Sebelum ni aku memang usha-usha jer henset baru..henset kaler *pink* yang akak Fai aku bagi PINJAM ni pulak asek tak dapat detect line je.dah tu teruk la aku kena marah dengan individu penting aku tu.jenuh aku nak menjawab…..
Dipendekkan cerita, setelah aku puas survey harga Nokia C3 kat area B.B,bukan Blue Boy tapi Bukit Bintang termasuklah kat Kompleks Kotak Masa tu aku tengok sekali tapi takde yang murah.Farhan pun ikut sama sebab kiteorang rancang nak pegi tengok wayang cite khurafat sekali jalan buat survey informal.masa aku survey tu semua harga dalam RM680.00++ berbanding di kawasan Abg Am duduk cuma RM630.00 jew…
Aku pun senyum jer bila dengar Abg Am belikan dan aku cuma tinggal bayar jer. Aku senang hati sanagt dan memang tak lena aku nak tunggu henset touch screen aku tu sampai dalam tempoh 5 hari dari hari aku beli.kiranya dah seminggu beli tibalah saat yang aku tunggukan dimana ketibaan Abg Am pada tengahari yang tak berapa nak panas time tu dan kebetulan aku dengan abg ipar aku tengak syelek perabot umah yang tak seberapa ni. Tuk Tuk Tuk….Assalamualaikum………. pintu umah aku diketuk.
Aku dah memang cam suara tu terus jer buka pintu dan hulurkan senyuman cute aku ni pada tetamu yang datang bawak harapan aku tu..berbunga betul hati aku.
Okey, Dipendekkan cerita lagi, genap 6 hari aku guna secara tenang.siap balut dengan plastik lagi sebab kondom atau sarung hitam dia tak keluar lagi time tu.aku jaga elok-elok tak nak bagi calar balar.lepastu esoknya masa nak balik kampung, aku dengan tak disengajakan basuh seluar aku yang baru jer aku guna pegi keje pagi tu.Rupanya beloved aku ada dalam poket seluar tu.masa mesin berpusing elok jer bunyik geduk gedak dalam mesin dan pusingan pertama dah setle aku rasa nak tambahkan lagi power cucian, aku pusing lagi pemacu mesin tu untuk pusing round ke 2.

Kakak aku nak gerak dulu ke kampung husband dia masa tu dan dia nak inform pada abah dan dia nak pinjam henset aku sebab henset dia tak cukup kredit. Aku cari kat bilik henset aku tu takde, cari kat ruang tamu depan pun takda.bunyi bising dalam mesin basuh tu buat muka aku jadi pucat serta merta.terus aku berkejar ke mesin dan stopkan pusingan terus aku raba sampai ke dasar mesin dan Sah henset baru aku gunakan seminggu tu dah terbasuh sekali dalam mesin basuh baju tu. Rasa menyesal, nak menangis pun ade.badan aku rasa tak bermaya. Rasa bersalah, bercampur baur hati aku. Memang ralat betul sebab aku dah jaga dengan elok, bungkus dalam plastik dibekalkan ori lagi tiap hari tapi,bila dah jadi macam ni semua yang aku pelihara tu takbermakna langsung. Sekarang ade tersadai kat tepi tingkap. Nak bawak ke centre bukan warranty boleh cover dan kalau nak repairpun tak berbaloi so better tunggu aku kerja nanti insyaallah baru beli henset yang lebih sesuai. Dah takde rezeki nak buat macam mane… Sebenarnya sekarang ni pun aku masih bersedih lagi.huhuhu Sabar je la..
Tambah kapsyen |
1 comment:
tnb kan masyuk,
pasni terus beli iphone je...
Post a Comment