Wednesday, September 22, 2010

Arill


Budak ni namanya Encik Arill...tapi aku panggil dia aril je ar sebab aku lagi tua sket dari dia. Dia saudara aku.. taraf aku dengan dia dah 3 pupu ataupun pupu kuasa 3 kalau dalam istilah matematiknya.
aku curi-curi ambil gambar ni masa dia datang rumah aku dan tido kat rumah aku. Mula-mula dia datang untuk beraya sambil nak jumpa aku, kendian aku pelawa untuk tido rumah aku sebab boleh ar tolong-tolong aku packingkan gula-gula untuk majlis kenduri nanti tapi malangnya ada sedikit masalah teknikal dan tak dapat lah untuk melakukan packing-mempacking tu.
Dia pun tido ar dengan aku dan adik aku. Aku tido tengah-tengah..tapi malangnya malam tu sesuatu kejadian yang tak boleh aku lupakan telah berlaku. memang memalukan aku. Ceritanya macam ni...

Tengahari tu puan emak pergi ke Teluk Intan beli barang sambil beraya rumah kawan-kawan beliau. kemudian adik lelaki aku 2 orang tu pun ikut sekali. Macam biasalah kalau bawa bebudak kecik ni berjalan mesti ar kena belikan apa-apa bagi deorang rasa gumbira.hahaha.... Yang bagusnya adik-adik aku ni tak suka mintak macam-macam dan yang bukan-bukan. Maka puan emak pun bertanya kepada fuad dan abang Yin nak dibelikan apa. Deorang dah berpakat dah rupanya nak beli Buah Tembikai. Sebab deorang nak minta aiskrim tak boleh sebab dalam peti sejuk kat rumah tu ada lagi aiskrim. lepas tu dorang memang dah janji nak beli aiskrim guna duet raya yang dorang dah collect.haha bijak betul adik-adik aku nih.Tu memang feveret dorang berdua ar kiranya. Fuad dengan abang Yin memang sehati sejiwa. Ni aku bagi tengok gambar fuad ye..
fuad
Abang Yin pun usulkanlah kepada puan emak untuk belikan mereka Buah Tembikai dan puan emak pun membelikan setengah biji besar buah tembikai yang deorang tunjukkan tu.. Sampai je kat rumah abang yin pun punya lah semangat nak makan, secara on the sportnya dia terus ke dapur bersama dengan encik fuad kecik tu dan membelah dan menghidangkan kat atas meja depan tv untuk deorang senang makan sambil tengok tv. punya ar aku terkejut cepat je habisnya deorang makan. Nasib baik aku datang cepat sikit dapat jugakla aku merasa sepotong besar.hahahaha yang lain dah di kebas oleh encik-encik kecik tu.

Aku tengok je tembikai tu dah tinggal kulit, mula ar rasa tak sedap hati untuk menunggu waktu malam hari kerana memang pasti sesuatu akan terjadi samada nyata atau dalam mimpi.. Tapi aku dah warning siap-siap kat encik Nazrin pergi kencing dulu sebelum masuk tido. dengan patuhnya dia turuti perintah aku. dia pun tido. Aku pun mula ambik bahagian atas katil bersama aril dan terus tido.  Perkara yang dah aku bayangkan menjadi nyata apabila pada pagi keesokannya aku rasa tidak selesa tapi apa yang tak kena? hahaha korang tau habis tilam basah terkena kencingnya.

Punyalah berangin aku dengan encik Nazrin tu. pagi-pagi buta tu aku suruh dia mandi dan cuci sampai bersih.lepastu aku angkat tilam tu dan jemur di beranda rumah aku. Nasib baiklah tetamu aku tu tak terkena tempias larvanya.haha kalau tidak memang sia-sia kena mandi awal pagi. dah siap apa yang aku suruh buat encik nazrin pun duduk la sebelah aku dan bercerita. dia buat la muka senyum dia tu minta ehsan seorang abang pada adiknya.hahaha

aku tanya dia kenapa? dia jawab saje nak bercerita...
aku tanya cerita apa dia diam tak terkata...
aku tanya apa dia, dia cakap dia dah lupa...
aku push-push dia baru dia ingat sermta merta tentang apa yang nak dikata..

Dia bagi tahu aku cerita mimpi yang dia alami.. aku senyum je lah.nak buat macam mana dah berlaku ".... Anjang. malam tadi adik mimpi  adik pegi mancing ikan kat kolam. tapi adik dapat sekor je. lepas tu adik g ar jalan-jalan lagi untuk cari kolam yang ada banyak ikan lepas tu jumpa nenek tua. adik kesian kat nenek tu lepas tu adik bagi nenek tu ikan yang adik dapat tu. lepas tu adik tanya nenek tu kat mana ada tandas sebab saya rasa maca nak kencing.nenek tu pun tunjukkan dekat batu besar tu. nenek cakap kat situ buleh kencing.. lepas tu adik pun pergi la kat batu besar tu dan terus buka zip dan kencing.. Bila dah habis je kencing tu adik baru rasa seluar adik basah dan sejuk dah u nenek tua tu hilang dan adik tersedar dari mimpi....." 

Itu la lebih kurang sinopsis cerita adik aku bernama nazrin tu kepada aku. aku cakap ar kat dia kalau macam tu kena salahkan nenek tua tu la ye sebab dia yang suruh adik kencing ye? aah... bukan salah adik.itu salah nenek tua tu. Nenek tua tu yang bagi arahan suruh kencing pastu adikpon apelagi sebab dah tak tahan sangat... hahha Hadoiiiii memang aku gelak dengar cerita dia tu tapi aku cover time tu cuma aku senyum-senyum tanpa suara je kat dia sebab karang hilang ar respek dia kat aku.haha ..cerita kat atas yang aku cerita ni just sinopsisnya sahaja tapi kaalu korang dengar dari dia lagi ar rasa nak pecah perut gelak dengan gaya dia lagi...heee.

Ni gambar abang Yin....:

Abang Yin dengan Fuad


Ok selamat selamat selamat....aku nak tido dah ni..mengantok dah ni...tak tahan rasanya.

No comments: