Thursday, September 23, 2010

Hari jumaat

Assalamualaikum...

Pagi ni kelas aku kul 10. Sepatutnya ada Tamadun Islam tapi dah dibuat semalam. Jadi pagi ni hanya ada kelas Instrumentasi dan Baik Pulih Elektronik je...

Aku dah bangun tadi terus solat jap pastu kutip sume pakaian aku yang dah kotor tu kumpul dan maukkan kat dalam baldi. Aku terus bawak sabun breeze dan duet pegi naik aras 1 untuk basuh baju2 aku nih. memang mengecewakan sebab ada org tengah cuci baju. so, aku pun just tinggalkan je ar baju dan sabun aku kat situ terus aku blah turun masuk bilik semula an on leppy buruk aku nih.

Sebenarnya jap lagi ada kuiz instrumentasi yang amat menakutkan aku...huhuhu......Seramnya... Soalan dia memang aku faham sebab bahasa Omputih tapi jalan kerjanya huh mau berpeluh dingin aku dibuatnya. Haritu 1 kelas semua fail. huhu teruk teruk!!

What ever, cik dara aku tu memang baik dan dia cakap tak pelah, dia akan buat hari ni punya kuiz sebagai kuiz yang sebenar. So, dia cakap jangan nak melepak je. Dia soh study ar... dia cakap dia bagi masa 1 hari iaitu hari semalam untuk pulun study.hak hak hak....

Semalam pon ade cite jugak tau... Time dah habes kelas tengahari yang damai tuh,aku ngantok dan tido.. Tetiba,ada panggilan masuk dari Poli dan Terus disambungkan ke Hal Ehwal Pelajar. Aduss!!!
Apa lagi la yang tak kena dengan aku nih.. kot-kot aku ada buat masalah ke? atau aku kena diberhentikan ke? Atau ade orang carik aku ke? atau ade mane-mane pensyarah rindukan aku kew? hik hik hik

Rupanya pegawai H.E.P tu minta aku wakilkan Pidato untuk PSAS sekali lagi bagi bertanding antara Politeknik M'sia Peringkat Zon Tengah. Aik? Hari tu aku dah bertanding tapi dapat tempat ke-3 je bagi peringkat yang sama tapi kenapa aku dipanggil lagi? Aku bukan apa, Susah kot nak bertanding nih. Hari tu aku kalah sebab aku langsung tak prepare apa-apa. Bahan, nota segala langsung aku takda. Tapi okey ar jugak daripada wakil P.U.O yang muka jambu giler tu punya la semangat dengan nota dia,blezer,reben hitam dia dah macam nak jadik toksido je dah rupanya tapi Aku just datang kat Poli Ungku Omar tu dengan menggunakan baju batik buatan jerman je..hek hek poyonye aku.bila masa pulak jerman ade batik-batik nih kan.hak haks...kemudian, bila dipanggil untuk berpidato Aku dengan selambanya naik je ke pentas dan mulakan pidato aku. Cuak  tu memang cuak ar tapi entah la aku rasa macam Malas nak prepare.hehehe....
Bila dah naik je atas pentas, Aku mulakan dengan membaca Bismillah dan terus pung pang pung pang  aku cakap.
sekadar hiasan semata-mata
 Last-last sampai tak sedar masa dah tamat. Nasib baik pensyarah pengiring aku bagi amaran guna tangan bahawa masa dah lama berakhir. HAHAHAHA terkejut aku sebab punya la syok sangat bercakap sampai tak dengar bunyik loceng amaran. Dah habis hujah aku turun ar ke bawah, semua audien tengok aku dari budak sem 1 sampai la A.j.k  P.U.O yang bertugas tu usha aku. Malu betul ar tapi aku buat muka toya, buat muka selamba dan aku toleh kat deorang aku senyum.baru deorang pandang kat depan tempat laen. mungkin sebab nak tengok aku senyum je kot.mane taknya aku sendiri tengok muka aku kat cermin pucat lesi sebab gemuruh..tapi alhamdulillah lidah aku tak kelu time diatas pentas cuma pergerakan bahasa badan aku tak berapa mantap lagi..Itu ar sedikit tuntasan daripada pengalaman lama.hik hik hik

Aku nak pegi tengok washing machine ni samada dah free or ade orang guna lagi.Okey korang doakan aku ye supaya aku dapat Johan atau setidak-tidaknya doakan la aku dapat Tempat Pertama pun jadiklah...muuuaahaaahahahaha.tata

No comments: