Thursday, June 28, 2012

Konvoi Pemuda Parit Buntar

Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Cuti minggu lepas aku telah merancang percutian untuk menemankan kawan aku untuk berjumpa dengan seseorang yang amat mendebarkan beliau. Rupanya rezeki buat aku menepati dengan masa aku yang terluang..itu lah bukti :Kita merancang Allah Merancang, Allah Sebaik-Baik Perancang:..Aku hanya merancang untuk menemankan beliau sahaja namun rezeki untuk aku lebih dari itu dimana aku telah dapat menghadiri Ceramah Grand yang dianjurkan untuk perasmian MTD Kuala Kurau... Tahniah buat warga Kuala Kurau..Syiar Islam yang dibawa oleh PAS insyaAllah akan mengiringi pembangunan Kuala Kurau dan Parit Buntar.

Pada pagi ahad, aku telah mengikuti Konvoi Expresi Anak muda Parit Buntar ke Putrajaya dari MTD Kuala Kurau ke Dataran Purnama Kg. Kedah.Alhamdulillah walaupun aku tido lewat lebih pukul 2 pagi, namun dengan semangat waja yang jitu dalam hati(ekekeke semangat waja konon) aku bangun awal jugak lah..walaupun tak berjemaah subuh tapi sempat solat dalam waktu subuh lagi..(hehehehe)





(^_^)



Monday, June 25, 2012

Haram adakan Pilihanraya Musim Haji

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji


Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-


Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhuirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.


Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman







Wasatiyah Najib tak Berkesan Sebab Wasatiyah Umno untuk cari MAKAN bukan untuk TUHAN


Wednesday, June 13, 2012

Mendaki Bukit Broga


Aku Berlindung Dengan Kemuliaan Allah yang Maha Agung Dari Sebarang Kejahatan Dari Langit Dan Bumi


Alhamdulillah tercapai juga maksud untuk aku mendaki bukit Broga ini. Setelah digambar-gemburkan akan keindahan suasana bukit ini sewaktu matahari terbit oleh beberapa kenalan yang aku jumpa ketika mendaki Bukit Tabur tempoh hari. Tapi rezeki buat aku untuk menikmati panorama indah tersebut belum kesampaian dek mendung di awal pagi. 
Ramai yang menunggu untuk matahari terbit tapi jawapan yang pasti andai terus berharap adalah menanti matahari rembang sahajalah yang keluar pada tengahari .Pendakian bermula pada seawal jam 4.30 pagi dan setelah solat subuh di atas bukit, aku lanjutkan lagi pendakian meniti ke puncak. 
Syukur aku sampai jua akhirnya. Menikmati angin pagi yang sentiasa menyapa pipi dan kulit tubuh. Berahat sebentar menikmati keropok sebagai lambang kejayaan.Hahaha
  Namun aku terpaksa turun awal dari puncak bukit memandangkan pada malam tersebut aku kena kerja jadi waktu yang ada tidak aku siakan untuk beristirehat..

Ni gambar yang aku sisipkan buat Pena Kembara Seorang Jejaka.





Insya-Allah jika ade kesempatan aku nak panjat gunung pulak.
lepas aktiviti mendaki bukit nie, aku rasa badan makin sihat.
cepat berpeluh.Nasib badan aku jenis yang berbau wangi.Hik hik

(^_^)