Monday, October 11, 2010

Aku dah Dapat ILSAS

Aduhai panasnya la petang ni...
Tak taulah panas sebab cuaca petang ke atau rumah sewa member ni yang panas. Aku sampai berpeluh-peluh dah ni...Sekarang aku berada di rumah sewa member nih...Biasa lah sebab nak setlekan pasal projek la apa lagi kalau bukan pasal benda alah ni. huhuhu

Tadi kelas baik pulih habis awal dalam pukul 11.40am. Sepatutnya habis kelas pukul 1 Pm tapi hari ni   pensyarah aku macam takda mood nak ngajar so kami pun enjoy la minta izin supaya balik awal. Beliau pun senyum jer dengan permintaan kami tu. Hik hik :)

Sampai je di bilik,aku pun terus buka fail dan  buat assingment Instrumentasi aku yang kena hantar sebelum pukul 5 ptg. Aku tengah khusyuk mengcopy member aku punya jawapan tiba-tiba baru aku ingat yang aku ada menerima surat dari pos laju. Aku dah minta tolong pada kakak aku supaya ambilkan surat tersebut masa hari sabtu lepas. Aku pun call akak aku dan tanya. beliau cakap kejap lagi beliau tengokkan sebab sekarang dia tengah kerja. So, aku pun menanti dengan penuh sabar. Penyabar jugak aku ni rupanya kan.. ngeeee :)

Henset aku berbunyi dan ada panggilan dari akak aku tadi. Dia cakap memang surat untuk aku dari T.N.B ILSAS. Dalam isi kandungannya adalah aku hendaklah membalas surat terima tawaran tersebut sebelum 15 Oktober dan aku diminta untuk mendaftarkan diri pada 26 Oktober nanti...

Wa laweiiiiii camane sekarang nie? Aku dah betul-betul nak final exam.. Inilah final exam terakhir untuk pengajian aku selama aku menuntut di politeknik ni bagi aku memperoleh Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik... Heppy? memangla heppy tapi aku takmo final aku terganggu. Aku nak berjaya jugak...

Aku terus call P.A aku dan bincang dengan beliau... Ayah aku pun aku call jugak. memang keputusan muktamad aku akan mendaftarkan diri di ILSAS tu nanti.. Kalau korang nak tau aku punya final bermula 1 november dan last paper pada Birthday aku iaitu 09 November ni. Pening aku. Nak minta kelepasan untuk pergi mendaftarkan diri tu nanti dari ketua jabatan aku dah sah-sah secara automatiknya aku akan diterminatekan dari pengajian. Huhuhu. Aku takmo jadi macam kawan aku Hakimi. Dia berenti politek sebab dia minta kebenaran Ketua Jabatan untuk daftarkan diri di kampeni yang tawarkan dia kerja. Secara tak langsung, K.J terus cop dan terminatekan dia...huuuuuaaaarrrrgghhhhh... Gue nggak mau dong kayek gitu. Bapak-bapak, ibu-ibu tolong aku, aku ni tengah mati kutu....huhuhuhu......

Arghhhh.... aku tekad nak jugak ambil ilsas tu nanti. Biarlah apapun..

Mudahan Allah memudahkan urusanku dunia dan akhirat..

Kalian doakan aku berjaya dan menjadi insan yang beruntung ye..Amin......

No comments: