Friday, June 17, 2011

Pergi Zoo Negara

Heheh ni dengan kuda padi @ kuda pendek


Wowwwww nak ikan ni bawak balik umah.....

Eeeee uuuuuu tengok tu..!!


hehe comey cangat bear nie...


Ni la beberapa pic yang aku rasa macam berminat nak upload....yang lain ade lagi tapi macam nak simpan je sebab aku upload ni pun kat . Ni aku dah nak balik sebab .........

Aku dah tak larat ar nak update malam ni...
ni baru balik kerja....
Im So Tired.....




Penat Sampai Bersandar Kat Pokok



Hello Hello         

Jalan-Jalan Hilangkan Boring....

Baru Nak Start Enjin

Aku bosan dengan waktu kerja yang memberikan aku kebosanan maka aku rasa rasa begitu dan teramat bosan...  Oleh yang demikian aku pinjam la kereta akak aku untuk ronda-ronda..heheh....


Sunday, June 12, 2011

Hye semua.... hari tu aku sibuk jalan-jalan kat sunway piramid sebab nak usha keje, tiba-tiba ade maskot itik dengan geng-geng suku asli mane entah memeriahkan sekitar pyramid tu, aku pun cepat-cepat la bergambar dengan maskot tu...hehe.... comey betul maskot tu.. nak cubit-cubit je rasanya... hik hik...

Among-Among……



Niny Among Kaky Among…. Eh ape benda among-among nie eh? Haha kalau korang nak tau ni adalah adat orang jawa untuk meraikan beby or kanak-kanak…dari dia baru lahir sehinggalah umur beby tu 7 tahun… Niny Among Kaky Among ni orang-orang tua kata kawan beby tu dan yang suka bermain dengan beby….aku pun tak dapat maklumat jelas pasal Niny Among Kaky Among nie… jadi aku dan family aku malas nak berfikiran macam tu sebab takut jadi khurafat dan syirik plak… mane ade kuasa yang memelihara selain ALLAH yang mencipta, memelihara dan mengurus dan mengaturkan segala takdir manusia nie.

Oleh yang demikian, bagi aku dan family aku buat Among-Among nie hanyalah untuk memberikan kegembiraan pada beby & kanak-kanak<*Fuad* >dan secara langsung dibacakan doa selamat untuk kesejahteraan beby tersebut..disamping tu juga, buat  Among-Among ni adalah bagi kanak-kanak tu rasa dihargai dan automatic dia makin bersemangat untuk hidup kerana kita appreciate dia dan takda unsur-unsur tahyul,khurafat dan syirik…

Asas makanan wajib untuk among-among nie adalah bubur merah dan bubur putih…sedap jugak kalau lama tak makan tapi kalau selalu makan muak pun ade makan bubur tu dan sedikit jajan campur untuk disedekahkan pada kanak-kanak yang hadir Hehe…. Lepas tu nasik Ambeng yang ada cucur udang atau cucur ikan bilis sebagai lauk, keluban (kerabu yang ada cekur) dan beberapa jenis lauk..Sedap!! sekarang susah nak cari nasik ambeng ori….

Tapi memandangkan aku buat kat Taman Medan jer, akak aku buat yang paling asas jer la..bubur putih dan bubur merah dan bagi jajan jer la sebab nak buat nasik ambeng budak-budak Bandar metropolitan nie mana tau makan…pastu nasik ambeng tu akak aku gantikan dengan bubur nasik..sedap! akak aku kalau buat bubur nasik macam McD…malah lagi sedap lagi dari restotan segera tu punya bubur nasik..nuget,kentang,kek, dan agar-agar laici…simple jer…tapi cukup dan lebih.mak aku siap tapaw bubur nasik bawak balik kampung lagi.sedap sangat…ermmm sampai menjilat sudu lar.. hehe  

Ni beberapa gambar yang rajin untuk aku upload…saksikanlah jeng 
jeng!!!!!!! 

Fuad & Erol




 
Kek Ben 10 Khas Untuk Fuad
   
Azman & Erol

Pulang Buku Helmet Kene Curik



Hari rabu hari tu helmet aku hilang masa kat library Petaling Jaya.. Sial punya manusia yang curik… celanat punya orang… masa tu baru lepas hujan jadi aku plan nak pegi pulang buku dan novel yang aku pinjam kat library tu kemudian pinjam buku dan novel yang baru dan terus ke Taman Jaya jalan timur untuk berjoging.. aku pun pulangkan novel Qantan Biru Langit, Ya Fattah Cinta Sakti, Munajat Cinta dan Kasihku Abadi..

Dah setle transaksi pemulangan, akupun naik lif ke aras satu untuk pergi tengok koleksi buku dan novel. Lama gak aku memilih dan aku amati buku-buku tersebut.. jadi aku tertarik untuk meminjam novel english Spell Game, Pahlawan Adamus, Benarkah Bible Kalam Allah,dan buku sejarah pembukaan Taiping oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang bertajuk Tengku Menteri…tebal macam kamus dewan..huhu tapi demi untuk mencari jalan cerita keluarga Ngah Ibrahim, aku pinjam gak walaupun berat betul   nak bawak.huhu(masa tengah rajin membaca) well membaca satu tradisi yg bagus. :)

Bila dah pinjam, aku solat asar jap kat surau library tu kemudian baru aku pulang ke motor dan aku pelik sebab tak nampak pulak baying helmet aku dan aku ingat balik masa aku sampai jek kat library tu takdek plak aku simpan helmet kat rak security dan bila aku tanya security  sah aku memang tak parking helmet aku kat deorang.. takpelah sebab memang aku tak penah parking kat tempat deorang.dan aku memang pasti yang helmet aku dah kene curik! Memang kata-kata maki je lah yang keluar dari mulut aku untuk si laknat yang kaki mencurik tu..
Aku kol Acab member poli aku sebab umah dia kat depan library tu jek, tapi malangnya dia kat Johor Bharu plak dan masa tu jugak la bateri fon aku kong. Huh sudahnya aku balik ke rumah jer… dengan pakaian sport aku naik moto aku dan blah balik umah selamba tanpa helmet..

Kalau sampai aku kene tahan polis dan disaman oleh pak misai, memang aku   tak teragak-agak bila sampai jek rumah nak buat sembahyang hajat bagi cepat mati jer pencurik helmet aku tuh.. tapi alhamdulillah aku terselamat dari pak polisi. heheh… jadi aku pun terpaksa meredhai pemergian helmet aku ke tangan pencurik yang aku tak kenal dan tak pernah tengok tu… tapi biarla dan cukup la makian aku lemparkan padanya...harap2 supaya dia terimalah impak dari pakai helmet curik tu dan semoga dia insaf  nasuha daripada melakukan kerja-kerja mencurik nih.