Sunday, June 27, 2010

Hari Pertama Di Semester Akhir

Hari ini adalah hari pertama aku di dalam semester akhir di Politeknik Sultan Azlan Shah. Seperti biasa hari pertama sememangnya tidak akan belajar  tetapi memberi pengenalan tentang topik-topik yang akan dipelajari sepanjang semester ini. Pada semester akhir ini aku agak sibuk tetapi aku merasakan sedikit kematangan telah wujud dalam diriku berbanding sebelum ini. Mungkin kelainan dari segi kematangan yang aku rasakan ini adalah kesan daripada aku meninggalkan politeknik ini selama tempoh 6 bulan (1 semester) kerana menjalani Latihan Industri.

Semoga semester 4 ini merupakan semester yang terakhir bagi aku melengkapkan syarat pengajian Sijil Kejuruteraan Elektrik & Eelektronik  di politeknik ini. Aku berharap agar dapat lagi menyambung di peringkat diploma dibahagian kejuruteraan ini kerana demi harapn ibu bapa dan eluarga aku. Sebenarnya aku bercita-cita mendapatkan ijazah tapi aku tahu level yang termampu aku lakukan adalah diploma sahaja.

Penghargaan yang teramat sangat aku kalungkan kepada Mak dan Abah serta kepada seluruh adik beradik aku yang banyak memberikan sokongan dan dorongan. Tidak dilupakan juga kepada Abang angkat yang telah ku anggap seperti abang kandungku sendiri iaitu abang Firdaus Mohammad (Abg Am) kerana setiap semester abang ku ini seperti tiang untuk aku masih berdiri kukuh di politeknik ini. Sepanjang pengajian aku di politeknik ini untuk mendapatkan sijil dipantau oleh abangku ini. Terima kasih abang Am. Jasa abang kimie tidak mungkin akan lupakan sampai bila-bila kerana setiap pengorbanan dan didikan abang kepada adik yang lemah ini menjadikan kimie lebih berani dan makin matang tentang kehidupan yang lebih semakin menduga.

Akhir kalam Syukran Jazilan kepada semua individu yang telah banyak membantu kimie selama ini.
                                                      
                                  BARAKALLAHU KHAIRAN KASIRA

1 comment:

Usmad said...

Antara jasa am adalah selalu bagi anak ikan adik makan. Heeeee