Wednesday, August 4, 2010

Alhamdulillah Program Berjalan Lancar

Assalamualaikum dan salam penuh kesyukuran..
Hari ini aku bersyukur kerana dengan izin Allah S.W.T aku telah berjaya mengadakan Hi-Tea bersama Ketua Jabatan yang diangap sebagai Bos Besar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Aku telah mendapat pujian yang mantap dari para jemputan. Walaupun demi sesungguhnya begitu penat sekali bagi melaksanakan dan menjayakan program ini dek kerana a.j.k pelaksana yang telah diamanahkan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberi semua tanggungjawab dan beban itu terpaksa aku galas sendiri. Dari menetapkan

Tarikh,tempat,makanan,jemputan,ucapan,jumlah harga yang wajib dikenakan.
Pendek kata ataupun Panjang kata semua tugas dilaksanakan olehku. Akulah pengarah program, akulah setiausaha,akulah bendahari,akulah a.j.k makanan, akulah a.j.k tempat dan peralatan dan segala jenis a.j.k yang ada. Nak marah kat deorang pun tak guna. Mulut pensyarah-pensyarah yang dah dikira berkelulusan tinggi pun dah berbuih-buih nasihat tapi macam cakap dengan kepala tunggul je kalau cakap dengan budak kelas aku ni. Siyes tensyen tahap melampau.

Yang buat aku makin meluat dengan perangai budak kelas aku ni, time pensyarah tanya nak buat program apa untuk subjek pengurusan, semua nak program yang hebat-hebat, yang besar-besar punya program. Yang nak melaksanakan sorang pun tak nak melainkan seorang sahaja yang setia membantu aku walaupun pada hakikanya dia tak berapa suka denganku tetapi dia sedar tanggungjawab dia dan kelemahan dia tentang pelaksaan program maka dia terpaksa akur bahawa aku lagi terer dari dia.Hahaha terasa ujub pulak.Masya-Allah!!!!

Tetapi kesimpulannya aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan pada hari ini.

Demi Sesungguhnya Allah maha Penyayang dan kepada Hamba-hambanya.Maha Suci Allah Hamba Memohon Keampunan Dari-Mu.

1 comment:

Usmad said...

Sabar je la ye adik hehehe