Hari ahad ini merupakan hari cuti dan beristirehat. Hari yang
selalu diadakan majlis perkahwinan di Malaysia.
Pada hari ini aku bercadang hendak pergi ke rumah orang
kahwin....iaitu kawan baik kakak aku di Kolej Universiti Islam Selangor..Rumah
beliau di selayang... Aku panggil Kak Rahmi..Dia orang Negeri Acheh Nanggroe Darussalam.
Aku tidaklah akrab
dengan beliau tapi disebabkan dia dengan kakak aku selalu macam belangkas kalau
ade urusan asaigment. Urusan dengan dia mudah kata kakak aku.. sebab dia tidak boros dan tidak suka
mengharap sepenuhnya kepada kakak aku atau lebih mudah dia seorang yang
berdikari..
Kelmarin ketika gempa bumi terbaru dia Acheh pada skala 8.5
SR, saudara dia telefon mewakili yang lain mengatakan Negeri Acheh sedang
gempa.semua orang acheh sedang bertempiaran lari menuju ke tempat tinggi
mencari perlindungan dari tsunami. Saudaranya bagi tahu tiket flight sudah
dibeli tapi kami tidak pasti dapat hadir atau tidak. Mungkin juga talian
ditelefon ini merupakan talian terakhir dari kami buat Rahmi dan keluarga..Kak
Rahmi cakap, masa tsunami di acheh tahun 2004 yang lalu dia ada di acheh dan
sebelum ombak yang tinggi dan ganas
hampir melanda dia didukung oleh pak ciknya dan dibawa lari dengan sejauh
mungkin manakala saudaranya yang lain yang tidak sempat melarikan diri telah
lenyap bersama ombak besar yang datang seperti petanda hari kehancuran bumi. Ketika
badai kembali pulih, kak rahmi bersama pak ciknya lihat mayat-mayat saudaranya
bergelimpangan berserakkan dengan penuh menyayat hati..Itulah yang diceritakan
oleh Kak Rahmi pada kakak aku sambil menangis dan menahan sendu.
Sebak juga aku dengar. Negeri Serambi Mekah dan negeri yang
mempunyai kekayaan tersendiri di Indonesia itu sering diduga Ilahi dengan
fenomena gempa bumi dan ancaman tsunami seperti yang telah dirakam dalam
sejarah tahun 2004 dimana tsunami melanda Acheh. Alhamdulillah tsunami tidak
melanda pada kali ini.Bukti Kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Perkasa.walaupun ukuran pada skala Richter hampir sama namun gelombang air penyebab
tsunami tidak berlaku. Walaupun jika gegaran pada tahap lebih tinggi dari itu,
namun dengan kehendak Allah tidak bergelora laut tersebut, maka tidak menjadilah
gelora laut tersebut kerana laut itu
makhluk Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.
Disebabkan itu aku excited untuk menghadiri kenduri
perkahwinan tersebut untuk menyaksikan saudara-saudara Acheh se-islam yang
hadir pada majlis itu tengahari nanti..
1 comment:
setiap yg berlaku pasti ade sebab dan hikmahnye,,
so, kne laaa sentiase beringat
Post a Comment