Friday, October 7, 2011

Lambaian Kasih Buat Bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Untuk Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W



Semalam pada pukul 5 petang, aku telah mengazankan ibuku di hadapan koridor rumah sebagai doa mengiringi keberangkatan ibu yang aku cintai untuk menyahut Lambaian Kaabah.

Sebak mengenangkan pemergian mak yang bakal pergi jauh dari aku. Ketika aku disisi ibu, setiap kesusahan yang ibu tanggung aku akan cuba galas bersama, walaupun sering perbuatannya mengukir pahit di hati tetapi bagi aku ia tiada menggugat apa-apa.semua keperluan ibu kebiasaannya aku,kakak, dan adik-adik aku sentiasa membantu tetapi mulai malam tadi, ibu yang perlu lakukan sendiri selama 40 hari ini..
Berat bagasi yang ibuku bawa,baju yang ibuku bawa tidaklah banyak tetapi keperluan untuk menangani masalah kesihatan yang ibuku hadapi menyebabkan bagasi tersebut penuh.

Jika aku ada, sudah tentu aku yanbg akan pastikan bagasi tersebut diangkat oleh tanganku, bukan tangan tua mak yang lemah.
Tiada apa yang mampu aku lakukan hanya mengiringi doa kepadanya.Kasih aku tumpahkan untuk orang yang telah melahirkan, menyusukan, dan mengasuh aku dengan penuh didikan dan belaian kasih yang tidak berbelah bagi.aku diasuh dengan cara ibuku sendiri..

Sampai sahaja aku di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,aku berterusan menunggu mak di bawah khemah yang telah disediakan oleh pihak TH. pukul 9.30pm baru pendaftaran dibuat, oleh yang demikian aku hanya menunggu sehingga waktu keberangkatan mak..

Abah minta aku pinjamkan cermin  mata hitam untuk mak bawa sebagai langkah persediaan terik mentari di Mekah nanti jadi aku kelam kabut mencari dan masa tu jugaklah mak aku dah beratur masuk ke dewan. aku tak sempat melihat dan menyalam mak. terkilannya hati nie... Aku tunggu untuk melambaikan tangan kat mak di pintu pagar belakang Kompleks TH.

Banyak nyamuk gigit aku mase aku duduk tunggu mak kat tepi jalan berhampiran pintu keluar bas tu. sakit campur gatal-gatal tangan  dan kaki aku kene gigit.

Lama jugak aku tunggu..sampai pukul 12.15 baru bas gerak..aku Kol mak tanya bas mak nombor berapa lepastu aku suruh mak pandang tepi tingkap. sambil aku cakap kat henset sambil pandang muka mak kat tepi tingkap bas Plusliner tu.. aku cakap kat mak "Aus minta maaf sebab tak sempat nak salam mak, Aus minta ampun dosa-dosa Aus dengan mak, Sampaikan ucapan Asslamualaikum  dari Aus buat Rasulullah bila mak sampai di makam baginda dan mak doakan supaya Aus berubah jadi anak mak yang soleh". Aku minta juga untuk mak doakan aku supaya kembali ke landasan agama yang sebenar sebab aku dah jauh tersasar dibawa oleh gelombang dunia yang penuh dengan ciptaan anikma manusia yang sentiasa dahaga dengan lumrah fatamorgana..

Selamat Kembali Ke Malaysia Dengan Selamat Dan Semoga Mendapat Haji Mabrur Wahai Ibuku Yang Aku Kasihi.

  
 












No comments: