Monday, September 27, 2010

Tido Rumah Kawan

Assalamualaikum Dan Sobahal Lail...

Aku ada di rumah sewa kawan aku ni. Sebenarnya bukan aku saje-saje tumpang tido kat rumah dia ni tanpa alasan yang kukuh. Terdapat beberapa perkara yang membuatkan aku terpaksa tidur di rumah mereka ni iaitu rumah Farhan(Paun) dan Incik Nazri Darus(Nd/mat). Nak tau apa sebabnya? Haha ni lah senarai sebab-sebab tersebut...

1. Kerana hari ni aku terpaksa membetulkan litar aku yang tidak berfungsi itu. Ye ar hari khamis nanti aku dah balik ke kampung sebab cuti aku dah diluluskan oleh Ketua Jabatan(Bos Jke) dan aku akan tinggalkan nazri untuk mengelola Projek GLC kami ni secara sendirian..
2. Dalam semester akhir ni, belum pernah lagi aku tidur disini dan aku nak juga merasa lepak-lepak kat rumah deorang nih. Asek bilik aku je jadi sasaran deorang lepak bila habis kelas. Malam ni biar aku lak yang melepak kat tempat deorang nih.hehehehe
3. Aku dah dipelawa banyak kali untuk bermalam di rumah paan ni tapi aku pon dah banyak kali jugak menolak pelawaan paan tu.Kecian dia. So, ni dikira sebagai memenuhi kehendak kawan ar..ekekekeke.......
4. Aku telah dipergunakan oleh si Farhan sebagai Guru Penterjemah Bahasa Inggeris  untuk membantu dia menyiapkan asignment english dia dan dihantar pada esok hari.*aku tlg dgn ikhlas tau*keh keh keh
5.Emm...banyak lagi la sebabnya sampai aku pun tak ingat dah.hehehe
 
Tapi, yang sebenarnya memang telah ditakdirkan oleh Allah untuk aku bermalam disini walau keadaan kurang selesa dan kurang menyenangkan.huk huk

Okey lah anda semua...Aku pun sakit kepala ni mungkin disebabkan oleh kena hujan je petang tadi...

Okey, Laila Saidah wahai pembaca budiman.

Jazakallahu khairan....
  
Tata :)

2 comments:

HairiAks said...

hahaha.. oooo... tito umah kawan.. Slmt balik kg khmis ni.. :)

Hamba Ilahi said...

huhu..salam perkenalan.. blajar kat mana