Thursday, July 8, 2010

Kembali Aktif Dengan Organisasi RAPI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...Hari ini merupakan hari pertama aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang naqib atau mentor untuk membantu organisasi RAPI agar dapat meneruskan menjadi pemacu kepada pelajar-pelajar baru di Politeknik Sultan Azlan Shah ini  untuk lebih mendekatkan diri dengan islam dan untuk memberikan rangsangan kepada pelajar-pelajar ini untuk mengimarahkan lagi Pusat Islam..

RAPI merupakan singkatan dari nama penuhnya iaitu Rakan Pusat Islam yang sebelum ini bernama Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam. Oleh kerana terdapat beberapa kekangan dari pihak pengurusan dan pentadbiran, jawatankuasa ini dimansuhkan dan sebagai Ahli Majlis Tertinggi kami telah bersyura untuk mendapatkan nama baru bagi meneruskan  satu-satunya jemaah yang menyemarakkan islam secara berdaftar di politeknik ini agar terus hidup demi Allah S.W.T.

Hari ini aku telah mendapat sebanyak 14 orang anak usrah. tetapi aku sedikit segan dengan mereka kerana kelihatan semuanya seperti mantap ilmunya. Mungkin dimasa akan datang nanti aku akan mencoretkan pengalamanku sebagai mentor atau naqib. Ini merupakan amanah yang berat dan besar untukku walaupun aku kelihatan bersahaja didalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Selaku Timbalan Ketua Mentor, aku harus menyelaraskan setiap topik usrah dan perbincangan yang telah dilakukan oleh semua mentor-mentor yang sedia ada.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku ingin menamatkan coretanku berkenaan dengan aktivitiku pada malam ini.

No comments: