Saturday, September 25, 2010

Semata-mata Untuk Baju Penanggah

Hello.~..~..

Huu Sejuknya petang nih. Nasib baik baru hujan je yang turun tapi bukan salji yang turun. Kalau salji lah turun agaknya memang meriah Malaysia nih. Tapi aku tak suka salji sangat sebab dah jemu. Dulu time duduk kat scotland dah puas main salji time petang-petang. Tu sebab aku tak pandai main bola sebab dah biasa dari kecik setiap petang main salji.. Hahahaha memang gempak kalau berbohong nih.kih kih kih :)

Tadi aku pergi ke Sg. Buloh untuk ambil baju penanggah yang dah siap. Boleh tahan ar bajunya cuma saiznya je yang cute sangat. Saiz M tu dah macam saiz S dah aku pakai.Tapi tak apa lah asalkan baju dan boleh dipakai. Soal cute ke hensem ke tak boleh ambil kira sebab itu semua terletak pada diri memasing. Kalau cute si pemakainya maka cute lah baju tu nanti bila dipakai. kalau comot-comot je orangnya maka comot jugaklah rupanya nanti tapi takdelah comot sangat sebab kehenseman orang yang mengambil baju nih tadi  (aku) telah membackup kecomotan individu tersebut menjadi nice jugak.hahahaha...

Aku tempah saiz M 10 Helai dan saiz-saiz lain entah berapa helai aku pun dah lupa sebab lama sangat dah aku pesan tapi tak siap-siap dan bila kelmarin sudah siap baru hari ni aku ada masa untuk ambil. Time pesan dulu je aku ingat sekarang yang aku ingat just total baju yang aku tempah ni ada 40 helai. Baju ni akan aku bagi untuk penanggah-penanggah yang rerajin sesangat dalam membantu aku melaksanakan kenduri nanti. Kalau korang nak baju yang Syantek ni korang kena la datang rumah aku time kenduri tu nanti dan jadilah pemuda penanggah harapan kenduri.baru ar aku bagi...

Baju Penanggah

Nice tak baju nih? mesti ar nice kan sebab aku yang ambil. Oppsss,,,lupa pulak aku nak wish something important to Abang Am. "...Abang, thank you tau sebab tolong kimi untuk uruskan hal-hal baju nih dari awal cadangan sampailah urusan tempah menempah ni selesai dan kini kimi dah ambik dah pun baju nih..."

Haa jom kita sambung balik bebelan ye...Emmm kalau korang jenis tukang pecat atau tukang komplen setidak-tidaknya korang akan cakap "...emm,not bad...." kan kan kan? haha aku dah tau dah.
 Dan Korang mesti cakap "..Eh corak baju tu same dengan corak blog kimi lah...." hehehe memang benar kata-katamu itu. Sebab aku copy dari corak yang abg am buat ni dan aku tukarkan kaler dia jadi biru dan akupun paste lah jadi header blog aku. Bijak tak aku nih?  Hee...Aku memang bijak wal pintar kan? keh keh angkat bakul sendiri pulak aku petang-petang ni.

okeylah kita sambung lagi beban bukti bebelan aku..Emm Tapi sedihnya memang aku excited tahap dewa untuk ambil baju nih dan bila dah sampai tengah jalan kat Mutiara Damansara aku baru teringat yang aku tertinggal kad jemputan untuk aku bagi pada family Dato' Sufian dan Datin Rohani. Adoi aku dah berbelah bahagi berdarab bercampur dah time tu siap aku kira guna hukum log, hukum kirchoff, faraday dan bermacam-macam hukum lagi aku gunakan untuk membuat keputusan samada nak berpatah balik ke rumah dan mengambil kad jemputan tersebut atau aku teruskan perjalanan aku untuk pergi cepat mendapatkan baju penanggah ni dirumah dato' dan datin seraya menjemput dengan menggunakan mulut sahaja..aku terus berhenti di tengah-tengah jalan utama line putih yang akan memisahkan antara dua haluan dan aku pun mencongak dengan cepat. keputusan dari kira-kira aku, Aku pun berpatah balik ke rumah aku dan rupa-rupanya keputusan aku berpatah balik tu hikmahnya adalah aku lenjun bermandi hujan.huhuhu memang menggigil aku dibuatnya.

Sambung lagi cerita aku...bila aku dah sampai ke rumah dato' dan datin tu, aku terus dengan sopan memberi salam. datin Rohani buka pintu dan aku nyatakanlah hasrat aku datang sebab nak ambil baju sambil aku menyerahkan kad jemputan Majlis perkahwinan akak aku kat dia. Dia jemput masuk dan makan tengahari tapi aku malu-malu kucing..Aku cakap "...eh takpe lah kak, saya dah kenyang sebab sebelum bertolak tadi saya dah makan kat rumah.,," emm nampak betapa mesranya aku dengan datin Rohani. Itu baru datin kat Sungai Buloh belum lagi datin kat Key Hell ni..kalau aku berinteraksi dengan datin kat Sg. Buloh ni kena ubah la taktik jadi sopan sebab bekas bakal kakak ipar *kalau ada jodoh memang jadi akak ipar aku lah nanti* kih kih kih.... 

Dah tu aku pun bergegaslah turun ke parking yang dah disediakan di bawah rumah dia tu sambil menjinjing bungkusan besar baju penanggah dan park atas raga moto dan aku bye-bye anak-anak dia yang mengintai dari tingkap rumah dan aku tunggang dengan perlahan motobike aku susur masuk ke highway plus.. Dalam perjalanan dimana selepas je hentian Restoran Jejantas terus hujan mencurah dengan lebat. Aku pun pecut ar sampai di bawah jejambat atau omputih sebut flyover aku park dengan mat-mat moto yang tengah bersidai di bahu jalan bagi menanti hujan berhenti. Jalan pun jadi sesak sebab kereta bergerak perlahan menuju ke destinasi mereka. Selalunya menuju ke shoping kompleks atau pergi beraya lagi sempena 30  hari berpuasa dan membalas dengan 30 hari jugak mereka nak beraya.


Gambar Real yang aku tangkap

Aku pun ade jugak mengambil gambar aku bagi membuktikan sahihnya cerita aku nih...
Aku ketika berteduh di bawah flyover.Okey tak aku posing?



Mat-mat motor yang berteduh bersama aku
Memang hujan turun selebat-lebat alam time tu. Aku pun tak boleh nak buat apa-apa. nak doa supaya hujan tak jadipun tak boleh sebab dah berlakupun..jadi menantilah dengan sabar sehingga hujan reda.

Aku dah sampai rumah terus aku tukar baju biar hensem-hensem sikit dan aku hupdate blog aku nih dengan cerita nih.dah puas baca dan tatap gambar-gambar yang aku upload? Baiklah...Sekian aku rasa cukuplah setakat ini sebab perut aku dah lapar dan mau makan.Nyah tengah masak nasik goreng kampung tu.hehehe


Selamat menjamu selera kimi :) tata. love you kimi...*:)

No comments: