Friday, August 26, 2011

Ramadhan Ke-26 tahun 2011

Banyak krisis berlaku dalam perhubungan antara aku dan orang-orang yang aku sayang. Lelah aku mengerah fikiran untuk memuaskan hati semua pihak. Sekarang aku sudah mempunyai matlamat baru iaitu untuk membuat perubahan dalam langkah menuju ke usia aku yang semakin menginjak dewasa *matured*.. Perubahan yang drastik tentang attitude aku dalam pergaulan. Aku akan tetap dengan pendirian yang telah aku rencanakan  disamping janji yang telah aku ucapkan.

Untuk Ramadhan ketika usia aku yang menghampiri 21 tahun ini, aku telah diuji dengan cubaan dan teguran dari tuhan. amat memeritkan... ujian dan teguran tentang apa, atau jenis ujian yang diberikan biarlah menjadi peribadi diriku. hanya yang tertentu sahaja aku kongsikan perihalnya. penyesalan diatas setiap perbuatan banyak bermain dalam fikiran aku saat ini..

Bukan setakat aku yang sakit,  tapi nenek aku juga menanggung sakit...soal nenek tu aku ketepikan sebab blog ini pena kembara seorang jejaka bukan pena kembara seorang nenek.. :) heheh!!

okey, jadi dipendekkan cerita aku pada hari yang ke-26 ramadhan nie aku berkunjung ke rumah ex-gf aku...nak  rehatkan diri sambil menikmati  kesejukan ramadhan yang aku rasa macam musim dingin sebab boleh dikata aku setiap hari akan mengenakan sweater sebab tangan aku sejuk macam ais krim yang nak beku.

Sementara menunggu waktu berbuka aku bersantai sekejap kat tepi laut...nie gambarnya.... jap ek nak upload...

Letih sebab jalan jauh-jauh

No comments: