Saturday, April 14, 2012

Orang Kahwin lagi.


Hari ahad ini merupakan hari cuti dan beristirehat. Hari yang selalu diadakan majlis perkahwinan di Malaysia.
Pada hari ini aku bercadang hendak pergi ke rumah orang kahwin....iaitu kawan baik kakak aku di Kolej Universiti Islam Selangor..Rumah beliau di selayang... Aku panggil Kak Rahmi..Dia orang Negeri  Acheh Nanggroe Darussalam.

Aku  tidaklah akrab dengan beliau tapi disebabkan dia dengan kakak aku selalu macam belangkas kalau ade urusan asaigment. Urusan dengan dia mudah kata kakak  aku.. sebab dia tidak boros dan tidak suka mengharap sepenuhnya kepada kakak aku atau lebih mudah dia seorang yang berdikari..

Kelmarin ketika gempa bumi terbaru dia Acheh pada skala 8.5 SR, saudara dia telefon mewakili yang lain mengatakan Negeri Acheh sedang gempa.semua orang acheh sedang bertempiaran lari menuju ke tempat tinggi mencari perlindungan dari tsunami. Saudaranya bagi tahu tiket flight sudah dibeli tapi kami tidak pasti dapat hadir atau tidak. Mungkin juga talian ditelefon ini merupakan talian terakhir dari kami buat Rahmi dan keluarga..Kak Rahmi cakap, masa tsunami di acheh tahun 2004 yang lalu dia ada di acheh dan sebelum  ombak yang tinggi dan ganas hampir melanda dia didukung oleh pak ciknya dan dibawa lari dengan sejauh mungkin manakala saudaranya yang lain yang tidak sempat melarikan diri telah lenyap bersama ombak besar yang datang seperti petanda hari kehancuran bumi. Ketika badai kembali pulih, kak rahmi bersama pak ciknya lihat mayat-mayat saudaranya bergelimpangan berserakkan dengan penuh menyayat hati..Itulah yang diceritakan oleh Kak Rahmi pada kakak aku sambil menangis dan menahan sendu.

Sebak juga aku dengar. Negeri Serambi Mekah dan negeri yang mempunyai kekayaan tersendiri di Indonesia itu sering diduga Ilahi dengan fenomena gempa bumi dan ancaman tsunami seperti yang telah dirakam dalam sejarah tahun 2004 dimana tsunami melanda Acheh. Alhamdulillah tsunami tidak melanda pada kali ini.Bukti Kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.walaupun ukuran pada skala Richter hampir sama namun gelombang air penyebab tsunami tidak berlaku. Walaupun jika gegaran pada tahap lebih tinggi dari itu, namun dengan kehendak Allah tidak bergelora laut tersebut, maka tidak menjadilah  gelora laut tersebut kerana laut itu makhluk Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.

Disebabkan itu aku excited untuk menghadiri kenduri perkahwinan tersebut untuk menyaksikan saudara-saudara Acheh se-islam yang hadir pada majlis itu tengahari nanti..

1 comment:

mieza said...

setiap yg berlaku pasti ade sebab dan hikmahnye,,
so, kne laaa sentiase beringat