Saturday, July 24, 2010

Aku Semakin Dihimpit, Diapit Dan Dicubit

Salam Alaika Wahai para pembaca yang Budiman,
Masa telah berlalu dengan pantas tanpa aku sedar atau aku yang  tidak mengendahkan tiap detik waktu itu yang semakin kejam mengheret diriku yang masih tergapai dengan angan-angan indah dibenak ilusi yang samar ini. Usia muda Sentiasa meninggalkan ku seiring nafas yang dihela dan seiring dengan setiap degupan jantung yang diamanahkan oleh pencipta untuk terus menyambung nyawa insan yang dina ini.

Pada waktu yang tenang dan hening dengan kesejukan embun malam, aku merasakan hidupku semakin di pukul badai ombak dunia yang tidak kunjung malap.Dugaan dan ujian datang bertandang mengusik ketenangan dan kekuatan jiwa. Kadangkala aku berasa seperti sudah tidak kuat untuk aku meneruskan lagi arena kehidupan yang penuh menah ujian.

Waktu berganti waktu sehingga aku menaip tulisan luahan rasa yang menjadi temanku ketika ini. pada 21 Julai 2010, datuk saudaraku telah pergi menghadap ilahi.Pada hari itu, aku terlampau sibuk kerana urusan kuliah dan urusan untuk menyiapkan final projek. Aku dikehendaki untuk mengadakan litar-litar yang hendak digunakan didalam projek akhirku pada hari esok. Ia merupakan satu arahan drastik yang diberikan oleh penyelia yang menguruskan projek akhirku. Kebetulan aku telah meminjam kereta seorang staff Politeknik dengan tujuan untuk melaksanakan satu program khas di peringkat kawasan tempat aku belajar. Aku menggunakan kesempatan itu untuk aku mendapatkan barang-barang projek di Jalan Pasar Kuala Lumpur.

Setelah aku berjanji dengan beberapa orang kawa yang ingin turut serta mengikutiku untuk mendapatkan bahan projek mereka aku telah pergi ke kantin dengan keadaan segera untuk makan tengahari kerana dari malam itu aku belum makan.Gastrikku yang agak kronik sudah menunjukkan simptom.risau juga aku jika tidak menjamah apa-apa aku akan lemah dan tak mampu berjalan lagi.Dengan keadaan segera aku makan dan terus berlari ke bilik untuk bersiap kerana kawan ku telah datang dan mendesak untuk segera sampai ke Jalan Pasar.

Satu telefon dari Mak Uda dan disusuli dengan panggilan emakku yang bersuara sayu mengatakan atukku sudah tiada dan mereka hendak aku pulang ke kampung dengan keadaan segera. Aku berasa sedikit lemah dan terus hilang semangat untuk mendapatkan bahan projekku itu. Oleh kerana fikirkan kawan aku terpaksa juga mengikuti janji yang telah aku ucapkan pada mereka. Emak mendesak aku untuk pulang ke kampung untuk membawanya ke Taiping bagi menziarahi atukku buat kali yang terakhir.Tapi aku gagal untuk memenuhi kehendak emakku lagi untuk kali ini. Sewaktu hendak balik ke Tanjung Malim dengan mengikuti jalan lama, aku nyaris beberapa kali kemalangan.

Masalahku kian bertimbun dan tekanan yang aku hadapi sudah mencecah tahap dewa. Aku tak mampu lagi memberi fokus kepada apa-apa perkara termasuk didalam kuliah.Assaingment yang berlambak dan hendak dihantar dengan keadaan segera,bercampur dengan tugas selaku Majlis Tertinggi Rapi dan usrah fasa 1 dan 2 yang terpaksa aku lakukan.Jadual kelas yang padat pada awal minggu telah menghadkan masaku untuk menguruskan semua.

Program Rapi terpaksa aku ketepikan walaupun terdapat banyak suara-suara yang mengecamku makin menambahkan lagi tekanan aku. Aku cuba untuk memuaskan hati semua pihak walaupun sakit dan perit. Baru saja ini aku sampai ke bilikku lantas ku capai komputer  dan mula mencoretkan sedikit keresahan dan kesakitan aku.

Petang tadi sewaktu aku hendak pulang dari jambori, aku excident lagi.Telah kutukar bumper kereta dan no platnya yang telah kurosakkan.bersalah benar dalam hati ini pada staff politeknik yang baik hati ini. Sekarang badanku terlampau letih dan lemah.Banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan. Sekian sahaja pada kala ini dan aku ingin undur diri dan berehat.
Jazakalluhu khairan pembaca yang budiman.

No comments: