Wednesday, October 20, 2010

Memenangi Booth Paling Menarik

Ni lah booth aku waktu pameran dijalankan. tempat ni gua sediakan sendiri tau..Nampak simple tapi simple dalam gambar je kalau yang real siap ada bendera Malaysia lagi tau. Bunga bagai.kertas2 kaler merah dan macam-macam lagi aksesori.

Time Pameran Projek...Wah!! Excited kot!!








Siap ada bendera Malaysia yang aku cilok dari Kamsis Lagi.














Ni Booth Bebudak sijil yang mengada-ngada nak ikut pameran jugak
Nazri dengan shahmi.

Hani syakir.dia yg entah apa-apa boleh johan.tapi sayang just dapat plak kayu jer.hehe


Panjang ceritanya ni.. Asalnya aku diberitahu oleh penyelia aku yakni Puan Noraisah Binti Mat dagang yang aku selalu kutuk kaw-kaw dulu dalam entri aku yang lepas-lepas.haha dia mesej kat aku pada pagi isnin lepas. Dia habak mai kat aku suruh aku datang ke Dewan Serbaguna PSAS pada pukul 2 petang untuk penilaian projek. Aku masa tu tengah sedap berlanding atas katil. biasalah kalau pagi-pagi around pukul 10 pagi tu sape la yang rajin sangat nak mentelaah buku walau hakikatnya memang aku tak pernah mentelaah pun pada waktu-waktu lain inikan pulak la waktu-waktu cenggitu.

Puan penyelia aku mesej kat aku bagi tau yangaku kena datang petang tu untuk penilaian... aku pun terus la reply okey puan dan tetiba je ada call masuk tapi aku ak sempat angkat dah off pun panggilan tu. Aku call la no weird yang masuk tu then terus dijawab oleh sorang lelaki.Belum sempat aku tanya dia tapi dia tanya aku dulu.dia tanya la kat mana.pastu aku pun slumber je la jawab aku kat bilik atas katil tengah baring-baring.
Lelaki tu marah-marah aku dia cakap ai awak takmo masuk pameran ka? nama awak dah bubuh dalam list ni?awak jangan buat kepala awak sebab sekejap lagi dah mula dinilai projek awak dan semua..dalam hati aku dah sah-sah ni pensyarah ni. Memang kalut la aku menghamburkan macam-macam pertanyaan pada dia. betul ke? tapi kenapa baru je tadi penyelia saya cakap saya kena datan ke dewan pukul 2 petang? sebab kejap lagi saya ada kelas.ah sudah la.....yang mana satu betul ni.aku pening kepala dengan 2 arahan.

Encik tu pun cakap awak ponteng je kelas tu nanti saya bagi kelepasan. Awak kena datang pagi ni untuk pilih tempat dan hias sendir tempat awak. Awak dah lambat sangat ni. Semua orang dah datang dan dah siap tempat deorang. Awak je yang takda lagi ni

.Ha ye encik... Okey encik... Saya datang sekarang encik....Sabar encik...hahaha tu la ayat aku bagi pada pensyarah yang call aku dan aku matikan panggilan. Aku terus call Nazri iaitu group member projek aku. Dia pun terkezut dengan perintah tu. Habis la kita dauz....kalah la kita kali ni...Semua kita tak siapkan barang. Bulat-bulat la kita letak projek kita. Mati la kita kena kutuk...Aku cakap rileks der....jangan mengalah dulu....ada masa ni kita run cepat. takmo berserah bulat-bulat... Apa yang penting ko kena datang sekarang.Aku tengah bersiap ni.sempat jugak la aku ingatkan dia supaya guna baju kemeja biar nampak kemas.

Dalam hati ni memang rasa nak menangis pun ada bila da keadaan macam ni. Dah rasa macam kena tipu ada.. Rasa macam saje nak bagi kalah tanpa bertanding pun ada.
Aku siap cepat-cepat. Dah pakai tali leher hensem-hensem aku angkat lampu yang aku pinjam pada Unit Amal Slim River dan projek triangle aku tu terus aku blah turun ke dewan besar. Sampai je kat dewan memang aku lah orng paling lewat hadir.Aku ingat aku je yang lambat rupanya aku budak sijil yang terawal...haha. Tapi lantak lah kat deorang yang tak hadir tu sebab aku akan bertanding dengan udak-budak sijil aku jugak so kalau deorang tak datang aku akan menang tanpa bertanding lah...Hahahahaha. Tapi aku tak pedulikan menang ke kalah ke. Yang penting pameran tetap kena buat macam pameran sebab kita nak pamerkan pada orang so, takkan nak pamerkan yang paling tak best kan.haha

Aku terus berkejar merata utk cari kain alas dan rambu-rambu menarik untuk salutkan meja aku.
Aku cari stapler Gun untuk lekatkan kain-kain alas aku tu. kain-alas tu aku rompak troli kat belakang pentas. aku cari kain takda. aku terperasan kat troli tu elok je ada kain putih berkilat yang menutup aurat troli tu aku pun kebas lah kain tu..haha habis berbogel terus troli tu aku buat.. Kesian beliau.keh keh keh....

Aku pinjam kon Pak Guard kat depan tu.Aku letak atas meja.haha buat muka tebal je mintak dan letak.
aku pergi kat belakang dewan tu cari la apa yan aku rasa boleh menampakkan lagi booth aku ni kononnya berhias walau merepek bagai. hahaha..
Dah tu senior sem 6 dok datang kacau tempat aku..konon suruh aku present ar projek aku aku cakap tak boleh sebab aku takut aku punya litar meletup.hahaha sebab projek aku ada masalah relay. dia akan bermasalah tapi bila dah touch kat relay baru la okey sebentar. Aku cakap kalu nak  tengok aku present tunggu lepas dinilai petang karang..hahaha

Aku meneruskan usaha menghias tempat aku. jiran-jiran aku tengok aku hias sinis je muka dorang. Ada Aku Kesah? haha lantak korang la nak cakap aku merepek ke, over ke apa ke jadah lagi ke ada aku kesah? aku tak kacau korang pun dikira baik la. Lastly lagi 10 minit nak dinilai baru broucher aku siap.Tu pun aku hentam kromo je.hik hik asal ada brochers kan.bukan pengunjung nak baca pun saje je buat hias dan pelengkap pameran.

Mandi peluh aku dibuatnya.. tapi aku buat-buat ool men.haha ada la dalam 2 3 orang pensyarah puji kehenseman aku pada hari tu.hehe

Esoknya baru keputusan penilaian dikuarkan..pic diatas tu pic hari kedua pameran la. time keputusan dikuarkan. aku terkilan sikit sebab harapan nak menang projek tapi aku tak berjaya menjadi johan untuk budak-budak sijil.maybe tempat ke-2 kot.masa pengumuman dibuat aku rasa macam dah takda mood nak dengar lagi. rasa nak kemas-kemas dan balik bilik tidur untuk release tensyen. bila dah diumumkan belaka tibalah saat diumumkan pemenang bagi kategori booth paling menrik antara semua booth yang ada...

Mula-mula dia sebut nama penyelia dulu. Aku malas-malas je nak dengar sebab dah takda mood.
Encik Nasrul sebut pemenang bagi Booth Paling menarik adalah Projek dibawah penyeliaan  Puan Noraisah...Save & Safety Emergency Light Firdaus Abdul Wahab dan Muhammad Nazri Darus.Hahhahaha entah tiba-tiba pulak mood aku terus datang.  Aku senyum sampai telinga ler jawabnya.hahaha... Puas hati aku. Berbayar jugak penat lelah aku untuk pameran ni..Aku rasa lagi best dapat hamper besar dari johan projek sijil just dapat plag kayu  kecil tanda johan...Dapat plag  kayu johan tu dah la kecik, keras, tak boleh dimakan. hahahahaha jeles kawan-kawan aku. dah tu ewah-ewah sedap-sedap je dorang mintak hak diorang  pada hamper aku. So Sorry okey..... Aku dengan Mat je yang buleh kongker ini semua. hahaha sebab sape suruh korang takmo bgi sokongan kat aku.hik hik hik... tapi aku fikir korang kawan aku so aku dah tinggalkan jelly sumi 2 peket  untuk korang.tu je la rezeki untuk korang okey! hehe

Chuppppp!!! kalau orang nak tau, Puan Noraishah yang garang macam singa dulu dengan aku macam nak makan je tu sekarng ni tak ka apa. baik je dengan aku... senyum je...hahahaha. Alhamdulilah.

Okey Thanks To All yang banyak bagi sokongan Dan dorongan pada aku..

1 comment:

Amer hafizudin said...

Hai hai. tahniah adik