Sunday, September 19, 2010

Persiapan Untuk Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Post ini dah terlewat di coretkan..sepatutnya sebelum atau pada hari raya dibuat tetapi baru hari ini aku coretkan dalam pena kembara ini... Tak kisahlah apapun masih di bulan Syawal atau bulan Beraya..kih kih kih.....
Lepas aje aku sampia ke kampung hari jumaat pada 3 september lepas, aku terus mebuat persiapan sempena ntuk raya dan merangkap untuk kenduru nanti... Jadi, aku pun buat la Slow and Steady  kata orang puteh.hehehe.

Aku pun pulun mengemas halaman aku yang dah tunggang langgang dengan perasaan sabar kerana masih dalam bulan puasa masa tu, so nak tak nak kenalah bersabar dan bersabar dan bersabar. Dari menggunung-gunung kayu gtah yang bertaburan kat halaman sehinggalah teratur kedudukannya di belakang rumah dan di tepi sudut pagar rumah kayu-kayu getah tu aku susun.. Ayah aku beli selori kayu tu sebagai kayu api memasak unuk kenduri perkahwinan akak aku nanti.Punya lah banyak lepastu lori yang bawak kayu tu pulak terlampau cerdik,adake patut dia punggahkan kayu tu betul-betul kat halaman rumah aku tu. Dan seperti kebiasaannyalah takkan ada sape-sape pun yang nak kemaskan halaman tu mahupun untuk menyusun kayu yang bertambun meninggi tuh jadi terpaksalah aku lakukan sendiri sebab aku ni nak buat kerja dalam rumah memang tak berapa cekap so, akak aku yang ke-3 lah setlekan,kueh-kueh dan biskut raya adik perempuan aku yang setlekan dibantu oleh aku dan halaman sekeliling rumah pulak hanya aku sorang jelah yang kena handle.

Mahu patah pinggang aku dibuatnya. Lepas tu hari-harilah aku kemas dan rapikan sikit-sikit mengikut kemampuan aku untuk mencantikkan dan menyusunkan halaman rumah aku tu. Selepas tu aku diberikan tugas untuk mencari buluh, daun ketupat, daun pisang dan menyandang tugas membakar lemang. lesu dan letih aku melaksanakan kerja-kerja yan dah diamanahkan. Sambil berehat lepas habis menyapu laman, aku kena menganyam ketupat. lepastu aku jugaklah kehulu-kehilir mencari barang-barang yang nak dimasak.huhu agak tegang jugak urat aku lepas tuh memandangkan dah sesak kakitangan kenalah juga aku buat.

Aku dah pasang buaian kain yang abang Am belikan haritu. Aku sangkut kat pokok rambutan dan pokok kelapa yang aku tanam.. Redup je dan sedap kalau berehat kat situ. Abang Am pun dah naik buaian tu.hahaha aku pun asyik nak berehat kat buaian tu je sambil layan lagu..memang best!


Aku nak kemas bilik dan sembang-sembang dengan roomate aku dulu yea.....nanti-nanti aku taip lagi entri.okey c u later.

No comments: