Saturday, April 14, 2012

Orang Kahwin lagi.


Hari ahad ini merupakan hari cuti dan beristirehat. Hari yang selalu diadakan majlis perkahwinan di Malaysia.
Pada hari ini aku bercadang hendak pergi ke rumah orang kahwin....iaitu kawan baik kakak aku di Kolej Universiti Islam Selangor..Rumah beliau di selayang... Aku panggil Kak Rahmi..Dia orang Negeri  Acheh Nanggroe Darussalam.

Aku  tidaklah akrab dengan beliau tapi disebabkan dia dengan kakak aku selalu macam belangkas kalau ade urusan asaigment. Urusan dengan dia mudah kata kakak  aku.. sebab dia tidak boros dan tidak suka mengharap sepenuhnya kepada kakak aku atau lebih mudah dia seorang yang berdikari..

Kelmarin ketika gempa bumi terbaru dia Acheh pada skala 8.5 SR, saudara dia telefon mewakili yang lain mengatakan Negeri Acheh sedang gempa.semua orang acheh sedang bertempiaran lari menuju ke tempat tinggi mencari perlindungan dari tsunami. Saudaranya bagi tahu tiket flight sudah dibeli tapi kami tidak pasti dapat hadir atau tidak. Mungkin juga talian ditelefon ini merupakan talian terakhir dari kami buat Rahmi dan keluarga..Kak Rahmi cakap, masa tsunami di acheh tahun 2004 yang lalu dia ada di acheh dan sebelum  ombak yang tinggi dan ganas hampir melanda dia didukung oleh pak ciknya dan dibawa lari dengan sejauh mungkin manakala saudaranya yang lain yang tidak sempat melarikan diri telah lenyap bersama ombak besar yang datang seperti petanda hari kehancuran bumi. Ketika badai kembali pulih, kak rahmi bersama pak ciknya lihat mayat-mayat saudaranya bergelimpangan berserakkan dengan penuh menyayat hati..Itulah yang diceritakan oleh Kak Rahmi pada kakak aku sambil menangis dan menahan sendu.

Sebak juga aku dengar. Negeri Serambi Mekah dan negeri yang mempunyai kekayaan tersendiri di Indonesia itu sering diduga Ilahi dengan fenomena gempa bumi dan ancaman tsunami seperti yang telah dirakam dalam sejarah tahun 2004 dimana tsunami melanda Acheh. Alhamdulillah tsunami tidak melanda pada kali ini.Bukti Kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.walaupun ukuran pada skala Richter hampir sama namun gelombang air penyebab tsunami tidak berlaku. Walaupun jika gegaran pada tahap lebih tinggi dari itu, namun dengan kehendak Allah tidak bergelora laut tersebut, maka tidak menjadilah  gelora laut tersebut kerana laut itu makhluk Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.

Disebabkan itu aku excited untuk menghadiri kenduri perkahwinan tersebut untuk menyaksikan saudara-saudara Acheh se-islam yang hadir pada majlis itu tengahari nanti..

Thursday, April 12, 2012

Arghhh Gian Dah Lama Tak Bercuti..

Lama sudah aku tidak membuka lampiran pena kembara aku nie dah bersawang mungkin...

Selaku Yang Mulia Tuan Blog ini ape pun Sebelum  Aku meneruskan bebelan titah perintah, Aku nak ucapkan selamat membaca entri ini.
Sekarang aku nak bercerita tentang aku punya kisah putaran waktu sibuk yang makin menghimpit ruang kelapangan yang sebelum ini menjadi galaksi untuk aku bebas berehat.

Setelah kian kali aku menghabiskan cuti yang ada 4 hari berbaki maka berkelanalah aku diatas muka bumi Tuhan yang luas ini...

1st destinasi is my home town ... Diamond Bay a.k.a T. intan. Disamping dengan tujuan untuk lepaskan rindu pada parents dan my younger brother Fuad kebetulan abang sepupu pulak meninggal di kampung.
2nd pergi ke manjung dan mandi di teluk batik.
3rd pergi ke pulau pangkor sebab temamkan my sis ke rumah kawan dia kahwin.

Mandi di Teluk Batik

Di pantai Teluk Batik


Kakak  aku yang Mabuk Laut sedang menstabilkan badan di jeti Pangkor
Main Buai sekejap di Pangkor Island