Wednesday, April 20, 2011

Bercuti Ke Pulau Pangkor

Hai Semua...



Ilsas yang aku masuk dah hampir ke penghujungnya...semenjak menghadapi tekanan OJT, hidup makin suram....dah lama x rasa teruja.lama sangat-sangat.
Cukup 3 bulan aku menjalani latihan dalam bekerja, aku dapat cuti selama seminggu. oleh yang demikian, aku dah planing siap-siap hala tuju aku merewang waktu cuti daripada aku dok je kat rumah selama waktu tersebut. Minggu bercuti tu bukanlah bermakna jadinya kalau kena hempas pulas sambung OJT kat rumahku dikampung pulak...uuuuuuuuu boleh nangis aku kalau Puan aku tak izinkan Proposal aku bercuti tuh..haha.

Aku ingat nak blah je terus ke Manjung dari Petaling Jaya ni, tapi aku tertinggal resit henset aku daaa kat rumah kampung tu. Resit tu dibawah simpanan ibu aku...jadik,,,,nak tak nak aku kena balik umah dan menghadap puan ibu minta resit, minta izin nak pegi jalan-jalan ke Pulau Pangkor sekali. Dalam hati ni Doa je la supaya puan ibu luluskan sebab subuh-subuh pagi tu time aku tengah diulit selimut Puan ibu dah kol suruh bangun dan tanya aku balik kampung ke tak hari tu sebab Puan ibu dah prepare job yang perlu aku buat.Huhu

Aku sampai je kat kampung, terus aku cari resit kat bilik rasmi Puan ibu.adik aku suruh mamam tengahari dulu sebab dia dah siap masak so, bila aku dah mamam gulai yang adik aku masak,aku cakap kat Puan ibu dengan acuh tak acuh je sebab tak berani nak pandang mata si Puan ibu sebab nanti dia leh bace planing aku nak balik lambat.haha

Puan ibu cakap okey..tapi jangan lama sangat sebab ada kerja untuk aku.huhu akupun cakap olrait. Terima kasih Puan ibu...Aus tak lupa untuk balik lambat.Hehe aku terus je capai helmat dan blah cepat-cepat sebelum Puan ibu ubah fikiran.

Ha ni dia aku tunjukkan gambaq-gambaq yang sempat aku klik klik...
*abg am yang klik-klik amek gambar aku*hik hik


kat jeti pulau pangkor..
Ni kat kota belanda..depan dia kota jual gamat...gamat besar!!
Yeah yeah aku dapat En.Crab
2 jam habis 1 pulau aku round


haha ade buai tayar pulak,,,mesti try punyer!
Total semua campur belanja habis dekat RM 125 je termasuk makan dan beli jajan sikit... Tapi kalau ke pulau ni tak bawak motor sendiri semak dan semput la korang jadiknye....harap nak naik teksi van yang ade entah berapa pulak kena cas lepastu tak puas nak ulang-alik tempat yang cantik tu banyak kali...kalau naik moto anytime korang leh jalan-jalan sesuka hati.. Bye Bye!!


Friday, April 8, 2011

Mengcopy Tips Baru

cara menyejukkan komputer (cpu) @ laptop menggunakan kekunci rahsia..


lepas nie tak yah guna kipas segala.. guna cara yang gua ajar nie aje.. gerenti sejuk..

kekunci Window
PENTING 
sila tutup semua program yang aktif sebelum melakukan hack ini.
pastikan desktop anda kosong.. supaya kesejukkan itu dapat bertahan lebih lama.

untuk pengguna Window XP.
tekan kekunci Window
kemudian
tekan kekunci U dua kali ( tekan cepat cepat )
itu je.

untuk pengguna Window Vista
gua malas ajar sebab susah sikit caranya.

untuk pengguna Window 7 dan Window 7 Starter
tekan kekunci Window
kemudian
tekan kekunci right arrow sekali dan tekan enter


Wednesday, April 6, 2011

Nak Naik Belon.....

 Leh bergambar je la. Nak naik tak mampu. lagi pun masa tak mengizinkan. dah maghrib da...

 "Sempat lagi possing tu. Heee dah dah jom balik..." Kata abg Am dengan nada jeles

 Jom la kita naik tu.. Kimi nak naik.. Huhu

 Wah wah ada doraemon la...

Ini benda ape ni??? siap ada burung lagi... Burung sape tu ek?? hehehe

Saturday, April 2, 2011

Aku Kerja TLDM

Salam.... Dah lama betul lar aku tak pergi main bowling dengan abang Mie sepupu aku. Semalam aku mesej Paan ajak keluar sebab akak dan abang Ipar aku semua balik ke kampung sebab ade kenduri. Jadi Pan pun cakap yang dia nak keluar dengan member2 praktikal dia. Aku cakap nak follow dia. Semalam Aku kerja sebagai TLDM (Tido,Lepak  Dan Makan).hehehe

Puas jugak aku sebab duduk rumah sesorang gitu. Aku sampai kat Mid Valley tunggu Paan dan jumpa kat aras 3 tempat GCS..aku ingat nak tengok wayang rupanya maen bowling jer..erm jadilah dapat jugak hilangkan stress yang menyemakkan aku selama seminggu aku dok tahan je...

Hari ni aku habiskan banyak masa aku kat Library MBPJnih..best jugak jadi ahli..tapi mahal kalau untuk menjadi ahli selama seumur hidup...ratusan ringgit jugak modalnyer...jadi aku memilih sebagai ahli dalm tempoh setahun dulu.if availbale i'll continue...tapi bila lagi ade masa yang banyak untuk aku menghabiskanmasa kat library bila dah keje nanti...just angan2 jer la..haha