Saturday, September 25, 2010

Selamat Tinggal Broadband

Huu~Huu~Huu~

Sedihnya rasa hati. Aku dah nak balik ke kamsis Politeknik dan aku harus meninggalkan Broadband aku di rumah ni sebab akak aku nak terminatekan penggunaan..

Oh My Love

Kalau ikutkan rasa hati memang sayangnya aku nak menterminatekan benda alah ni sebab benda alah ini jugaklah yang memberi aku hiburan, tempat aku membuka dan dengan gembira menceritakan pelbagai dalam Pena Kembara, untuk Blog Walking, Facebook,Tagged, Yahoo Messanger cari bahan bacaan dan Update Avira. Tapi selepas hari ini dan ketika ini My love aku ni akan aku tinggalkan dan ia juga akan meninggalkan aku. Dia akan dipulangkan kembali pada celcom centre di Damansara. Brodband ni didaftarkan atas nama akak aku. namun pembayaran adalah dibayar sepenuhnya oleh Pemilik blog nih secara Sendirian Berhad (Aku).

Sekarang aku terpaksa meminta akak aku untuk memberhentikan perkhidmatan ini sebab aku dah tak mampu untuk menyaranya lagi...huk huk huk.. sebab Pinjaman KPTM aku dah lama habis. Sekarang kalau duit pinjaman aku dah habis maknanya aku akan menggunakan duit mak abah aku kasik untuk membayar benda alah ni....Ahhh tak boleh tak boleh sebab aku tak nak susahkan mereka semata-mata untuk kepuasan aku. Biar la duet yang mak abah aku kasik hanya digunakan untuk makan aku sahaja. Emm...Fully duet tu untuk aku ke? haha satu pertanyaan yang sukar dijawab...Biarlah rahsia.hanya orang yang dah tahu je akan tahu kemana duet tu akan melencong dan tidak 100% dapat aku gunakan.Biasa ah anak remaja takkan tahu menyimpan duet kan...

Pada hari sabtu semalam Aku dah di isytiharkan secara rasminya bahawa aku takkan dimasukkan duet belanja untuk bulan 10 nih.Maknanya sebulan lah aku takkan berbelanja.. Aku bukan ada part time yang boleh menampung perbelanjaan aku untuk aku hidup kat sini. Dalam perisytiharan tu dibuat seolah-olah aku ni kalau tak diberi duet belanja pon aku boleh hidup walhal dengan pemberian tu lah aku nak bergantung hidup..Huhu memang aku dah menjangkakan awal-awal benda ni akan berlaku.Aku dah prepare siap-siap dah pon.hehehe jadi even kersauan aku ni tak tebal sangat tapi aku kena ar jugak berjimat.kan kan kan? Tapi takpalah sebab pengorbanan untuk akak aku kahwin. Aku tak mampu nak bagi apa-apa dan mungkin ni je kot yang dapat aku korbankan.

Sekarang duit pon tengah kering jadi ini menguatkan lagi hujah aku untuk menterminatekan benda yang boleh buat aku senyum sendirian menghadap leppy. Dan lepas saat ini Leppy aku jugak akan kurang aku hadap dan hanya akan tersimpan didalam beg asalnya sahaja. Apalah guna Leppy tanpa internet seolah-olah jasad tanpa nyawa.

Maknanya lepas ni, RM 68.00 akan dapat digunakan untuk membeli keperluan yang lebih patut dan takkan aku salurkan lagi untuk kegunaan peribadi aku.

Sekian Pena Kembara Mengundurkan Diri
Wassalamualaikum......

1 comment:

Unknown said...

bagus..ko memang best..x nak menyusahkan parents ko..Thumbs UP untuk kau..!!