Tuesday, November 22, 2011

Mama Pulang Akhirnya

Resah di hati tiada siapa yang tahu

Saat ini gundah gulana menerjah jiwa
Entah sedih entah gembira
Mahu menyambut kepulangan ibunda tercinta
yang sekian lama berkelana menuju yang Esa.

Hari ini puan ibu kan pulang ke tanah air.
Aku pastinya tak sabar-sabar menanti.
Ari tu tak sempat aku berikan ucapan terakhir padanya.
 Kali ini biarlah aku yang pertama.

Puan ibu, apa khabar amal mu..
Adakan berjalan lancar??
Ku harapkan begitu..

Puan ibu banyak cerita ingin ku khabarkan pada mu
dan yang pasti aku rindu padamu..