Monday, September 20, 2010

Tiada siapa yang faham




Aku baru balik dari meeting di Pusat Islam. Letih dan mengantok. Pengisisan kurang dan majoriti hanya kata-kata yang mengantokkan aku. tadi pimpinan hanya berbahasa-basi dengan aku supaya aku berterus terang tentang apa masalah yang aku hadapi. Aku hanya diam je biar bagi ruang untuk aku merasa selesa pada waktu tadi kemudian pimpinan mengulangi apa yang aku hendakluahkan agar segera aku ceritakan dan umumkan kepada semua.

Akhirnya aku terus berterus terang yang mnyatakan bahawasanya aku hendak mempasifkan diri sementara waktu bagi memberi sepenuhnya komitmen dan konsentrasi pada Majlis perkahwinan kakak aku..
Ak cakap:" Bismillahirrahmanirrahim...saya sebenarnya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya selaku ahli Majlis Tertinggi RAPI dan merangkap Ketua Mentor atau Naqib bagi muslimin, ingin menjemput saudara saudari semua untuk menghadiri Majlis perkahwinan kakak saya yang akan berlangsung pada 1,2 dan 3 Oktober nanti di rumah saya di Teluk Intan. Harapan saya adalah ingin para jemaah Majlis Tertinggi dan mentor untuk dapat hadir bagi membantu dan meraikan majlis tetapi secara kebetulan yang tak disengajakan Rapi juga mengadakan progam KASIH, jadi saya memang tidak boleh mengharapkan kalian untuk membantu saya tetapi titipkan doa semoga kenduri saya ini berjalan dengan lancar dan cukup dari segala perihal.. Maka ingin juga saya umumkan bahawa saya ingin mengundurkan diri seketika atau mohon untuk bercuti dari bertugas buat sementara waktu dan akan kembali menyandang tugas dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya setelah selesai majlis tersebut.InsyaALLAH surat akan saya keluarkan esok secara rasminya supaya para jemaah tidak bersyakwasangka...."itulah kata-kata sopan aku waktu meeting tadi yang aku ucapkan. tapi jauh disudut hati memang rasa macam terkilan jugak.sekejap je aku cakap bahawa aku nak pasifkan diri, dan sebab berita ni semua Ahli MT bertanya tiap kali jumpa aku. Dahlah sedih sebab langsung sorang jemaahpun takkan dapat hadir ditambah pulak segala kata-kata rendah diri aku tadi ditempelak oleh pengerusi, mantan ketua mentor dan beberapa suara sumbang yang turut mengapi-apikan hati aku. kalau ikutkan rasa biadap aku memang aku blah terus tapi berpaksiya aku didalam meeting tadi adalah atas sebab ak fikirkan tentang tanggungjawab aku masih belum selesai dan ukhwah yang terjalin turut mengikat aku supaya stay jadi cool.

Aku dah cakap yang aku nak BERCUTI SEMENTARA WAKTU tapi Wan topup dok tempelak kat aku. Dia cakap aku buat apa nak berhenti,kalau nak berhenti tak payah bersurat-surat. bila aku nak hujahkan balik dia asek memotong ak cakap.akupun bungkamkan diri jelah..nasib baik abang am masih menghantar mesej pada aku time tu jadi aku taip sikit-sikit luahkan pada dia. Aku pun mulalah buat kepala otak aku yang bergeliga ni. aku dah buat "apa aku kesah" dah tadi..dah tak boleh nak stay dok sopan dah.panas je dah buntut aku dengar apa yang wan topup tu cakap. mahu je aku hentakkan kepala hangguk dia kat lutut aku.

Aku dah 2x ulang yang aku nak bercuti sementara bagi memberi konsentrasi sepenuhnya pada perjalanan kenduri tapi itu pulak habuan yang aku dapat dari mulut dia.macam cilake je. Mentang-mentanglah aku banyak masalah senang-senang je cakap kat aku macam tu.memang aku kecewa.. Dah tu cakap pulak tak berhenti.nak je aku "pulang paku buah keras " apa yang dia cakap tapi karang kalau buat macam tu automatik aku akan ditarbiyahkan lagi ketat oleh senior-senior aku tu dan akan pastinya kecoh bergauh..Ya ALLAH kuatkan kesabaranku...

Dah habis meeting semua bersurai. Masa turun tangga dari aras atas pusat islam iman memanggil aku sambil bertanyakan padaku perihal apa lagi barang-barag yang belum setle. dalam hati aku yang sedih tu terasa sejuk juga dengar pertanyaan dia. Setidaknya ada juga ahli jemaah yang ambil berat. sebab dalam meeting tadi aku dah bagi tahu yang aku betul-betul menjadi penggerak kepada majis tu nanti. Al-maklumlah ni merupakan kenduri pertama dan menggunakan kaedah "rewang" atau gotong-royong dengan bantuan khidmat orang kampung.

Keluarga aku dah la harapkan aku untuk bergerak. kalau nak tahu duit raya aku pun habis aku pulun buat isi minyak bagi membeli barang dan jemputan untuk saudara mara. Sunguhpun tak banyak sumbangan kewangan yang mampu aku hulurkan tapi jadilah dalam seratus dua tu ada jugaklah hangusnya dalam menyetlekan perkara-perkara ni.. ditambah pulak semalam sewaktu bawa kakak dan maklon aku untuk menjalani rawatan islam di tanjung malim, kereta pulak rosak dan buat hal.terpaksa aku berkejar dan mencari mekanik memandangkan semalam hari minggu jadi memang susah untuk ada bengkel yang buka. aku dah hantar semua pergi pusat rawatan dengan menggunakan pertolongan kawan kakak aku dan aku singgah di TF Behrang untuk membeli tali. Sampai je kat tempat keta bakal bapa mertua kakak aku pinjam yang tengah rosak tu, dah ada 2 biji kereta berbelang kuning yang menjadi ejen untuk meng"kencing" atau mengepow duit daripada pemandu yang lurus bendul. dalam keadaan yang kelam kabut dan keletihan tu jugak lah aku bertekak dengan mamat cilake tu. biasak la orang nak meng"kencing" mesti ayat dia power dan membuatkan darah muda aku menyirap. rasa nak je aku hayunkan tali besi yang baru aku beli kat TF tadi kat muka berkerakah dia tu.

Aku cakap aku tak nak guna khidmat dorang. aku cakap aku mampu setlekan sendiri dan aku mampu bawak kereta yang rosak tu ke bengkel. Dorang pun tak henti-henti membujuk aku. Aku dah menengking-nengking dah tapi dorang tak faham bahasa. yang dorang faham adalah bahasa UMNO-BN iaitu biar pandai menipu, biar pandai temberang asalkan dapat mencekik duit orang . memang sial je perangai dorang semalam tu. Aku tau la korang nak cari makan tapi agak-agak la brader. kalau aku banyak duit takpe ni karang beribu mintaknya.padahal benda kalau repair sendiri dalam RM 20 je lebih kurang.dah setle semua kereta tu dibaiki, kedai india tu minta bayaran RM 110.00..tak pe larbaru bape hinggit je dia makan daripada pertolongan melayu tadi seklai tarik 3/4 ratus dah mesti.belum repair lagi lepas tu belum campur apa-apa lagi yang bakal dikaakan dah jahanam. akak aku dah terkena dah dengan taktik kereta belang kuning ni punya perangai sebab tu aku tetap mempertahankan pendirian aku. macam haram perangai dorang yang nak dok pekena melayu. padahal melayu sesama melayu. itu ke yang UMNO-BN nak mempertahankan undi dari orang melayu dengan Memperjuangkan konon-kononnya berjuang menyelamatkan Melayu. yang asek nak menipu ni melayu yang tak berapa nak kaya. mana nak kaya cepat sebab asyik nak menipu je tahunya. kiranya kalau orang tak berapa nak kaya ni memang aku dah faham taktik penipuannya. memnag licik dorang ni.kuat main psiko time kita tengah buntu.tapi tu licik-licik pun baru yang tak berapa nak kaya tapi kalau yang dah kaya makan duit rakyat tu lai la licik pergerakannya dan taktiknya. Pimpinan Umno-BN memnag macam tu. suka sangat lah nak menipu rakyat jelata. Yang melayu sama melayu pulak tu menipu dan ditipu. memang haram laknat punya perangai UMNO-BN ni. Mane lah golongan UMNO-BN yang tak berapa kaya ni kuat menipu kalau dah pimpinannya pun kuat menipu dan hidup dalam penipuan.

Jangan berjuang atas dasar kaum kerana ia tidak syumul dan tidak menyeluruh. ia merupakan berat sebelah dan tidak adil.. Gunakanlah islam sebagai wadah perjuangan. Islam sebagai cara hidup. Islam sebagai fahaman. bukan melayu, bukan cina bukan india. tetapi gunakanlah islam sebagai wadah supaya kita dapat memberi sedikit sebanyak penarikan kepada yang bukan islam.. kalau kita tak gerakkan dan mendaulatkan islam dan hukum islam, siapa lagi yang nak buat? pak ustaz? alahai pak ustaz pun ade berapa sangatlah bilangannya.. jadi tanggungjawab kita bersama hapuskan perkauman dan hapuskan ISA kerana ISA ditubuhkan untuk menentang komunis tetapi negara kita dah merdeka lama jadi ISA tak perlu ada dan wajib dilupuskan kerana ia membawa kepda kesengsaraan.!!

Bertaubatlah kita semua. Saya juga Ada banyak kelemahan.. biar hina dimata manusia,biar susah difana dunia, biar islam menjadi wahana mencapai matlamat hidup sebagai khalifah untuk menegakkan islam dan menjadi hamba kepada ilahi rabbi..Sekian, Syukran

No comments: