Tadi masa aku balik dari kerja iaitu
selepas pukul 5 petang, punya la sesak dan penuh manusia di karnival Karangkraf
sebelah tempat kerja aku tu...dah macam ulat aku tengok...kereta usah cakap
lah...bersusun kot...sampai aku nak masuk kat lorong Sepana tadi pun kene
mencelah.. Bila dah ade karnival yang gempaq sakan macam tu, aku pown pergilah
untuk mencemar duli ke situ. karangkraf tu berjiran dengan aku.Kalau tak datang
nanti, rasa macam tak ambil perkembangan hal jiran tetangga la pulak. Ermm
cukup lar berangan nie...
Hehe kita straight to the story pulak
okey..
Tentatif karnival tu bermula pukul
9am-9pm.selama 3 hari. jumaat,sabtu dan ahad. esok katanya ade artis nak
datang. Aku ingat nak ajak kakak dan adik aku pergi kesana...banyak buku dijual
dengan harga murah... boleh tahan la...aku beli 1 buku,dapat free resit.hahaha
Buku Solat Bestari |
Penulis |
Siap Dapat tandatangan Penulis buku tu lagi. Mula-mula aku malas
jugak nak beli tapi bila dah terpegang buku solat bestari yang di
display-kan tu, terus (penulis) yang aku tafsirkan masa tu sebagai promoter
buku tu bersuara...aku trace dia promoter sebab aku tak kenal sape
penulisnya..huhu.Dalam hati ni dok cakap,uishh rajin betul promoter ni duk
menghuraikan isi-isi buku pasal Solat bestari tersebut secara percuma pulak
tu..tak payah letak token pun..Heheh..memang automatik macam ade sensor pulak
bila aku touch je buku tu terus keluar suara orang promot. Dalam hati aku, huh
pandai betul promoter nie. siap hafal lagi isi kandungan buku tersebut. memang
aku tabik spring lah dengan Promoter tu.
Sebenarnye aku tak suka sangat dapat promoter yang suka membebel
untuk memegahkan produk dia nie. Aku jadi kurang yakin dan lagi suka
mempertikaikan setiap butir kata dia.Tapi promoter yang tengah duduk depan aku
yang tak berhenti mempromote tu macam berjaya menarik minat aku.Aku pun ambil
buku tersebut sambil membelek2 dalamnya..Err cantik jugak aku puji dalam hati
jer la.Hee :)
Tiba-tiba, sorang makcik promoter ni duk cuit aku dan dia cakap
beli la Adik Hensem (Perasan sket) nanti boley dapat tandatangan penulis ni.
sambil tangan beliau tunjuk pada brader yang aku sangkakan promoter tu. Malu
jugak aku bila mendengar orang yang aku sangkakan promoter tu rupanya penulis.
Patutlah dia siap hafal lagi isi kandungan buku tu.hoho..kalaulah encik penulis
tu tau ape yang aku fikirkan pasal dia tadi dah mungkin aku direct kene sumpah
agaknyer.
P/S : Lain Kali Jangan Pandang Orang Sebelah Mata.
No comments:
Post a Comment