Aku baru je balik dari Pusat Islam di Politeknik Sultan Azlan Shah. Sekarang sudah ada didalam bilik menghadap untuk komputer ribaku. Letih kot sebab al-maklumlah sekarang kan tengah bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini jadi memang agak letih la jadinya.Aku pun tak berapa nak sihat semenjak kebelakangan ini. Banyak tekanan yang aku hadapi. Semua ini adalah disebabkan oleh salahku sendiri yng tidak pandai menguruskan masa dengan sebaik-baik mungkin.
Dari malam tadi sejak lepas habis solat sunat tarawih aku telah cuba merungkaikan apa yang terbungkam dihati pada seseorang sehinggalah sebelum berangkat ke Pusat Islam. Aku terpaksa lakukan sedemikian kerana bagi mengelakkan aku dan si dia terus terasing yang mana aku merasakan semakin janggal dan kekok. Mungkin disebabkan aku berasa yang teramat sedih dan tiada tempat untuk aku terus meluahkan apa yang aku pendam dari pelbagai tekanan dan masalah yang aku hadapi. Kerana selama ini aku mempunyai tempat pergantungan untuk meluahkan apa yang aku alami namun sejak kebelakangan ini aku terpaksa mengharungi sendirian.
Walaupun berjauhan tetapi ku tetap ingin cuba untuk memerhatikan si dia dengan mengunakan pelbagai magis aku.hehe macam power je aku ni..Sembang buleh la kan.tapi memang aku dapat rasakan bahawasanya akan berlaku sesuatu sekiranya aku terus berdiamkan apa yang aku pendam.Sesuatu yang tidak baik mungkin akan terjadi.
Tapi keadaan sejuk setelah aku menamatkan kata-kata yang aku nak luahkan walaupun masih ada berbaki tetapi aku dah tak larat nak menongkat mata aku ni jadi aku terus offkan henset aku.Tanpa aku kira terus aku terlena dalam dakapan tempat tidoku yang enak empuk ini. Tempat tido aku memang empuk sebab tilam asrama aku yang selesa ini aku lapikkan cadar dan aku alaskan toto tebal.memang semua suka nak tumpang tidur tapi aku jer yang tak bagi.haha deorang semua jeles....
Ak bangun untuk bersahur dan aku Onkan suis penghidup henset aku dan Fuuhhh terkejut aku banyak sangat mesej yang masuk.dah macam alarm solat subuh dah bergetar-getarnya.hehehe. Macam-macam telah aku baca dan aku amati. Tapi aku tetap tidak boleh menerima sesetengah hujahnya kerana aku merasakan sedikit tidak kukuh.tapi walau apa pun aku anggap semua mesej u adalah mesej yang semalam dan sudahpun aku tutup akaun semalam dan aku mulakan dengan akaun baru untuk hari ini. Jadi aku berminta maaf dan bersiap ntuk menyelesaikan asaimenku tetapi malangnya aku sekali lagi dibidas. Takpelah aku sabar dan aku malas nak berdebat benda yang ragu takut kurang pahala aku.
Jadi aku terus mandi dan bersiap dengan cermat ala-ala orang korporat dengan penuh bergaya melangkah keluar bilik. Aku meminta membut pembentangan individu pagi tadi walaupun giliran aku adalah seminggu lagi namun aku berasa sudah tidak sabar untuk bercakap kat depan kawan-kawn kelas. jadi aku mula lah membentangkan apa yang aku rasa dan apa yan aku telah fikirkan. Selesai bahagian pembentangan itu kami telah pergi menuju ke makmal jabatan. Aku terkejut sebab baru dapat tahu bahawa pensyarah aku nak buat kuiz dengan segera. jadi memng aku kelam kabut la jadinya. Semua page aku selak.
Tengah aku khusyuk menyemak-nyemak helaian modul baik pulih alatan, aku mendapat mesej dari orang yang aku ceritakn di atas. Mesej yang betul-betul menyakitkan hati aku. Dalam hati aku memang nak maki je tapi aku cepat-cepat mengingatkan diriku bahawa aku sedang berpuasa. Aku telah membaca ketiga-tiganya..tak tenteram aku masa tu. Semua yang aku cuba hafal tadi telah hilang akibat sakitnya hati aku tu. Kenapa dia nak mengungkit-ngungkit perkara ang telah dirungkaikan malam tadi. Memang aku tahu bahawa dia nak bagi aku tahu penderitaan batin dia tapi cara itu tapi bukan bagi aku tenang tapi makin serabut dengan kaedah penyampaian dia.Paling aku meluat adalah orang yang suka menyamakan antara aku dengan orang yang aku tahu sifat dia.
Bagi aku diri aku adalah aku dan orang lain tidak sama dengan aku. Even aku buruk sekalipun aku bukanlah orang itu dan even aku hensem sekalipun orang itu tetap bukan aku..tiada persamaan antara aku dan orang itu. Kalau hendak menggunakan psikologi untuk menghentam aku tapi aku pun jangan bagi aku naik meluat.Aku rasa macam nak campak je henset aku bila baca mesej dia tu. tapi aku fikir buat apa aku nak campak henset aku sebab kalau rosak pun barang aku dan bukan barang dia.jadi baik aku istighfar sempena berpuasa ini.huhuhu
Bila balik je kat bilik Aku terus mesej dia dan mula lagi berlaku ombak gelora antara kami. Dia blame aku sebab aku dia dah hilang kawan-kawan dia.memang aku terkesima dengan apa yang dia cakap. dia tak la cakap macam mane aku cakap tapi bunga-bunga ayat dia ala-ala macam tu la maksudnya. Bila dia cakap macam tu maknanya dia marahkan aku kerana aku dia telah hilang kawan. Dia lebih sayangkan kawan-kawan dia lebih dari aku. sedangkan aku suruh dia hentikan semua tu kerana aku yakin satu hari jika mereka terus bersama dia akan rosak dan dirosakkan oleh budak-budak yang aku tak suka tu.
Aku tahu selok belok dunia percintaan macam yang sedang berlaku ni. Aku dah masak dengan perangai orang-orang yang terlalu mengejar kenikmatan dunia ini. Aku tak nak dia dirosakkan. Jika aku mampu, mahu saja aku yang akan menjadi pendinding kepadanya tapi aku terhad untuk diri aku dan sesungguhnya Allah maha pelindung lagi maha perkasa dan aku serahkan dia1,dia2 dan diriku kepada Rabbul alamin...
Semangat aku dah hilang.perjanjian antara aku dan dia terpaksa aku laksanakan dimana aku terpaksa bersendirian di politeknik ini tanpa teman untukku. Dia tidak mengizinkan aku untuk terus berkawan dengan budak yang menjadi kawan baik aku disini.Dia tak suka juga aku menyebut nama budak kawan baik aku tu tapi macam kes pagi tadi dia ingat aku suka ke dia sebut-sebut nama budak lahanat mane entah tu.Opps terlepas lak. Kes dah ditutup.Sori-sori terbukak pulak.
Apepun ada semangat ke tak,Sekarang tujuan aku adalah nak balik ke kampung dan bawa kakak aku berubat. kakak aku sakit.Itu merupakan tugas aku. Ok lah semua. yang mane terasa hati dengan kata-kata ini harap di beri kemaafan kerana ini sahaja sekarang yang menjadi teman aku di politeknik ini untuk aku meluahkan apa yang terbuku dihati. kalau tak nak bace jangan bace kalau nak baca silakan..
Selamat you all semua... Aku sayang you all yang sudi membaca blog aku nie.
3 comments:
uwekkkkk. kawan la dengan dak tu... dah tak kisah dah... saje je nak bagi sakit hati awak... hahaha
Sowi nama perlu dirahsiakan. hehehe
Sowi ek. saya tarik balik sme tu. Saya sayang awak...
Post a Comment