Pagi ini aku bangun Awal. Alhamdulillah aku diberi kesempatan pada pagi ini untuk menjadi orang yang terawal datang ke Pusat islam.memang aku berazam untuk fight degan roomate aku yang mengatakan dia akan datang awal ke Pusat islam pada subuh hari ini. Alhamdulillah Allah S.W.T memberi kekuatan kepadaku untuk bangun dan bersiapkan diri.
Aku menaip pena blog ajku pada waktu ini kerana aku baru sahaja bergaduh dengan roomate ku.aku tertekan dengan perangai dia yang mana lebih mementingkan diri. Seolah-olah tiada langsung rasa hormatnya pada diriku. Aku boleh bersabar lagi sebelum ini dengan mehnah yang dilakukan.Dari hari berganti hari, aku merasakan tiada perubahan yang baik pada dirinya melainkan perubahan yang makin kurang ajar denganku.
Semua rasa aku telah lontarkan padanya. Apa yang telah kupendamkan selama ini telah aku luahkan. memang kesabaranku telah sampai ke kemuncak!! Aku berasakan aku banyak beralah dan bertoleransi dengannya. Setiap barangku dan hak milikku digunakan tanpa aku berkira dengannya. Tetapi amat mengecewakan tiap kali aku ingin menggunakan barang-barangnya langsung idak boleh dan dia marah-mara. Bila aku merajuk dan menyatakan aku berkecil hati dengannya dia tidak langsung cuba untuk memahami.
Baru tadi dia meminjam broadband dan laptop kesayanganku ini untuk mengakses facebooknya dan aku berasa boring lalu aku terus menggunakan laptopnya.kerana aku belum pernah lagi membuka dan menggunakan laptopnya selama ini kerana dia seringmarah-maah untuk aku menggunakannya. apabila aku menggunakannya dia langsung terus menyelidiki apa yang aku lakukan. Sampaikan aku hendak menukar lag dari winamp pun dia marah. Takut rosak kataya. Aku masih bersabar, aku biarka lagu tesebut terus dimainkan.sambil itu aku mengakses counter strike yang ada di dalam laptopnya,dia langsung memarahiku lagi.
Aku bingkas bangun dari tilamnya dan mengarahkannya unuk berhenti dari menggunakan laptop dan broadband yang telah aku beri keizinan untuk dia menggunakannya.
No comments:
Post a Comment