Monday, March 7, 2011

Kabel Meletup!!!


Dah sebulan lebih aku join team-team yang ada di Yard PJ untuk operasi servis,kendalian dan senggaraan..banyak jugak yang aku belajar.best-best semua..

Dalam jadual aku pulak,last team yang wajib  aku kena ikut ialah team SAVR atau dikenali sebagai team Overhead. Hari isnin merupakan hari first aku join team tersebut untuk melengkapi jadual aku yang dah disiapkan oleh foreman Husaini N.M.. Antara  aku bertiga ni, hanya aku jer yang ada jadual tersebut. budak lain hentam keromo je jadual dorang.

Aku jumpa foreman SAVR En. Ridzuan bagi tahu kat dia yang aku kena dok bawah team anak buah dia. Dia pun cakap okey dan dia suruh aku dok under leader TT07 En.Hamdan..aku pun cari la orang terseut selepas balik dari beakfast kat kedai mamak.dah introduce pada brader Hamdan tu,aku pun duduk la tengok tv3 cite Hotel Mania sementara tunggu  team keluar.

Sebenarnya hari tu aku rasa macam malas je nak datang OJT. Aku ingat nak ponteng jer hari isnin tu tapi aku fikir nanti kalau ape-ape jadi susah pulak, so aku pun datang la Yard. Masa aku tengah tengok Cerita budak-budak jambu Tv3 tu, ada satu team nak potong bekalan elektrik kat rumah-rumah yang ngulat bayar bil keluar dari bilik rehat tu dan aku nak ikut geng tu kuar..siap aku bagi tau pada foreman ridzuan tu lagi aku nak kut geng potong bekalan tapi foreman Ridzuan tu tak bagi. Dia suruh aku ikut brader Hamdan tu jugak. Aku senyap je la. Tapi sebenarnya hati aku nak sangat ikut geng tu..aku rasa tak sedap hati pulak lepas geng potong api tu keluar tapi aku just abaikan je perasaan tu sebab mungkin effect sebab dok sorang lama-lama dalam bilik tu.

Dalam lingkungan kul 11.15 a.m brader hamdan ajak aku keluar side. Dah cari-cari tiang yang rosak tu kiteorang pun kol Technician Muhamad tu datang. Tech tu pun tutup outgoing dari pencawang tepi jalan tu. Pendekkan cerita,technician,leader dan TT05 tu komfom cakap bekalan elektrik dah off..
TT05 tu panggil aku yang tengah usha dorang buat keje  kat tepi lori tu untuk naik sekali dengan dia atas lori weagon.dia ambil gergaji besi dia potong dan aku tengok je la.. dia dah potong sikit dia suruh aku pulak potong sampai habis kabel tu. Memang letih ar nak potong sebab besar dan liat kabel tu. Tapi takpelah aku ikut je la sebab aku dah Tanya dorang betul ked ah takda elektrik dan dorang semua komfomkan dah takde so aku pun teruskan la menggergaji kabel tu. Tiba-tiba kabel tu meletup dan sparking yang besar berlaku.masa tu badan aku terus berpusing dan aku jatuhkan badan aku ke bawah bucket tu api tangan aku terbakar. Hitam semua tangan kanan aku.

"Aduh sakitnye" Kata ku pada tetamu yang datang melawat...

Azabnya tak tau lah nak cakap.Pedih bukan sembarangan melecur habis..time tu doa nabi Ibrahim je yang aku ingat…sementara brader shendi tu turunkan weagon tu tangan aku dah penuh dengan air liur aku ludahkan sambil aku bace doa tu kuat-kuat.lantak lah ape yang berlaku samada orang dengar ke tak sebab aku tak tertahan perit, panas, pedihnya. Dalam hati aku fikir aku taknak kehilangan tangan dan jari aku..sebab memang hitam macam dah rentung dah.memang aku cemas sangat. Sampai je bawah dorang  kalut tarik aku ke tepid an siram tangan aku dengan air 2 botol.bagi aku minum dan minta lagi sebaldi air dari uncle cina tu.lepastu aku cakap tak oleh tahan dah. Aku nak makan ubat tahan sakit. Tolong bawak aku ke klinik sekarang!! Tech tu kelam kabut drive keta dia dan bawak aku pergi klinik.petang tu foreman dan engineer dating dan suruh bawak aku ke hospital PPUM. Sekarang aku MC di rumah selama 10 hari.

kesan lecuran akibat kene karen


No comments: