Friday, May 6, 2011

Ya Tuhan Lindungilah Adik-Adikku...


Ini adik bongsu aku... anak mak yang paling kecik. dia manja, comel, bijak bercakap, aktif,....

Akulah orang pertama yang lihat dia lahir ke dunia..betapa hati aku luluh dengar suara dia menangis ketika  dia diatas ribaan aku..sekarang dia berusia 4 tahun. hari ni ibu aku call bagi tau aku dia jatuh tergolek dari van ketika tu adik perempuan aku berumur 18 tahun sedang memandu van dan tiba-tiba pintu van terbuka...dia tergolek atas jalan raya....Alhamdulillah kereta dibelakang sempat brek kalau tidak tak sanggup aku bayangkan... Ya Tuhan...betapa aku sayang pada dia, biarlah aku galang gantinya...redhanya aku jika hari-hari lanjutan usia aku diganti untuk memanjangkan usia adik ku ini...Biarlah aku yang pergi tapi jangan adik-adikku....

ingin saja aku lihat mereka gembira setiap masa, jangan ada sedkitpun yang menyakiti mereka....tetapi untuk fuad selalu saja diduga Ilahi dengan perkara yang tidak terlintas dihati..Dari hari pertama dia lahir, Doktor mengesahkan denyutan jantung dia tidak stabil...aku sendiri lihat denyutan didada dia seperti gelombang air didalam bekas..beralun perlahan,,,pada minggu yang kedua, doktor mengesahkan pula usus besar dia pecah akibat bisul disebelah pusat dan pihak hospital tak boleh berbuat apa-apa lagi... Doktor suruh ibuku sediakan peralatan yang patut untuk adikku ini dibawa pulang kerumah petanda dia tiada harapan lagi... tapi aku antara orang yang mendesak supaya dia tetap mendapatkan rawatan didalam excabutor untuk bayi yang tak cukup bulan...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan menyembuhkan dia...

Semakin hari selepas peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, adikku semakin sihat...sehingga dia berusia 3 tahun dia dah mula suka belajar memanjat dan perkara yang tak pernah diduga berlaku lagi...dia terhempas jatuh ke lantai rumah di dari grill tingkap rumah yang paling atas dan kepalnya yang terhempas dulu.....waktu itu aku di politeknik....bergegas aku meminjam motor ustaz amin dari Politeknik Tanjung Malim ke hospital ipoh....doktor kata kepala adik aku ada sedikit retak, doktor balutkan dengan kain kasa dikepalanya...dia langsung tidak petah bercakap seharian melainkan hanya menangis.setiap 2 minggu ibu bawa fuad untuk x-ray dan syukur kepada Allah banyak peningkatan tahap kesihatan dia dan kini dia sudah pulih sepenuhnya selepas sebulan....

Umur 3 tahun lebih dia sudah boleh hafal sedikit-sedikit bahasa arab,,minum,makan,burung,kereta,kiraan 1-10 dan beberapa perkatan lain...tinggi harapanku pada Adik-adik ku Ummu,Nazrin Fuad semoga mereka menjadi anak dan adik yang  Qurrata A'yun & MuttaqinaImama....

1 comment:

azs said...

Tabahkan hati dan banyakkan berdoa.. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya kerana Dia sayang kita semua..Insya Allah, Allah akan memakbulkan doa kamu..