Monday, May 24, 2010

Subhanallah...

Jam 5.40 petang aku baru balik dari kilang tempat aku praktikal.aku rasa seperti hendak mandi walaupun badanku masih lagi berbau wangi samada ia mungkin terbit dari tubuhku ataupun kesan dari perfume dashing yang aku gunakan pada pagi tadi sebelum bergegas menuju ke kilang.setelah selesai mandi aku berwudhuk untuk menunaikan kewajipan solat asar. Aku berasa kurang khusyuknya dek kerana kebisingan bunyi hon kenderaan yang bertalu-talu yang membawa petanda bahawa lebuhraya yang mereka lalui di sebelah rumahku mengalami kesesakan lalu lintas.Lantas aku bergegas ke dapur untuk memerhatikan keadaan lalulintas melalui cermin tigkap dapur yang membentangkan pemandangan kearah  laluan lebuhraya New Pantai Ekspressway (NPE).

Kesesakan telah memenuhi segenap ruang jalan tar pada lebuhraya akibat kereta yang berpusu-pusu mahu segera sampai ke destinasi masing-masing. Aku hanya melihat sekadar sahaja tanpa mengesyaki telah berlakunya kemalangan jiwa penuh tragis di situ. Dengan perasaan yang hambar oleh kerana kurang selesa dengan bunyi hingar kenderaan dan tempikan hon yang silih berganti, aku teus melangkah ke kamar tempat aku bersemanyam pada malam hari.

Laptop Acer yang belum berkemas di atas katilku semenjak petang semalam terus aku ON kan..terpancarlah skrin yang silih berganti latar belakangnya dengan penuh warna-warni sedikit menghiburkan hatiku. Aku terus melayari halaman sesawang untuk mencari bahan bacaan dari blog-blog yang mempunyai tarikan kepada jariku untuk mengklik padanya. Disamping itu, aku juga melayari laman sosial facebook untuk mengakses akaun yang telah aku buat.

Dan ketika itu juga aku tersentak apabila terdengar suara anak-anak jiranku telah berkata ''motornya melintang tengah jalan''!! memang aku menjadi panasaran setelah mendengar kata-kata itu dan terus bergegas keluar rumah. Aku menghampiri jiranku yang sedang menonton sesuatu pada lebuhraya, aku terus bertanyakan kepada jiranku apa yang terjadi tetapi tiada tindak balas dan  matanya tidak berkedip. Aku terus memandang ke arah yang sama dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang penungang motosikal telah terpelanting dengan berlumuran darah dari kepalanya. mangsa telah dihentam dari arah belakang oleh sebuah kereta durjana yang mempersetankan undang-undang dan keselamatan jalan raya. Dari sumber yang dipercayai mengatakan bahawa kereta itu telah memandu dengan kadar yang laju lantas melanggar penunggang tersebut dari arah belakang.

Mangsa mati di tempat kejadian. Orang ramai berpusu-pusu melihat insiden ngeri yang membabitkan kehilangan nyawa seorang manusia. Ambulans, Kereta peronda lebuhraya dan polis telah tiba.jenazah telah dibawa ke hospital. Peronda lebuhraya membersihkan darah yang telah melimpah ruah di atas jalan tar dengan menggunakan air dan penyapu lidi.. Aku melihat dengan perasaan gementar. Aku dapat rasakan badanku lemah dan menggigil.dalam hati ini hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Aku terfikir juga bagaimanakah agaknya dengan penerimaan keluarga mangsa diatas ujian ini. Aku hanya mampu berdoa mudahan roh mangsa digolongkan dalam golongan orang beriman.
Mudahan kita semua dijauhkan dari musibah seperti ini. Jadilakanlah Asma' dibawah sebagai amalan


Akhir kalam.....Semoga pengakhiran hidup kita yang penuh ranjau duka ini diakhiri dengan Khusnul Khatimah.

No comments: