Thursday, December 1, 2011

Ape Lar Nak Jadi Dengan Aku


Dengan kemulian Zat yang maha tinggi aku telah diberikan kesempatan untuk membuka dan memcoretkan lembaran a.k.a entri baru dalam pena kembara seorang jejaka yang menjadi teman luahan hatiku.

Aku merasakan semakin dewasa dengan hari-hari yang telah dan bakal aku lalui...banyak pengalaman baru datang menjengah untuk ku kutip bagi menobatkan aku seorang yang dewasa. tiada lagi gurauan dan kenakalan   aku..
InsyaAllah akan aku usahakan untuk memenuhi dan mencukupi keperluanku dengan suasana baru.

Kala ini, hati aku berasa sangat lemah. beberapa perkara berkaitan peribadi membuatkan aku sedikit tertekan.. Hanya pada  yang maha Pencipta aku berani untuk mengadu kerana aku yakin dan berharap segala yang aku hadapi ini sebenarnya satu rahmat.Wahai tuhan, kuatkanlah aku dengan pendirian yang baik padaku, tunjukkanlah jalan yang terang buatku, jauhkan aku dari azab-Mu, Wahai tuhan yang maha sempurna berikanlah kebenaran yang nyata pada saudara-saudaraku, berikanlah jodoh pertemuan yang terbaik buat saudaraku,angkatkan darjat kami ya tuhan.Permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat bagi kami Ya Allah...

No comments: