Friday, May 6, 2011

Ape nak jadik ea lepas ni...

Semalam hari jumaat hari last aku digelar sebagai pelatih PPKK 38. Pelbagai sessi taklimat dan soal jawab dengan unit HRM, insurans dan bla bla bla...komen berkenaan setiap kekurangan dan kesulitan yang dihadapi selama menjadi pelatih telah aku nyatakan sedari minggu orientasi bersama jurulatih yang kurang adab atau senang kata munkin tak pernah diajar cara beradab dengan orang sehinggalah hari terakhir semalam...dari isu uniform,kemudahan water cooler,silibus pengajian, dan keselamatan hampir semua aku nyatakan..

Lepas tu, masa En.Zairam memberi taklimat dan ucapan difahamkan kepada para pelatih bahawa masa untuk posting ke stesyen mengambil tempoh 4 bulan..  Satu tempoh yang cukup lama bagi aku. aku dah cari beberapa kerja sambilan tapi masih tak dapat jawapan...

Duit belanja minggu ni pun Abg Am bagi pinjam..Kalau tak, malu alah jugak la aku nak minta kat akak aku sebab dah la aku dok menumpang dia, bole pulak nak mintak kat dia lagi...huhu
Ape pun Abg Am jangan risau sebab apapun adik akan ganti nanti ea...hehe...
Mulia sungguh hati Abg Am aku... memang bertuah sesangat sape dapat bersuamikan dia.

No comments: