Tuesday, March 6, 2012

Sakit Kepala sangat-sangat

Pagi tadi aku pergi kerja macam biasa..tapi bila dah tengah hari tu tiba-tiba kepala aku rasa macam berat..sakit sangat kepala nie..bukan rasa pening tapi rasa sakit..apabila kerja fault investigate dah selesai dan aku balik kerumah, aku cuci muka dan terus rebahkan badan atas katil. Aku rasa macam tak bermaya. Sekarang aku dapat merasakan perubahan kesihatan aku..aku merasakan seperti semakin tidak stabil...badan aku cepat sejuk,lesu,cepat pitam. Mungkin disebabkan cuaca atau disebabkan oleh  Gastrik aku yang terlalu kerap datang menyerang.

Kalau dulu bagi aku, muntah adalah perkara paling aku tak suka. sebab badan aku jadi lembik selepas itu.Mood pun akan hilang. tapi apakan daya sekarang aku rasakan perkara yang aku tak suka itulah yang kerap kali terjadi...... kalau tak boleh tahan, aku terpaksa makan 3 biji ubat omeprazole tu.sebab kuat..sukatan sehari sepatutnya sebiji jer. tapi dah sakit punya pasal aku telankan jugak...


No comments: