Sunday, August 1, 2010

Bestnye Dapat Jumpa Keluarga

Assalamualaikum!!!!
Hai-hai, Hello-hello................

Aku barusan saja pulang dari desa. terasa kangen banget sama bonda dan adik-adik yang makin gantang dan manis-manis mukanya....hehe desa yang aku pulang bukan indonesia ya tapi Malaysia negara yang tercinta. wah wah wah dah macam warga indonesia pulak aku berdialek kan..hehe saje je nak bagi nampak suasana ke desaannya.

Emmmm.......perasan tak kenapa aku menggunakan bahasa yang kayeknya persis bahasa pertuturan indonesia ya?  hahaha salah satu sebabnya adalah aku hendak memberi maksud tentang istilah "desa". Kenapa aku sebut desa ataupun kedesaan?? Ia adalah kerana untuk menghindarkan diri aku daripada menyebut "kekampungan". Walaupun pada tafsiran istilah bahasa dan maknanya agak sama dan serupa tetapi pada mentaliti masyarakat ia merupakan satu yang kekok / janggal / memalukan.hahah betul tak?......

Dah dah apa aku kesah betul ke tak betul...tetapi pokok pangkalnya adalah akar.hehe betul kan pangkalnya pokok adalah akar.

Ok Ok sekarang aku rasa macam dah jauh merapu tahap dewa kemusnahan dah ni. Yang sebenarnya aku nak menceritakan bahawa aku telah balik kampung pada hari sabtu kelmarin dimana aku telah mendapat arahan untuk aku balik ke kampung halaman yang permai dan indah kononnya..hehe.

Aku pun balik la bersama-sama abang-abang aku yang berkebetulan hendak pergi ke Ipoh untuk menghantar barang-barangnya ke rumah kakak beliau di Gunung Couple atau Gunung Rapat.hahah pandai-pandai je aku bagi nama Gunung Couple tu tapi sedap jugak nama tuh.hehe

Sampai je kat depan rumah aku,aku terus cakap Oh my Bebby!!! hehehehe Poyo je sebab oleh kerana aku pakai mafla time tu so, dengan menggunakan bahasa inggeris yang tak berapa nak inggerisnya tu nampak la macam baru balik dari U.S ataupun Oversea sebab dengan menggunakan mafla yang selalunya digunakan time sejuk especially bila tiba musim salji.tapi kat rumah aku takde salji pun asap yang macam salji ade la.kuang kang kuang......aku tengok Fuad comey dengan abang Yin tengah mengait rambutan. Wah wah wah enak-enak saja sih mereka mengaitnya.Pokok tu adalah pokok rambutan yang aku tanam.Alhamdulillah sentiasa berbuah dan manis pulak tu. Aku pun hairan jugak kenapa la selalu berbuah dan manis pulak tu buah-buahnya. Tapi jawapan kepada kehairanan aku tu dah ade jawapan yang tersedia rupanya. Adakah anda tahu kenapa buah rambutan itu manis? Nak tahu tak?

 Haaaaa jawapannya adalah kerana
 1) kena tengok siapakah penanamnya. kata orang kalau manis orang yang tanam pokok buahan tu maka buah-buahnya akan manis.
2) kalau sedap dipandang penanamnya maka buah yang dihasilkan sedap-sedap belaka dan semua yang rasa akan puas.

Jadi kesimpulan daripada hasil rasa buah-buahan tu anda pun mesti lah tahu sifat-sifat penanam pokok rambutan ni adalah manis,sedap mata memandang dan yang paling penting cute.hik hik hik... Walaupun time tanam pokok tu aku masih belum mandi lagi tapi tak kisah la bak kata orang biar tak mandi takpe asalkan muka hensem sedap mata memandang.hehehe macam biasa dengar je ayat tu kan??haha

Kita kembali kepada cerita asal kita ok. Sebenarnya mak suruh aku balik adalah disebabkan mak rindu dan
satu-satunya adik perempuan aku yang aku sayang sakit. Dia kena demam campak. Aku pun cuba lah merawatnya sekejap kemudian aku terus minta diri untuk pergi ke ipoh untuk menemani abang-abangku pergi mengantar barang-barang beliau yang tersimpan ke di dalam bonet kereta abang ku yang ke dua..Kereta Vios beliau tu baru lagi wooo.bau plastik lagi kalau masuk dalamnya. Masih bergetah lagi la kiranya  getah-getah yang dipasang kat kereta tu.hehehehe.

Habis hantar barang dan survey tempat yang bakal abangku kerja, kami terus pegi ke gunung yang penuh kontroversi tu. Gunung yang sentiasa berkepit rapat tu.wah wah lain macam jer bunyiknye kan.tapi maksud aku adalah Gunung Rapat.Ye la nak marahkan gunung asek rapat je buat ape. tapi kalau dah dua orang manusia rapat-rapat tanpa apa-apa ikatan memang kita kena memarahi mereka.
Kami dihidangkan dengan Bihun Sarawak. Penat woo nak makan bihun tu kena naik flight pergi sarawak baru boleh makan. Haha gurau-gurau je..

Habis makan dan perut pun dah rasa tak larat nak tampung lagi, kami pun dengan selamba yang  berpada meminta diri sebab nak hantar adikku pergi tusyen di Teluk Intan. Bekejar la jawabnya ke Teluk Intan.huhu
Bila dah hantar adikku kami terus pergi menjamah mata di pasar mala, tetapi malangnya harapan untuk menjamah mata bertukar menjadi tragedi ngeri dimana mata kami pula dijamah dengan rakusnya oleh asap-asap sate dan ayam percik pak cik pasar malam yang baru nak hidupkan bara api..Tensyen aku berjalan macam tu pulak habuan yang aku dapat.!huhu

Lastly kami beli makanan dan lepak di tepi pantai yang indah dengan pemandangan yang dah macam kurap kat Teluk Intan tu.haha pemandangan yang teruk sebab sampah bertaburan tak tentu tempat.
Sambil aku melepak,mak aku telefon dan mengatakan bahawa mak aku nak datang Teluk Intan juga sebab nak beli rempah-rempah untuk buat jamu kakak sepupu bersalin nanti.

Dapat la aku dukung-dukung adikku Fuad yang Comel, Bijak dan Pandai tu.





Ok lah ....Naim nak guna Laptop aku ni nie..

No comments: