi 2 peket  untuk korang.tu je la rezeki untuk korang okey! hehe

Chuppppp!!! kalau orang nak tau, Puan Noraishah yang garang macam singa dulu dengan aku macam nak makan je tu sekarng ni tak ka apa. baik je dengan aku... senyum je...hahahaha. Alhamdulilah.

Okey Thanks To All yang banyak bagi sokongan Dan dorongan pada aku..

Sunday, October 17, 2010

Time Nak Present Projek

Hensem tak?
haha kantoi pulak bilik selerak....hee

Aku dengan rambut baru & Nazri ( Member Projek)

Salam Semua...Alhamdulillah aku bersukur sangat sebab aku telah berjaya menjalani proses penilaian projek akhir dengan suksesnya..

Final Projek aku berjaya dipilih untuk pameran projek akhir..Dalam banyak-banyak group yang kena nilai time tu, just group aku jer yang berfungsi. Semua yang ada kecuali aku meletup litarnya.hahaha tu la dulu kanmain kerek ya amat dengan aku. Tau la Projek korang siap awal tapi sayangnya takdak kualiti.
keh keh keh....

Apa pun aku bersyukur yang teramat sangat sebab dipilih dan sekarang aku tengah sibuk untuk membuat persiapan untuk pameran projek pada hari selasa nanti...

Thanks To U All yang banyak bagi sokongan dan komen-komen yang memberangsangkan..

Tuesday, October 12, 2010

Nak Pergi Dinner

Assalamualaikum.. Masa al khair....

Aku Online guna wifi ni susah la sebab limited betul tempoh boleh guna dan kerap sibuk line penggunaannya.
Aku tak sabar nak tunggu hari sabtu ni sebab nak cuti dan nak tunggu akak aku datangbagi aku guna moto dia. Dia kan dah ada hasben, So dia boleh la naik moto hasben dia. Lagipun aku busy giler sekarang ni disamping pelbagai masalah lain yang aku hadapi membuatkan aku amat perlukan motor....ala moto aku bukan syantek sangat pun tapi boleh la membuatkan aku selesa. Motor kriss lama. Brand kriss 01*first keluaran*..ngeee...
kalau stok nak bawak awek memang tak boleh blah la. tak sanggup sang aweks nak naik.kih kih kih...

By the way, Aku nak isikan masa aku ni dengan menghupdate blog aku yang tercinta ini...
Jap lagi aku nak kena bersiap ni sebab malam tadi ustaz amin call aku dan jemput dinner malam ni.. Aku bukan dinner berdua orang je okey tapi berdoploh dua orang..heee :)
Malam ni sebagai penghargan atas bakti yang telah aku*pidato  dan member-member dikir, nasyid,azan dan sajak dimana kami telah taburkan jasa kami lebih kurang 2 bulan lepas..
Tak tahulah mana hotel atau restoran yang akan dibawanya kami nanti..hahaha aku just follow je...


Sebelum tu aku nak bagi tahu esok 13 oktober aku kena present projek aku ni.....Waaaaa takutnyerrr!!!!!
ni aku tunjukan projek aku ye..

SAVE & SAFETY EMERGENCY LIGHT 


emmm okeylah semua pembaca budiman...aku nak mandi sekali lagi dan nak berhensem-hensem sikit sebab dah nak dekat pukul 9 ni..

okey tata....

Monday, October 11, 2010

Aku dah Dapat ILSAS

Aduhai panasnya la petang ni...
Tak taulah panas sebab cuaca petang ke atau rumah sewa member ni yang panas. Aku sampai berpeluh-peluh dah ni...Sekarang aku berada di rumah sewa member nih...Biasa lah sebab nak setlekan pasal projek la apa lagi kalau bukan pasal benda alah ni. huhuhu

Tadi kelas baik pulih habis awal dalam pukul 11.40am. Sepatutnya habis kelas pukul 1 Pm tapi hari ni   pensyarah aku macam takda mood nak ngajar so kami pun enjoy la minta izin supaya balik awal. Beliau pun senyum jer dengan permintaan kami tu. Hik hik :)

Sampai je di bilik,aku pun terus buka fail dan  buat assingment Instrumentasi aku yang kena hantar sebelum pukul 5 ptg. Aku tengah khusyuk mengcopy member aku punya jawapan tiba-tiba baru aku ingat yang aku ada menerima surat dari pos laju. Aku dah minta tolong pada kakak aku supaya ambilkan surat tersebut masa hari sabtu lepas. Aku pun call akak aku dan tanya. beliau cakap kejap lagi beliau tengokkan sebab sekarang dia tengah kerja. So, aku pun menanti dengan penuh sabar. Penyabar jugak aku ni rupanya kan.. ngeeee :)

Henset aku berbunyi dan ada panggilan dari akak aku tadi. Dia cakap memang surat untuk aku dari T.N.B ILSAS. Dalam isi kandungannya adalah aku hendaklah membalas surat terima tawaran tersebut sebelum 15 Oktober dan aku diminta untuk mendaftarkan diri pada 26 Oktober nanti...

Wa laweiiiiii camane sekarang nie? Aku dah betul-betul nak final exam.. Inilah final exam terakhir untuk pengajian aku selama aku menuntut di politeknik ni bagi aku memperoleh Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik... Heppy? memangla heppy tapi aku takmo final aku terganggu. Aku nak berjaya jugak...

Aku terus call P.A aku dan bincang dengan beliau... Ayah aku pun aku call jugak. memang keputusan muktamad aku akan mendaftarkan diri di ILSAS tu nanti.. Kalau korang nak tau aku punya final bermula 1 november dan last paper pada Birthday aku iaitu 09 November ni. Pening aku. Nak minta kelepasan untuk pergi mendaftarkan diri tu nanti dari ketua jabatan aku dah sah-sah secara automatiknya aku akan diterminatekan dari pengajian. Huhuhu. Aku takmo jadi macam kawan aku Hakimi. Dia berenti politek sebab dia minta kebenaran Ketua Jabatan untuk daftarkan diri di kampeni yang tawarkan dia kerja. Secara tak langsung, K.J terus cop dan terminatekan dia...huuuuuaaaarrrrgghhhhh... Gue nggak mau dong kayek gitu. Bapak-bapak, ibu-ibu tolong aku, aku ni tengah mati kutu....huhuhuhu......

Arghhhh.... aku tekad nak jugak ambil ilsas tu nanti. Biarlah apapun..

Mudahan Allah memudahkan urusanku dunia dan akhirat..

Kalian doakan aku berjaya dan menjadi insan yang beruntung ye..Amin......