Assalamualaikum wbkt..
Hari ni aku kena menghupdatekan juge blog aku nih dengan entri yang aku cuba canangkan dalam fikiran aku yang geliga ni.Hahahah (punye perasan).
Bukan sebab nak meraban tapi sebab kebosanan tahap dewa...
kalau ikutkan aku memang banyak benda yang nak aku ulaskan tapi Mood aku tengah merayap kemana entah masa ni jadi aku aku pon rasa kejap lagi atau senang kata bila line clear dan bila mood ada nanti baru aku hupdate sepuas-puasnya...
Tapi kalau nak kirakanlah detik demi detik, dah hampir sebulan rupanya aku dok bertapa sebagai part time kat Butik Lotto Sunway Piramid nih. Aku dah mula rasa macam jemu la pulak.Huhuhu...
Jemu yang wujud itu disebab oleh 2 masalah problem yang besar kat bawah nih bergabung...
1) Kerja aku paling menyampah nak buat kalau stok sampai dan kalau nak kira stok bulanan setiap bulan..
2) Kerja Maki Orang Dalam Hati haaaaa ni ceq nak habaq mai jawapannya....Ianya adalah disebabkan oleh certain Customer yang Poyo tu datang tunjuk muka yang tak hensem + kedut-kedut dan mintak cuba macam2 jenis kasut & saiz tapi nak beli semua jenis yang dia cuba tu bayang pon takde malah nak beli sepasang pon haram. Tu memang stok makan maki aku terang2 dalam hati. Consider harus hukumnya dimaki sebab giler tinggi aku panjat stor belakang menggeledah kotak-kotak kasot mencari saiz kaki dia yang penuh bulu tu tapi dah penat aku carik, beli pon tak nak...mau aku tak jadi hangin.Huhuhu
3) Bla bla bla bla....huh? ape bla-bla tu? huhu aku pun tak tahu.....
Okey lah setakat itu jelah kombinasi formula yang aku rasa telah bergabung macam Megazord Power Rangers gedabak besar dalam tv masa aku kecik-kecikdulu tu yang menjadi punca mood aku hilang and melayang-layang...
kat bawah nie la gambar butik Lotto kat Sunway pyramid. tempat aku kerja sementara.
Ermmm Okey lah aku nak kena susun stok plak nih... bye bye...
1 comment:
sabar bro..haha,lumrah dunia,nnt klau die x rasa pakai kasut lotto,kempunan pulak...
Post a Comment