Thursday, September 29, 2011

~Kehidupan~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tasbih  Yang Mulia Selayaknya  Bagi-Mu Ya Tuhan Semesta Alam
Selawat Dan salam Keatas Rasulullah S.A.W...

Semalam aku demam..teruk sangat aku rasa.. macam tak nak datang kerja je rasanya, tapi  aku tak boleh cuti sebab tempat kerja aku ni kekurangan pekerja.

Hari nie aku hampir pulih seperti sediakala..Alhamdulillah aku dah rasa selesa kalau tidak, rasa macam nak meragam je.nguwek nguwek ...huhu

Beginilah lumrah hidup, kesihatan, masa lapang, kesenangan dan semuanya adakala bukan seindah dan seceria yang kita harapkan...fenomena ini bukan sahaja berlaku kepada kesihatan kita sahaja tetapi ia juga mencakupi setiap aspek kehidupan.

Oleh yang demikian, sentiasalah beringat sebelum sifat alpa dan lupa bakal menaungi perasaan kita sambil diiringkan bisikan alunan mesra oleh sang petala yang memukau hati kita sehingga kita lupa kepada ujian tuhan yang bakal berkunjung tiba.ujian kesakitan malah ujian kelapangan waktu dan sebagainya sering singgah kepada setiap makhluk bergelar manusia ini.berwaspada dan ingatlah setiap masa...

Untuk menjauhkan kita dari bisikan sang petala yang menjadi musuh keturunan manusia semenjak dilangit, maka sematkan dihati tentang Perjanjian sewaktu kita solat seperti widget kartun comel sebelah kanan ni dimana Hidupku,Solatku, Ibadahku hanya untuk Allah.InsyaAllah kita akan terpelihara dari Alpa dan Leka.

Akhir kata Assalamualaikum,....

p/s: tolong jawab salam aku nih ek...hee

Monday, September 26, 2011

Punca Aku Jemu

Assalamualaikum wbkt..

Hari ni aku kena menghupdatekan  juge blog aku nih dengan entri yang aku cuba canangkan dalam fikiran aku yang geliga ni.Hahahah (punye perasan).

Bukan sebab nak meraban tapi sebab kebosanan tahap dewa...
kalau ikutkan aku memang banyak benda yang nak aku ulaskan tapi Mood aku tengah merayap kemana entah masa ni jadi aku aku pon rasa kejap lagi atau senang kata bila line clear  dan bila mood ada nanti baru aku hupdate sepuas-puasnya...

Tapi kalau nak kirakanlah detik demi detik, dah hampir sebulan rupanya aku dok bertapa sebagai part time kat Butik Lotto Sunway Piramid nih. Aku dah mula rasa macam jemu la pulak.Huhuhu...

Jemu yang wujud itu disebab oleh  2 masalah problem yang besar kat bawah nih bergabung...

1) Kerja aku paling menyampah nak buat kalau stok sampai dan kalau nak kira stok bulanan setiap bulan..
2) Kerja Maki Orang Dalam Hati haaaaa ni ceq nak habaq mai  jawapannya....Ianya adalah disebabkan oleh certain Customer yang Poyo tu datang tunjuk muka yang tak hensem + kedut-kedut dan mintak cuba macam2 jenis kasut & saiz tapi nak beli semua jenis yang dia cuba tu bayang pon takde malah nak beli sepasang pon haram. Tu memang stok makan maki aku terang2 dalam hati. Consider harus hukumnya dimaki sebab giler tinggi aku panjat stor belakang menggeledah kotak-kotak kasot mencari saiz kaki dia yang penuh bulu tu tapi dah penat aku carik, beli pon tak nak...mau aku tak jadi hangin.Huhuhu
3) Bla bla bla bla....huh? ape bla-bla tu? huhu aku pun tak tahu.....
Okey lah setakat itu jelah kombinasi formula yang aku rasa telah bergabung macam Megazord Power Rangers gedabak besar dalam tv masa aku kecik-kecikdulu tu yang menjadi punca mood aku hilang and melayang-layang...

kat bawah nie la gambar butik Lotto kat Sunway pyramid. tempat aku kerja sementara.





Ermmm Okey lah aku nak kena susun stok plak nih... bye bye...

Sunday, September 18, 2011

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.


Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..

Saturday, September 10, 2011

Virus Virus

Adoiyaiiiii bilakah aku nak sembuh dari serangan tanpa henti yang diserang hendap oleh virus selsema nie..
Hari-hari aku keje dengan mengeluarkan suara yang hampir sengau dek kerana virus selsema ni..perghh memang berjuta-juta tekanan aku dibuatnya oleh selsema nih.

Hilang kecomelan aku time hembuskan hingus bila nak amek wuduk..huhu
yukss discusting....heh heh



Wahai orang yang bace entri aku nih,,, Doakan aku cepat sembuh ea...tak tahan beb kalau hari-hari macam gini..

Bye-bye my sweets reader..
Mmmuuuaaaah hot kissing for U..
Lalalala

Thursday, September 8, 2011

Syukur pada Allah

Dah sebulan Aku dilema dengan perasaan khuatir, takut, dan sakit dalam menantikan tarikh 8 september iaitu pada hari ini.
Kerana........... jeng! jeng! jeng!


Kerana aku akan pergi mendapatkan keputusan ujian thyroid aku di Hospital Manjung.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan segala ujian yang aku jalani memberikan result yang memberi bahagia kepada aku.
Bukan bahagia setakat berita tersebut tetapi aku telah bertemu dengan Right Wing & Left Wing aku...

Wings aku tu bukan macam wings beburung yang korang nampak kat alam nyata nie, tapi wings yang tak terungkap bagaimana rupa, bentuk, dan kasih sayang aku padanya.

Tapi memandangkan tak dek pic wings yang aku minat jadi aku letak la pic meow meow yang cute nie.hehe

Comel Tak?  Meow Meow
  


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, September 6, 2011

Rawan Yang Datang

Setelah bertaburan janji di sepakati namun ada gelora datang melanda.
Kemana aku harus pergi...

Setiap hari aku merinduimu,
Ketahuilah setiap helaan nafasku terkandung namamu,
Kau semakin menjauh,
Aku yakin sejarah dengan yang dulu sedang berlaku lagi,
Aku ditinggalkan sepi...

Akan aku undurkan diri,
Biar tiada sesiapa yang rasa disakiti lagi,
Pergilah kerana Dia menantimu
Biarlah aku menongkah duri kehidupan dengan kemampuanku yang menjadi teman disisi.

Aku bukan siapa-siapa tapi kenapa aku menjadi pennggugat kepada Dia...
Mungkin Ini Takdirnya
Aku Terima..Tiada siapa yang dapat lihat betapa aku kehilangan.....

Wahai Hati Pendamlah Sakit Ku,
Wahai Mata tahanlah air yang jernih dari terus jatuh di tubirku ini....

Ya Tuhan yang menciptakan diriku,
Aku mohon pada-Mu,
Pamerkan kembali wajah ceriaku,
Selindungkanlah kedukaan hati yang melara ini,
Sejahterakanlah Hati Insan-Insan yang Aku rindui.........
Sungguh aku merindui mereka....

Friday, September 2, 2011

Catatan Buat Yang Tersayang

>> Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan dalam dia.

>> Cinta adalah jika kita kehilangan rasa, gahirah, romantika dan masih tetap perduli padanya.

>> Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, meraka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

>> Ada saat-saat dalam hidup ketika Kita sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga Kita memimpikan orang seperti itu.

>> Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

>> Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

                           
                                

...............................................................................................................................