Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Tasbih Yang Mulia Selayaknya Bagi-Mu Ya Tuhan Semesta Alam
Selawat Dan salam Keatas Rasulullah S.A.W...
Semalam aku demam..teruk sangat aku rasa.. macam tak nak datang kerja je rasanya, tapi aku tak boleh cuti sebab tempat kerja aku ni kekurangan pekerja.
Hari nie aku hampir pulih seperti sediakala..Alhamdulillah aku dah rasa selesa kalau tidak, rasa macam nak meragam je.nguwek nguwek ...huhu
Beginilah lumrah hidup, kesihatan, masa lapang, kesenangan dan semuanya adakala bukan seindah dan seceria yang kita harapkan...fenomena ini bukan sahaja berlaku kepada kesihatan kita sahaja tetapi ia juga mencakupi setiap aspek kehidupan.
Oleh yang demikian, sentiasalah beringat sebelum sifat alpa dan lupa bakal menaungi perasaan kita sambil diiringkan bisikan alunan mesra oleh sang petala yang memukau hati kita sehingga kita lupa kepada ujian tuhan yang bakal berkunjung tiba.ujian kesakitan malah ujian kelapangan waktu dan sebagainya sering singgah kepada setiap makhluk bergelar manusia ini.berwaspada dan ingatlah setiap masa...
Untuk menjauhkan kita dari bisikan sang petala yang menjadi musuh keturunan manusia semenjak dilangit, maka sematkan dihati tentang Perjanjian sewaktu kita solat seperti widget kartun comel sebelah kanan ni dimana Hidupku,Solatku, Ibadahku hanya untuk Allah.InsyaAllah kita akan terpelihara dari Alpa dan Leka.
Akhir kata Assalamualaikum,....
p/s: tolong jawab salam aku nih ek...hee
No comments:
Post a Comment