Wednesday, October 9, 2013

Kisah sedih : Sudah jatuh, retak pulak!

Assalamualaikum warahmatullah..


Dah lama aku tak buka blog ni untuk menaip, mungkin salah satu sebabnya kerana encik leppy mogok. lama aku tak bagi perhatian pada beliau dan bila aku nak start balik bermanja dengan beliau boleh pulak beliau minta duit untuk maintenance, nafkah katanya. Sudah ditukarkan internal hard disk dan format, baru la ok dan dapat aku menjengah kembali blog sejarah remaja aku dulu ni. Hahaha

Sekarang ni aku dah tidak berapa rajin nak menulis sebab sibuk menguruskan diri dan kerja dan kesihatan.

Isu terbaru yang terjadi pada aku adalah pasal gadjet Samsung S3 aku yang terjatuh semasa balik dari kenduri kahwin kakak aku si Puan Fairos..masa tu aku singgah di Shell dekat Kapar nak isi minyak untuk kereta viva abah, aku drive en.mevi dan abah aku drive kereta viva beliau, masa tu minyak aku banyak lagi, atas permintaan abah, aku pun follow la beliau ke Shell.. semasa aku dah park encik mevi, aku buka pintu sebab nak ke kaunter bayaran untuk pi bayar minyak kereta viva abah aku tu, prang!!! gedebuk, gedebak...Wow, bunyi apa tu aku tercari-cari. Alamakkkkk encik S3 terjatuhhhh.

Sayang weh... aku baru pakai tak sampai setahun... dah crack dan kena tukar skrin kaca baru dan casingnya..tapi, memang tak la kot. sebab aku dah survey harga memang mahal nak mati sampai Rm 600+++... So, kena la pakai gadjet ni sampai lunyai...huhu.. nak beli gadjet baru sayang duit.. tengah nak mengumpul semula ni.. 

okey lah itu sahaja yang aku rasa nak tulis untuk kali ini.

No comments: