Friday, August 24, 2012

::::Selamat Hari Raya Dan Selamat Berkereta Baru:::


Selamat Hari Raya 


Alhamdulillah sempena menyambut 1 syawal setelah menjalani ibadah puasa selama 29 hari, kita telah dipanjangkan rezeki dan umur untuk merasai nikmat Aidil Fitri  untuk kali ini.
Kali ini juga syukur kehadrat ilahi kerana telah menganugerahkan aku sebuah kereta Myvi Ezi Lagi Best 1.3..kereta tu baru keluar seminggu sebelum hari raya..
Terima kasih kepada abang Fikri yang membantu dalam proses pembelian ini dan tidak dilupakan juga kepada abang Firdaus yang memberi semangat kepada aku untuk berusaha memilki aset sendiri.
Syukur kerana aku membeli kereta ini tanpa menyusahkan keluarga. walaupun susah nak confirm dapat sebab takde penjamin. kalau guna penjamin lebih senang nak proses dengan beberapa bank, namun pilihan yang ada untuk aku hanya bank islam sahaja sebab aku takmo susahkan orang lain untuk jadi penjamin aku..kerana bank islam yang sudi menerima jejaka yang bawah umur 23 untuk membuat pinjaman automotif. Umur aku 21 dan belum cukup 22 dan belum masuk 23....kalau ikut had umur macam ni kira layak lagi menerima duit raya...tapi sedihnya, hanya abang Firdaus sorang jer yang bagi aku duit raye..Terima kasih abang..
Baju melayu aku kaler purple kilat tapi bila sekali pandang mcm kaler merah jambu pon ade.....
lama-lama dok matching dihati masa nak beli baju raye tu aku dah rasa comel bila dok bayangkan Myvi kaler putih dan pemandunya guna baju melayu purple kilat ala-ala merah jambu sambil memandu dengan muka yang kiut..(kikikiki angkat bakul sket)



melaram kereta baru sampai tak hengat ODO Meter dah mencecah 1636km....nasib la aku berjalan ke manjung, terus hantar servis sekali.

Pasal lemang pulak, pada tahun ni lemang aku tak menjadi sangat...kecewa kecewa dan kecewa.
tapi sedap....hehe nenek aku puji habis lah.nak jaga hati cucu kot....

Okey Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin




2 comments:

azs said...

Selamat hari raya.. wah, meriahlah raya tahun ni ye.. Tahniah sbb miliki sst atas usaha sendiri.. :)

FIRDAUS ABDUL WAHAB said...

hehehe alhamduillah....