Sunday, March 25, 2012

Gambar Terbaru Sebelum Konvo

Sempat bergambar dalam Dewan Seri sarjana UNITEN hahaha




Gaya mesti mau ada. hahahaha

Dating bersama someone special. 

Buat muka cute sambil imagine brapa ringgit nak kena bayar nanti..


Saturday, March 24, 2012

Konvokesyen kali Ke-2 dalam tempoh 5 bulan

22 Mac 2012 kelmarin merupakan tarikh aku berkonvokesyenkan di Uniten. Pointer yang aku dapat tak la hebat...cuma 3.56 jer...Memang susah giler blajar masa kat ilsas tu.susahnyer hanya aku dan budak-budak yang belajar same jer tau.

Bila aku lepak dengan kawan baik aku di Ilsas iaitu Beri a.k.a Sabri Daud yang berasal dari Jerantut pahang, macam-macam cerita dia mengimbas kembali..kenangan aku membangkang isu makanan, isu kerohanian, tak lupa jugak isu budak ppkk38 yang terkena flashover sewaktu praktikal dulu sampai coordinator ilsas tu kenal la sampai sekarang bila call dan sebut nama jer dia boleh ingat.hahaha Publisiti murahan ker tu ehh? Hua hua :)...budak mane lagi kalau bukan empunya blog yang comel ni lah orangnyer...dan sempat lagi terselit cerita pasal aku dan dia kena kepung dengan pak cik sekuriti Uniten tu pun si sabri tu boleh ingatkan.hahahah macam-macam cerita tapi semuanya sweet bila kenangkan kembali..

Entah bila akan dapat berkumpul lagi untuk bersama dengan suasana meriah macam petang hari raptai konvo tu...semua kawan-kawan bersalam dan bercerita tentang kawasan dan department yang mereka ditempatkan.

Yang aku tak boleh lupa pasal soalan deorang kat aku...
(Ko nie keje tnb ker keje kat spa? aku tengok tak gelap-gelap pun..makin cerah ade lar..) memang bangga sekejap lah bila telinga aku ditala dengan soalan penuh kebenaran macam tu...haha...tapi macam biase ar yang paling aku tak suke bila budak-budak yang biasa dari dulu cubit pipi aku masa kat ilsas tu mengulang kembali kerja part time deorang bila jumpa aku...Dah la hidung aku masa tu memerah sebab ade jerawat nak tumbuh, bila diperlakukan macam tu sakit hati aku...tapi fikir lama tak jumpa dan lama jugak tak bergurau, aku diamkan je la. Sekarang aku tengah tunggu gambar konvo aku atas pentas tu sampai ke rumah aku nie...tak sabar nak tengok aku mengenakan baju melayu teluk belanga kaler putih,sampin songket hitam,songkok dan kasut hitam.macam nak pegi akad nikah pulak rasanya.haha ape pun nampak sopan sangat bila aku digayakan dengan baju melayu especially yang jenis cekak musang... I like I like....

Beberapa bulan lepas, aku konvo politeknik...lebih grand lagi la sambutannya sebab..macam istiadat konvokesyen mesti ade alat muzik cak lempong,gamelan, dan rentak mohram...pakai jubah macam filem Hary Potter siap ade Dumbledore lagi iaitu ketua dekan atau pengarah cuma tongkat sakti jer takde...wakakakaka :) tapi dekat ilsas ni konvokesyennyer biasa jer...tak berjubah bagai...cukup sepersalinan baju melayu jer...Ala-ala teater klasik gitu..

Thursday, March 15, 2012

"Henfon cap ape nie"


~Henfon aku...Cantik kan warna hijau dengan Pink. Hek hek walaupun warna itu menyerlahkan lagi pandangan orang terhadap kejambuan seseorang tetapi warna tu jugak yang menjadi aku punya tema henfon. Jangan salah tafsir untuk yang kaler pink tu asalnya akak aku punya tapi dia nak tukar dengan aku. Aku pakai CSL je tapi boleh guna 2 simkad, beliau pun minta lah aku terima henfon buruk dia tu.. Malu aku mase mula-mula guna tu. kena banned tak agak-agak dengan kawan-kawan terutama bila aku guna T-shirt V-neck yang neck dia kaler merah jambu tu..huhu memang matching sangatlah dengan kaler tema henfon tu.. sekarang ni dah tak macam 1st time aku guna dulu. sekarang semua dah sedia maklum akan hakikat itulah henfon aku. Hahahaha...
Lepas nie, sape yang minta aku sent gambar guna MMS, memang sendiri mau ingat la sebab ape aku menolak permintaan anda..sebab kecanggihan henfon aku nie mengalahkan android punya O.S..jadi setakat nak blutuh bluetooth tu boleh la.Aku pun just guna untuk dengar lagu, hantar mesej dan call orang jer..Tak lebih pun sebab itu jer kemampuan dia..
~~~Okey la nak out dulu~~~~

Tuesday, March 6, 2012

Sakit Kepala sangat-sangat

Pagi tadi aku pergi kerja macam biasa..tapi bila dah tengah hari tu tiba-tiba kepala aku rasa macam berat..sakit sangat kepala nie..bukan rasa pening tapi rasa sakit..apabila kerja fault investigate dah selesai dan aku balik kerumah, aku cuci muka dan terus rebahkan badan atas katil. Aku rasa macam tak bermaya. Sekarang aku dapat merasakan perubahan kesihatan aku..aku merasakan seperti semakin tidak stabil...badan aku cepat sejuk,lesu,cepat pitam. Mungkin disebabkan cuaca atau disebabkan oleh  Gastrik aku yang terlalu kerap datang menyerang.

Kalau dulu bagi aku, muntah adalah perkara paling aku tak suka. sebab badan aku jadi lembik selepas itu.Mood pun akan hilang. tapi apakan daya sekarang aku rasakan perkara yang aku tak suka itulah yang kerap kali terjadi...... kalau tak boleh tahan, aku terpaksa makan 3 biji ubat omeprazole tu.sebab kuat..sukatan sehari sepatutnya sebiji jer. tapi dah sakit punya pasal aku telankan jugak...


Monday, March 5, 2012

InsyaAllah






InsyaAllah pimpinan PAS akan dapat menakluki Pentadbiran Pusat dan akan memastikan keadaan negara menjadi lebih kondusif untuk rakyat dan bagi melestarikan  pentadbiran Islam di Negara Malaysia selaras dengan Syariat Islam yang sentiasa berpaksikan kepada Al-Quran dan As-sunnah.Semoga zaman penjajahan fikiran yang bersifat mencengkam para Pelajar (Mahasiswa) dan rakyat marhaen akan berubah  kepada suatu Era yang penuh dengan demokrasi tanpa sebarang pecah amanah yang kita lihat semakin hari semakin berleluasa. Maka perubahan yakni tukar orang terhadap pucuk pimpinan kerajan hendaklah diklasifikasikan sebagai Extra-Urgent untuk dilaksanakan menjelang pilihanraya umum yang bakal berlangsung kelak.

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara





Saturday, March 3, 2012

Mandi di Bukit Belacan


Pagi tadi aku pergi ke rumah saudara aku yang baik hati. beliau bernama Encik Arill dan dalam gambar ni beliau pakai baju kaler putih dan pegang towel putih tu. Baik orangnyer.. suka senyum dan ketawa. Walaupun asyik diusik oleh aku dan 2 orang kawannye yang nama Faris (pakai Cap) dan Syafiq (Baju Hitam) tapi si arill ni cool jer..siap senyum dan ketawa lagi dan menunjukkan gigi yang sparkling gitu..
Untung la mane-mane mak cik yang bermenantukan dia.Hahaha  confirm tak sakit jantung dibuatnyer. sekarang nak cari menantu payah bukan main. salah cari bukan dapat menantu tapi dapat hantu..bukan senang mak jemah oooiiiiiiii..
Opppsss propa la pulak... hua hua hua <(")

Ape pun best sebab dapat jugak aku laksanakan tanggungjawab aku terhadap nafkah baju si arill yang aku dah janji nak bagi dulu. Siap diperlinya aku lagi tadi.hahaha dia tanye tahun bila lagi baru aku nak sampai ke rumah dia..hahahaha terpaksa la aku akur untuk menjawab insya-Allah jer sebab dengan kelemahan masa untuk aku melepak dengan dia dan yang lain amat terhad. Aku kerja, dia  dan kawan-kawan dia study lagi. memang susah kot nak deal masa.


Friday, March 2, 2012

Hari Yang Sedih


Hari ni aku sedih..dari sebelum tido lagi dah kena push dengan tohmahan teruk terhadap aku... Ade orang salahkan aku kerana bagi dia akulah punca dia ambil pil, tinggal solat,hidup tak tentu arah. Aku dah malas nak melayan perangai orang yang tau nak aku jer yang ikutkan hati dia..dia tak fikirkan langsung aku. dia tak fikirkan langsung positive disebalik yang aku buat..walaupun aku lagi budak dari dia, tapi aku nie macam ustaz azhar idrus cakap...aku ni dah kategori dewasa.umur 20 tahun jer dah masuk kategori tua nak Mati..maka kena beringatlah selalu. insyaallah.

Mudah-mudahan hidayah Allah akan turun padanya. Aku tengah cuba untuk convertkan dia kepada asal..kepada seorang yang aku kenal dulu. yang cukup aku segani..

Doakan aku dan semua orang yang berkaitan ini kuat untuk menghadapi lakonan dunia..

Dengan Nama Allah Aku Bertawakkal Atas Segala Urusanku.